Walaupun tempat kita sekarang masih dilanda banjir tapi kita perlu juga peka isu antarabangsa. saya ingin memuji senator muslimah di Australia yang berani menegakkan kebenaran menentang rasisme yang dibangkitkan Paulina Hanson.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Paulina Hanson, seorang ahli politik kontroversi di Australia, telah menjadi tumpuan perdebatan hangat apabila beliau membuat kenyataan yang disifatkan sebagai rasis dan prejudis terhadap komuniti Muslim. Dia telah didapati bersalah oleh mahkamah Australia kerana “hate speech”, membuat kenyataan yang berkecenderungan untuk diskriminasi dan rasis.
Ini bukan kali pertama. Sebelum ini beliau pernah berpakaian burqa dan menanggalkannya dalam parlimen sebagai tanda protes dan kempen larangan terhadap pemakaian burqa oleh wanita muslimah. Ia telah mendapat kecaman orang Islam dan juga kerajaan.
Kes ini melibatkan senario hak wanita muslimah di australia. Kalau di Malaysia kita masih lagi berjuang supaya pramugari bagi keseluruhan penerbangan komersial boleh mengamalkan pemakaian tudung semasa bertugas.
Ada juga wanita yang tidak pernah menghadapi masalah untuk pakai tudung dan menutup aurat tetapi dengan gembiranya masuk ke tempat yang tidak sesuai dan melakukan perbuatan yang tak sesuai.
Menutup aurat adalah sebuah perjuangan wanita Islam dan perlu disokong semua kerana ia melibatkan maruah dan harga diri.![]()
![]()
![]()

No Comments