Pembangunan Diri

Guru Sejati, Guru Berbudi

Imam Jalaluddin Ar Rumi mengatakan:

إن المعلمين الحقيقيين شفافون كالبلور، يعبر نور الله من خلالهم.

“Guru sejati itu seperti cermin bersih yang menangkap cahaya Allah kemudian memancarkannya.”

Jadi, guru sejati (mu’allim haqiqy) itu datang untuk memberi cahaya pengetahuan kemanusiaan, bukan menghancurkannya dan membodohikan orang lain. Mereka datang untuk kebahagiaan orang lain, bukan untuk kesenangan diri. Mereka bagaikan lilin yang menyala yang cahayanya menerangi kegelapan, sedang dirinya redha jika harus terbakar bagai lilin membakar dirinya. Mereka redha menanggung derita demi cinta. Atau seperti pohon yang lebat dengan buah yang lazat. Mereka menaungi sekaligus memberi.

Adapun hakikat guru menurut Al-Imam Ibnu Athoillah al-Askandary Rohimahulloh :

ليس شيخك من سمعت منه

Guru sejati bukanlah orang yang engkau dengar (ceramah-ceramah) keluar dari lisannya sahaja,

وإنما شيخك من أخذت عنه

Tapi, dia adalah orang tempatmu mengambil hikmah dan akhlak.

و ليس شيخك من واجهتك عبارته

Bukanlah guru sejati, seseorang yang hanya membimbingmu dengan hebat,

وإنما شيخك الذى سرت فيك إشارته

Tapi, orang yang disebut guru sejati bagimu adalah orang yang isyarat-isyaratnya mampu masuk dalam hatimu.

وليس شيخك من دعاك الى الباب

Dia bukan hanya seorang yang mengajakmu sampai ke pintu.

وإنما شيخك الذى رفع بينك وبينه الحجاب

Tapi, yang disebut guru bagimu itu adalah orang yang (boleh) membuka hijab (penutup) antara dirimu dan Allah SWT.

وليس شيخك من واجهك مقاله

Bukanlah gurumu, orang yang ucapan-ucapannya membimbingmu,

وإنما شيخك الذى نهض بك حاله

Tapi, yang disebut guru bagimu adalah orang yang aura kearifannya dapat membuat jiwamu bangkit dan bersemangat.

شيخك هو الذى أخرجك من سجن الهوى و دخل بك على المولى

شيخك هو الذى مازال يجلو مرآة قلبك حتى تجلت فيها انوار ربك

Guru sejati bagimu adalah orang yang sentiasa membuat cermin hatimu jernih, sehingga cahaya Tuhanmu dapat bersinar terang di dalam hatimu.

ــہ واللـــــــــہ اعـــــلم بالصـــوابــــــ

~ Jom Baca Selawat

About Author

Ustazah Fadhlina merupakan tenaga pengajar tauliah MAIK Kelantan. Beliau juga salah seorang Penerbit Rancangan Radio Klate Kita, Radio Digital Online dan antara penulis sukaralewan di bawah Jabatan Informasi dan Teknologi Maklumat Dewan Muslimat PAS Malaysia.

No Comments

    Leave a Reply