Ramai wanita bukan takut nak berkahwin.
Mereka cuma takut tersilap pilih.
Sebab sekali kita silap, luka itu bukan sehari dua. Kadang, bertahun-tahun terperangkap dalam hubungan yang kita tak pernah rasa benar-benar selamat.
Perkahwinan tak boleh dibina atas rasa bersalah. Bukan sebab kesian. Bukan sebab tekanan keluarga. Bukan sebab dia nampak baik di mata orang.
Tapi sebab kita sendiri yakin dan tenang, bahawa insan itu mampu memimpin, membimbing dan berkomunikasi dalam suka dan duka.
Bukan kita nak cari yang sempurna, tapi berusahalah menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.
Sebab itu, kita tak boleh semberono setuju hanya sebab dia ajak ‘halal’. Kita perlu tanya, selidik dan nilai dengan waras.
Kadang kita terlalu gembira bila seseorang ajak nikah, sampai kita lupa nak tanya soalan penting yang sebenarnya akan tentukan hala tuju hidup kita selepas berkahwin.
Cek 4 perkara ini dulu sebelum terima lamaran dia;
1. Adakah dia ada hala tuju hidup yang jelas?
Nak kahwin bukan sekadar “nak ada teman hidup” tetapi nak ada pemimpin hidup. Dia tahu ke hala tuju hidup dia dalam 5-10 tahun akan datang? Kalau dia pun tak tahu apa dia nak, macam mana awak nak rasa yakin ikut dia?
2. Adakah dia tahu peranan seorang suami?
Bukan cukup dengan solat penuh dan kerja tetap tetapi di faham ke apa maksud jadi qawwam? Tanggungjawab? Nafkah? Kepimpinan? Boleh bimbing ke akhirat?
Kalau belum pernah bincang perkara ini, jangan tergesa-gesa terima lamaran.
3. Adakah dia hormat batasan atau tidak?
Dalam fasa perkenalan, adakah dia cuba jaga adab, batas mesej dan pandangan? Atau dia banyak bagi ayat manis yang buat hati leka?
Kalau dalam tempoh taaruf pun dia tak boleh hormat batas agama, macam mana dia jadi pasangan yang bantu bimbing ke syurga?
4. Macam mana dia kendalikan konflik?
Pernah tengok dia marah? Macam mana dia handle perbezaan pendapat waktu taaruf? Kalau waktu kenal pun dia cepat sentap, awak kena fikir dua kali sebab realiti rumah tangga bukan penuh senyuman sahaja.
Lelaki matang bukan yang tak pernah marah, tapi tahu kawal emosi dan selesaikan isu dengan hikmah.

No Comments