Kebenaran vs Kebatilan, Maka Hati-hati.
Semakin lama dunia ini semakin “polarize” (terbelah). Semakin lama kita tidak sukar melihat kebenaran vs kebatilan. Yang benar itu benar, yang salah itu salah.
Sebagaimana kita melihat H4M4S sebagai pejuang Islam sebenar, saya rasa tidak sukar untuk kita lihat ciri yang sama untuk para pejuang di Malaysia.
Satu persatu episod Allah tunjukkan. Kumpulan mana yang betul-betul mempertahankan Islam, kumpulan mana yang banyak di dalamnya ada unsur-unsur kebatilan yang memalukan.
Pernah suatu ketika, saya mendengar pesanan, walau bagaimana besar perasaan kamu marahkan ulamak, jangan sampai kamu menghina, memperleceh & melabel mereka dengan pelbagai label yang hina. Boleh jadi kehinaan itu akan berbalik kepadamu. NauzubilLah.
Kerana, tidaklah lebih mulia kita orang yang biasa-biasa ini berbanding ulamak yang ikhlas dalam perjuangan.
Ikutlah Islam, nescaya hatimu jauh lebih tenang & selamat. Insya-Allah.
Maka, hati-hatilah.

No Comments