Hari jumaat ini, banyak sangat peluang untuk doa dimakbulkan.
Nabi SAW pernah bersabda mafhumnya, pada hari jumaat ada suatu waktu jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dalam hadis lain ada juga dinyatakan Waktu-Waktu yang mustajab doa. Contohnya, waktu antara khutbah dan solat jumaat, selepas solat jumaat, sepertiga akhir hari jumaat dan ketika waktu hujan hari jumaat.
2 tips doa yang saya nak kongsikan, khususnya bagi yang sedang mencari jodoh:
1. JANGAN TERGESA-GESA!
Ramai yang berdoa dalam keadaan dia nak cepat dimakbulkan doanya. Doa orang yang tergesa-gesa tidak akan dimakbulkan Allah. (Rujuk Kitab Sahih Muslim | Hadis no. 2735)
Sebab itu, hayati dan cuba hadirkan rasa khusyuk dalam berdoa. Yakin bahawa Allah akan mengabulkan doa kita. Jangan ragu-ragu atau merasa tidak layak untuk berdoa. Ketahuilah, Allah takkan makbulkan doa orang yang hatinya yang lalai.
2. ISTIGHFAR SEBELUM BERDOA
Kita perlu mohon ampun dengan Allah sebelum berdoa, dan istighfar adalah adab yang sangat terpuji. Allah suka! Boleh jadi ada lagi dosa-dosa kita yang mungkin menjadi asbab penghalang makbulnya doa kita. (Rujuk Hadis Riwayat Tirmizi | No. 2989)
Semoga doa dan usaha kita semua diberkati dan dimakbulkan oleh Allah, inshaAllah. Teruskan berdoa dan berusaha dengan yakin bahawa Allah sentiasa mendengar dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Salam Jumaat semua.

No Comments