Cerpen

Nilaikan Tangismu

“Kenapa menangis?” Soalku.

“Teringat dekat kawan,” Jawabnya.

“Pastu, whatsapp tanya khabar tak?”

“Segan, taktahu nak mula macam mana,” Balasnya.

“Biarlah tangis awak tu bernilai,” Balasku.

“Whatsapplah tanya khabar, eratkan yang makin renggang, kalau awak kata awak sayang, bukan begini caranya, buktikan dengan tindakan, andai sekali awak terbiasa buat begini kepada orang yang awak pernah sayang, inshaAllah orang yang awak sayang untuk masa akan datang pun awak akan buat benda yang sama,” Tambahku.

“Tak, saya takkan buat,”

“Buktikan,”

_____________________

Sering kerinduan itu dibias melalui air mata,

Seusai tangis, tiada tindakan yang diambil,

Jadi?

Berapa nilai air mata kalian?

Jika sayang buktikan.

Sering kita ingin menjadi orang yang disayangi,

Tapi kita lupa untuk mula menyayangi.

Sering kita ingin dihargai,

Tapi kita lupa untuk mula menghargai.

Bicara tentang kenangan sahabat itu indah,

Indah mengenang memori yang terjalin.

Namun,

Saat memori itu ditinggalkan tanpa mencipta memori yang baru, maka segala yang dicipta akan berubah sekelip mati tanpa suara.

Aku mahu menjalin ukhwah kerana Lillah.

Walaupun aku tahu ukhwahku sendiri bersimpang siur jalannya.

[Slot Suri Hati]

No Comments

    Leave a Reply