Mufti Rusia menceritakan perkembangan Islam di Russia amat menggembirakan. Banyak masjid-masjid yang didirikan. Penglibatan mereka di peringkat nasional & antarabangsa juga semakin aktif. Mereka juga menjalinkan kerjasama untuk isu halal bersama JAKIM. Perbankan Islam juga semakin berkembang di sana, sebagai alternatif untuk muslim mendapatkan servis patuh shariah.
Begitu juga perjuangan orang-orang Islam Bangsamoro di Mindanao. Banyak yang mereka perjuangkan dalam mempertahankan jatidiri & perkembangan Islam. Tidak ramai yang menyedari, Bangsamoro merupakan sebahagian dari rumpun Melayu. Tidak seperti saudara seakidah kita di Selatan Thai atau Indonesia, Bangsamoro mungkin agak terpencil dari hubungan sesama kita, mungkin kerana dinamik geopolitik & halangan bahasa.
Mereka merupakan antara pembentang dalam sesi sidang meja bulat sempena Terengganu International Summit yang diadakan di Duyong Convention Center, Terengganu pada 23 November 2024.
Turut hadir sebagai pembentang ialah wakil dari Indonesia, Dr. Hurriyyah El-Islamy, graduan IIUM, yang menjadi pakar rujuk dalam bidang kewangan Islam, wakil dari Oman dan juga Turki.
Tema yang dibawa oleh persidangan ini ialah tentang Kesatuan Ummah. Jadi, perbincangan berkisar tentang cabaran & usaha dalam membina kesatupaduan umat Islam di negara masing-masing dan inter-negara di seluruh dunia.
Ucaptama disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir & Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Persamaan antara kedua-kedua ucaptama yang saya suka ialah ketenangan dalam penyampaian, tetapi menggambarkan keluasan pengalaman mereka. Very composed. Tapi very deep. Terasa seperti mendengar kuliah sejarah yang mungkin sukar untuk dijumpai dalam mana-mana catatan sejarah.
Pada akhirnya, harapan dari persidangan ini ialah agar disusuli oleh tindakan-tindakan ke arah membawa umat Islam lebih erat, saling membantu antara satu sama lain.
Kehadiran saya atas jemputan mewakili NGO Inspirasi Muslim merasa turut terpanggil untuk merencana & melaksanakan usaha-usaha untuk merealisasikan kesatupaduan umat Islam, dalam kerangka sebagai civic & youth movement.
Perpaduan umat Islam ialah agenda global yang perlu terus dipersada.

No Comments