Keluarga

Wanita yang Duduk Rumah itu Terbaik?

Warak manusia berbeza.

Jangan jadikan warak kita atau warak orang lain penanda aras untuk masyarakat.

Warak juga tidak boleh dijadikan sandaran untuk berfatwa. Ada beza taqwa dan warak.

Maksud pepatah Arab “التّقوى أخذ عدّة، والورع دفع شبهة” bermaksud “Ketakwaan membawa manfaat, dan warak itu menghalangkan fitnah.”

Ayat ini mengajarkan pentingnya memiliki takwa dan warak (berhati-hati) dalam menjalani kehidupan sehingga dapat menghindari perbuatan yang tidak benar dan melindungi diri dari fitnah.

Bab warak menghalang syubhah berbeza mengikut standard manusia. Manusia awam ditaklifkan mengikut arahan mengikut kemampuan mereka.

Manusia yang mahu meletakkan warak di luar piawai biasa tidak boleh mewajibkan manusia lain mengikut piawainya.

Manusia yang tidak makan luar tidak boleh memaksa manusia lain tidak makan luar kerana ditakuti termakan perkara syubhah.

Wanita yang menjaga semua perkara hatta berhati-hati dalam muamalat sehingga tidak keluar rumah dan sebagainya tidak boleh dijadikan standard asas untuk semua manusia lain.

Asasnya manusia adalah makhluk sosial. Makhluk sosial yang berinteraksi dengan manusia pelbagai bangsa dan agama atas pelbagai tujuan.

Dalam masa yang sama kita ada kewajipan berdakwah. Apa pun hubungan sesama manusia haruslah mengikut sandaran yang ditetapkan syarak.

Dalam masa yang sama, wanita yang keluar rumah juga WAJIB menjaga batas syarak yang ditentukan dan menutup pintu fitnah.

Allamah Yusuf Qaradawi sering mengingatkan kita jangan terperangkap dengan ifrat dan tafrit: Antara ghuluw ekstremism dan bermudah-mudahan.

Allahutaala a’lam.

No Comments

    Leave a Reply