Wanita dan haid ni ada beberapa kategori;
- Ada jenis yang suka melengah-lengahkan mandi wajib walau pun sudah habis darah sebab dia malas solat.
- Ada pula yang tergesa-gesa mahu habis haid sebab mahu cepat puasa, seronok mahu terawih ramai-ramai, mahu solat raya ramai-ramai, boleh ootd. Ada pula yang mahu cepat habis iddah, mahu cepat kahwin, mahu cepat bersama suami dan 1001 alasan lagi.
Sebab itu dalam setengah bab ada dibenarkan wanita lain memastikan darah seorang wanita itu benar kering haidnya untuk memastikan nikah barunya sah. Kalau masih ada haid dan dia masih dalam eddah maka tidak sah berkahwin. Memang ada wanita tidak jujur dalam memberikan tarikh haid dan tarikh sucinya.
Sebahagian perempuan mahu haid itu turun dan keluar ikut kepentingan dia. Kepentingan ini pula ada yang baik seperti mahu beribadat; solat, puasa, haji, umrah, mengaji, iktikaf tapi tak ramai perempuan pergi iktikaf.
Manakala perempuan yang mahu haid habis cepat atas kepentingan nafsu seperti mahu edah habis cepat boleh kahwin baru, mahu bersama suami, dll.
Ya memang ada perempuan yang menipu bab keluar habis haid. Ada juga wanita mengaku tipu tarikh akhir haid kepada doktor sebab tak mahu kena induce oleh doktor. Memang ada yang mengaku dengan saya
.
Ada wanita bertanya bolehkah apabila haid habis 7:30 pagi bulan Ramadan dan dia terus mandi wajib dan berpuasa. ![]()
![]()
Ada juga wanita yang haidnya panjang tak mahu kira naqa’ betul-betul sebab tergesa-gesa mahu habiskan umrahnya. Rupanya haid masih ada dah kena buat tawaf balik… dua kali kerja.
Mahu haid habis awal sebab mahu duduk iktikaf di masjidil haram. Wanita dalam haid yang iktikaf di masjidil haram pun ada. Tak daruri pun iktikaf dalam masjidil haram bukan rukun bukan wajib pun.
Tak boleh ya, tak boleh main-main dengan hukum haid. Jangan suka ambil qaul sana sini nak buat ibadah sedangkan kita masih belum suci dari haid. Jangan buat hukum sendiri. Rujuk kepada pakar.
Wanita belajarlah redo dengan darah kita. Jangan istikjal tergesa-gesa dalam beribadah. Tak sah pun ibadah kita dalam keadaan masih haid.

No Comments