Telah ku lihat sejarah,
Tentang kisah-kisah manusia yang tabah,
Aku melihat sesuatu yanh tak pernah ku lihat sebelumnya.
Sejarah dan kisah itu,
Mengajarku;
Dalan doa perlu ada dua perkara penting,
SABAR dan ISTIQOMAH.
Sabarmu itu adalah kekuatan tabah dalam berdoa,
Di saat semuanya rasa kelam,
Hanya dengan doa mampu terang.
Dan doamu juga ada permintaan bersabar.
Kerana tahu, kesabaran yang dipohon mampu menguatkan perjalanan hati,
Dalam menuju lembah cinta-Nya
Istiqomah itu satu keajaiban,
Bahkan kekuatan yang tiada tandingan.
Ia luar biasa.
Hasilnya juga, tak mampu kamu duga.
Selama kamu bersabar,
Selama kamu tetap istiqomah,
Ingatlah bahawa..
Allah sentiasa mencintai hambaNya
Yang terus dalam kesabaran dan istiqomah.
Bila Dia cinta,
Segala-galanya akan terasa,
Bahawa isi dunia ini hanyalah sekadar singgah cuma.
Yang tiada harga lagi untuk kamu terlalu harapkan seperti dulu.
-Segmen Suri Hati

No Comments