Allah SWT menegaskan pada surah ini kekuasaan-Nya yang mutlak, yang menguasai dunia dan akhirat.
[Surah Al-Mulk: Ayat 1-2] Tuhan Yang Menguasai Pemerintahan
Firman Allah SWT serta terjemahannya:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١)
“Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;”
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (٢)
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”.
Surah al-Mulk mengajarkan kita tentang konsep berkerajaan dan bernegara. Setelah memahami hakikat kerajaan Allah, lihat dan renung pula tatacara kerajaan dunia yang dikuasai oleh manusia. Paling kurang setelah memahami surah al-Mulk kita mesti peka dan cakna tentang hal kehidupan bernegara serta celik dengan politik dan isu semasa, lebih-lebih lagi dalam masalah siapa memegang kerajaan, siapa yang memerintah dan siapa yang menguasai dunia.
Setiap pemimpin perlu memahami dan menjiwai manhaj Nubuwwah serta mempersiapkan diri dengan ciri-ciri yang akan menjadikan kita lebih bersedia untuk melakukan anjakan paradigma demi memastikan Daulah Islamiyyah dapat dibina dan berusaha sedaya upaya mencipta generasi rabbani. Segalanya bermula dari hati,memimpin hati untuk mengislahkan diri dan masyarakat kepada Allah SWT iaitu dengan memimpin dan mentadbir qalbu manusia, apabila elok qalbu manusia ini,maka akan eloklah ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manusia, aqidah manusia.” Sehinggalah terbentuknya generasi rabbani.
‘Sedarilah Wahai Para Pemimpin kita bergerak di bawah Sistem Allah,maka bekerjalah untukNya’
قال رسول الله صلى عليه وسلم : الا وان فى الجسد مضغة اذا صلح الجسد كله واذا فسد الجسد كله الا وهى قلب
“Ingatlah bahawa pada jasad itu terdapat seketul daging apabila daging itu baik maka baiklah jasad dan seluruhnya dan apabila rosak maka rosaklah jasad seluruhnya,ingatlah bahawa itu adalah hati.”
قال رسول الله صلى عليه وسلم : ان الله لاينظر الى اجساد كم ولا الى صوركم ولكن ينظر الى قلوبكم
Sesungguhnya Allah tidak melihat pada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu”
Semoga ia dapat dijadikan panduan dan wasilah-wasilah kekuatan yang berkesan dan berpengaruh serta dapat membina generasi seperti generasi para sahabat yang dijadikan Allah sebagai perantaraan kemenangan dan terbentuknya Daulah Islamiyyah.
DALAM BACAAN QUNUT ADA AQIDAH
Terima ISLAM sebagai DASAR HIDUP.
No Comments