1. Mendirikan rumah tangga atas dasar TAKWA dan kesinambungan perjuangan serta dakwah Islamiah.
- Jangan takut dan jangan bimbang. Allah takkan sia siakan orang yang TAKWA dan SABAR.
2. Menghiasi rumah tangga dengan Biah Islamiah. Iaitu persekitaran yang betul-betul mengikut syariat.
- Dosa besar wajib dijauhi. Dosa kecil tidak boleh berterusan.
3. Rumah tangga dakwah memerlukan pengisian rohani. Pembentukan ahlak yang hebat.
- Aktiviti di luar rumah ada keperluan untuk buat juga di dalam rumah kita.
- Rasa terhutang budi dengan jemaah. Menyertai jemaah adalah kebanggaan. Ya Allah ya tuhan. Terima kasih letakkan aku dalam jemaah.
- Secara tak langsung. Allah letakkan dalam jemaah, Allah menjaga diri dairpada benda yang melampaui batas.
- Alhamdulillah. Boleh rasa susun kerusi, susun meja. Nikmat ya Allah. Allah tolong bersihkan hati.
4. Rumah tangga haraki sarat dengan agenda perjuangan.
5. Mewujudkan budaya nasihat menasihati dan faham memahami.
- Jangan bangunkan rumah tangga dengan keegoan
6. Tanggungjawab keluarga, didik anak-anak. Kena tunaikan kewajipan sebaiknya.
7. Matang dalam menyelesaikan masalah. Jangan terlalu manja yang tak bertempat. (ISTERI). Suami pula jangan terlalu emosi sehingga mudah untuk menjatuhkan talak (SUAMI).
8. Memerlukan Qalbun Salim (Hati yang sejahtera).
9. Pengurusan ekonomi yang stabil. Kerana harta yang terlebih atau terlalu kurang boleh menggangu jalan perjuangan.
10. Terlibat dengan amal jamaie (jemaah) dan amal ijtimaie (masyarakat).
- Bawak anak-anak ke program.
- Biar anak-anak dari kecik lagi merasai suasana berjemaah dan bermasyarakat.
Kesimpulan:
- Rumah tangga haraki penting untuk membina generasi yang mantap.
- Peranannya besar menyemarakkan perjuangan dan jihad.
- Kesungguhan, kesabaran, usaha dan doa perlu ada.
- Perlu ada disiplin dan kemahiran. Agar dapat melaksanakan banyak tanggungjawab. Tanggungjawab selaku ahli jemaah, ibu bapa, anak. Perlu ditunaikan sebaiknya.
- Pastikan rumah tangga terurus walaupun sesibuk mana pun. Ia perlukan pengurusan teliti.
- Kemahirah (perlukan ilmu dan pengalaman).
- Mohon pertolongan Allah dan urusan kerja buat kita.
Muslimat tolong jaga EMOSI.

No Comments