Beberapa tahun yang lalu pernah tular satu kes perkahwinan sumbang mahram di media sosial yang dikongsikan oleh seorang peguam. Dimana dalam kes tersebut, seorang ibu sanggup bercerai dengan suaminya dengan alasan ‘pengorbanan’ dan menikahkan suaminya dengan anaknya yang sedang mengandung menggunakan khidmat sindiket dari luar negara. Namun, kes ini dapat dikesan apabila mereka sekeluarga ingin mendaftarkan nama bayi tersebut menggunakan nama si bapa di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kes ini dibawa ke mahkamah syariah. Perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi agama, undang-undang dan adat resam masyarakat Melayu.
Sumbang mahram merupakan satu bentuk perlakuan persetubuhan antara seorang lelaki dengan orang perempuan yang tidak boleh dikahwininya seperti anak perempuan, cucu perempuan, adik beradik dan saudara perempuan. Begitu juga dengan seorang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang yang tidak boleh dikahwininya. Tidak kira di dalam bentuk kerelaan seperti berzina mahupun di dalam paksaan iaitu rogol. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’: 23.
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan …..” (rujuk terjemahan Al-Quran)
(i) Sumbang Mahram dalam perspektif Islam.
Di dalam Islam, hukum jenayah sumbang mahram adalah haram dan salah satu daripada dosa besar. Kerana itulah Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitab az-Zawajir berkata: “Zina yang paling keji adalah berzina dengan muhrim (ahli keluarga).” Kejinya itu kerana seseorang yang sepatutnya melindungi ahli keluarganya telah mengambil langkah menganiaya ahli keluarganya sendiri.
Di dalam islam sendiri ibu bapa diwajibkan untuk memberi penerangan kepada anak-anak mereka tentang hukum hakam agam terurtamanya pergaulan antara ahli keluarga semdiri. Agar kes seperti ini tidak terjadi dalam institusi kekeluargaan dan menyebabkan kemurkaan Allah kepada kelurga tersebut.
(ii) Faktor Sumbang Mahram.
Faktor utama berlakunya sumbang mahram di dalam institusi kekeluargaan disebabkan oleh lemahnya iman. Secara umumnya pelaku sumbang mahram mengetahui bahawa perbuatan yang mereka lakukan merupakan satu dosa. Namun disebabkan oleh faktor-faktor tertentu dan nafsu yang terus bermaharajalela menyebabkan sumbang mahram berlaku di antara mereka.
Kurang pendidikan dan kefahaman agama merupakan faktor lain berlakunya sumbang mahram. Kurang pendidikan dan kefahaman agama boleh terjadi akibat tidak mahu menuntut ilmu agama dan memandang ringan tentang keperluan agama dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kes tular baru-baru ini yang seorang ibu sanggup korbankan anaknya dengan alasan ‘pengorbanan’ dengan menghawini dengan bapanya tidak dianggap satu kesalahan besar. Menunjukkan kurangnya kefahaman agama dalam diri dan keluarganya.
Bagi membendung perbuatan sumbang mahram ini, pelbagai pihak harus terlibat dalam memberikan kesedaran. Pihak agama perlu memberi pededahan tentang isu ini secara terus menerus, di masjid-masjid, kuliah dan tempat perkumpulan agama. Pihak sekolah pula perlu lebih memberikan pededahan diperingkat sekolah tentang bahayanya isu ini. Pihak kerajaan pula perlu terus memberi penerangan dalam bentuk iklan di media-media eletronik dan media massa.
[Rujukan]
1. Ustazah Sabariah Binti Haji Slleh. (2018). Sumbang Mahram:Suatu Perbincangan.
2. Nor Syazwani, Nurul Adilah & Nurshidah. (2018). Seksanya Sumbang Mahram.
No Comments