Agama

“Saya bela kucing dalam rumah. Jiran saya tegur katanya bulu kucing yang gugur tu najis. Betul ke ni?”

Pertama sekali, mari kita tarik nafas dulu. 😌 Kesian kucing. Dia tak patut dihukum sewenang-wenangnya!

Ya betul, ikut mazhab Syafi’i, bulu kucing yang tertanggal semasa ia hidup memang dikira najis..

Tapi RELAX dulu!

Najis tu DIMAAFKAN!

Kenapa?

Sebab kucing ni jenis suka buat “rounding” kat rumah, berlengkar dekat kaki, tidur atas sejadah, kadang-kadang tidur dalam bakul kain baju bersih kita (dengan muka tak bersalah). Nak elak bulu dia 100% tu kira ‘Mission Impossible’ lah.

Jadi bulu dia dikira najis yang ‘dimaafkan’ sebab terlalu susah nak dielakkan.

Dan part paling best, solat tetap sah kalau terkena bulu dia yang tertanggal tu. Jangan risau, tak payah ulang ambil wuduk 7 kali atau cuci sejadah di kedai dobi.

Ada satu kisah best. Seorang sahabat Nabi SAW tengah nak ambil wuduk, tiba-tiba datang seekor kucing minum air dalam bekas wuduk tu. Bukan dia halau, dia relakan je. Bila ditanya, dia jawab:

“Rasulullah SAW kata, kucing bukan najis. Dia binatang yang suka berkeliaran dengan manusia.”

(Hadis sahih, riwayat Abu Daud, Tirmizi dll.)

So.. untuk jiran yang tegur tu, bagitahu elok-elok. Setakat bulu kucing tu ok jer!

Kesimpulan:

1. Bulu kucing najis yang dimaafkan.

2. Solat sah walaupun ada bulu melekat di telekung atau sejadah.

3. Hati tenang untuk teruskan bela si comel.

Semoga Allah bagi kefahaman dan kasih sayang terhadap si manja berbulu.

(Penulisan ini diambil daripada laman facebook rasmi Bahagian Dakwah, JAKIM yang diterbitkan pada 23 Jun 2025)

No Comments

    Leave a Reply