Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah buat diri sendiri?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini kerana ia pembukaan ia penawar ia adalah sebaik-baik hadiah untuk rohani kita. Ia adalah makanan bagi ROH kita,
Cara mengamalkannya :
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur,
“Beri salam” pada diri sendiri dahulu. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut tiga kali. Kemudian sentuh dada kiri kita (jantung) sambil mengucapkan :
” ALHAMDULILLAH “
Katakanlah, “Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..,”
Aamiin Ya Allah.
Lalu baca surah Al-Fatihah satu kali.
Lakukan mulai hari ini kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan dan nikmatilah RASAnya…
Jangan lupa hadiahkan juga untuk ibu bapa, adik beradik, sanak saudara kita dan juga seluruh Umat Islam. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah SWT.

No Comments