Travelog

Jemaah Malaysia Adalah Duta Negaranya

Jemaah Malaysia selalu disebut sebagai “متدين” (mutadayyin). Iaitu beragama. Dalam Bahasa Kelate lebih kurang “berjurus” 😁

Betapa mereka memandang tinggi pada para jemaah dari Malaysia. Pengurusan Tabung Haji yang superb, ditambah dengan sememangnya akhlak jemaah Malaysia yang selalu dipuji mereka.

Tidaklah saya katakan kita semua paling sempurna, tapi rata-rata saya lihat jemaah Malaysia ni memang berdisiplin & mendengar kata.

Disuruh beratur, beraturlah kita.

Disuruh bangun, bangunlah kita.

Disuruh ke laluan lain, beralihlah kita walaupun kita rasa kita berhak berada di tempat itu.

Bukan peseng kita nak bergaduh.

Kita pilih diam dan ikut peraturan.

Kerana itu, mereka juga memudahkan banyak perkara untuk jemaah Malaysia.

Berdasarkan pengalaman sendiri, walaupun sekatan demi sekatan untuk memasuki Haram (Masjidil Haram) dikenakan, apabila mereka melihat lanyard kita, terus berkata,

“Malizi? yallah..Ahlan!”…”Malizi, good” Sambil tunjuk 👍🏻 dan lain-lain respon yang sungguh positif.

Kerana kita datang ke sini bukan untuk berjidal/bertekak/bergaduh. Kita datang bersusah payah kerana misi yang sangat besar iaitu haji mabrur. Amin.

Kursus-kursus haji sebelum ini pun ustaz/ustazah berulang kali berpesan kepada kita agar menjaga akhlak. Sehingga barangkali ianya melekat kuat dalam minda-minda kita. Alhamdulillah.

Terima kasih Tabung Haji & Kerajaan Malaysia atas hubungan diplomatik yang baik dengan pihak Kerajaan Arab Saudi selama bertahun-tahun lamanya. Terima kasih juga kepada jemaah Malaysia tahun-tahun sebelum ini kerana telah berakhlak mulia sehingga kehalusan & kesantunan akhlak jemaah Malaysia meniti dari bibir ke bibir. Dan sehingga kami yang biasa-biasa ni pun terkena tempias barakahnya. Alhamdulillah.

Mari kita sama-sama menjadi orang yang متدين bukan hanya di Tanah Haram, namun sehingga ke akhir hayat kita Insha-Allah. Amin.

No Comments

    Leave a Reply