Pendidikan

Ada apa dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok?

Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, kita masing-masing dah familiar dengan watak segerombolan penyamun yang berpakaian seperti doktor, hakim, kerani, polis, pejawat awam, ahli perniagaan dan lain-lain.

Ini membawa pengajaran bahawa yang menjadi penyamun tak semestinya mereka yang berpakaian lusuh dan tiada pekerjaan, tetapi sesiapa sahaja boleh menjadi penyamun.

Bahkan mereka yang professional dan kerja hebat sekalipun. Pekerjaan ini bersistem. Siap ada list nama-nama penyamun. Dan boleh trace siapa yang tiada nama.

Kedua, babak siapa yang salah pangkah akan mendapat “tahi”. Ini pun kita dah familiar dan sangat sepadan dengan proses pilihanraya.

Untuk kita ambil iktibar, bahawa jika kita tidak betul-betul selidik siapa yang kita pangkah, kita akan jumpa destinasi yang salah.

Dan yang ketiga, yang agak tertarik adalah babak di mana ketua penyamun ni dapat panggilan dari orang “ternama/kaya” untuk bantu rompak rumah dia.

Padahal semua orang tahu, kerja menyamun adalah kerja yang salah. Dan orang ternama itu bersungguh meminta penyamun itu bantu.

Cara ketua penyamun balas, seolah-olah kerja menyamun satu kerja yang dipandang tinggi oleh masyarakat sehingga menjadi rebutan.

Mereka pun tidak segan silu mengaku pekerjaan mereka bahkan dengan bangga mereka terus bekerja. Siap ada cuti. Siap ada shift. Siap ada OT.

Keempat, watak ketua penyamun. Watak ketua penyamun ni disenangi dalam kalangan ahli mereka dan orang luar.

Dia suka senyum. Beramah dengan orang. Siap bagi lagi “password” dekat Ali Baba untuk buka pintu gua. Ada dapat sesuatu tak?

Kelima, watak Ali Baba. Walaupun dia dikenali sebagai watak yang baik dan pemurah, tetapi sebenarnya dia pun penyamun juga.

Orang tidak sedar. Orang “halalkan” perbuatan dia kerana sifat dia pemurah dan tak kedekut. Huhu.

Walaupun dia pemurah dan bagi sumbangan pada orang lain, tetap juga dia hidup kaya raya atas hasil mengambil hak orang lain. Dan bagi saya, inilah watak yang perlu kita berjaga-jaga. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Filem ni filem lama. Tapi masih sarat dengan pengajaran. Siapa sangka jalan cerita sebegini tetapi ada political view dan bibit korupsi yang realistik?

Dalam ulasan pasal penyamun ni, jangan salah saya. Yang mula viralkan lagu ini siapa? Tiada perli sesiapa. Cuma lagu ni sedang melekat di otak.

Kita ni pantang dengar apa-apa, mesti rasa nak muntahkan juga ulasan.

No Comments

    Leave a Reply