Travelog

Titik Nol (0)

Titik Nol (0) merupakan titik tetap acuan untuk geometri ruang sekitarnya. Ianya diukur secara tradisional bermula dari hujung ke hujung yang nantinya ditetapkan titik pusat atau titik mula dari suatu wilayah.

Makanya, di Pulau Sabang, Acheh ini merupakan kawasan paling barat Indonesia. Justeru dinamakan Titik Nol Sabang. Manakala titik paling timur ialah di Merauke, sempadan Papua New Guinea.

Dikatakan Titik Nol ini telah ditanda di beberapa tempat di Indonesia oleh Penjajah Belanda sebagai referensi lokasi seawal 100 tahun lalu. Kini menjadi destinasi wisata paling ikonik. Ada yang travel dari satu titik nol ke satu titik nol yang lain. Menarik

Berkenaan Pulau Sabang pula, walaupun banyak kemudahan tidak setanding dengan kepulauan maju yang lain, namun keindahannya tidak kalah. Aktiviti snorkeling dan lain-lain perkhidmatan ditawarkan dalam kadar yang murah.

Sebagaimana saya katakan sebelum ini. Jika ada tempat yang seharusnya kita berlanglang buana walaupun berulang kali setelah menziarahi tanah Nabi, ianya mungkin Selatan Thai & Acheh. Jalinkan persahabatan, bawa bantuan, hidupkan ekonomi umat Islam, justeru Insya-Allah semoga mampu luaskan pandangan.

Terima kasih Pulau Sabang atas pengalaman berharga . Semoga Allah mengurniakan rahmat & inayahNya kepada semua penduduk Pulau Sabang & Acheh. Amin, Insya-Allah

No Comments

    Leave a Reply