Saya percaya bahawa anda yang membaca sekarang ini adalah seorang yang sedang sarat mengandung atau sedang menunggu detik-detik kelahiran. Atau boleh jadi ini adalah pengalaman kali pertama bergelar bakal seorang ibu atau bakal seorang ayah dalam keluarga kecil masing-masing. Sesiapa pun anda, semua orang berhak untuk mengetahui pemakanan yang sihat untuk kebaikan ahli keluarga termasuklah anda yang masih lagi belum berkahwin.
Kenapa perlu tahu tentang pemakanan yang sihat?
1. Untuk memastikan perkembangan janin / bayi dalam keadaan yang sihat
2. Untuk mengekalkan kesihatan ibu sepanjang kehamilan
3. Untuk memenuhi keperluan nutriesi bagi bayi dan ibu sepanjang mengandung
Apa yang ibu makan, itulah yang akan diterima oleh bayi sepanjang dalam kandungan. Nak tak nak seorang ibu perlu memenuhi keperluan anak meskipun diri sendiri tidak terbiasa dengan makanan tersebut. Berikut adalah nutrisi penting yang diterangkan oleh Dr. Rizal Abu Bakar, perlu diberi perhatian oleh para ibu yang mengandung.
Asid Folik (Folid acid)
Asid Folik sangat membantu pembentukan sel-sel darah merah dan memberi kesan kepada bayi sekiranya tidak mencukupi. Sepanjang penghamilan, adalah disarankan untuk mengambil sebanyak 400mg sehari untuk mengelakkan berlakunya gangguan neurotransmitter bayi. Ia juga memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang bukan kepada bayi tetapi kepada ibu. Asid folik sangat kaya dalam sumber tumbuh-tumbuhan seperti apragus, brokoli, bendi, avocado, kekacang dan sebagainya. Avacado dalah makanan terbaik kerana ia mempunyai peranan tersendiri dari hujung rambut sehingga hujung kuku jari kaki.
Zink (Zinc)
Zink sangat penting dalam membantu perkembangan otak bayi sejak dari kandungan lagi. Antara sumber yang kaya dengan zink ialah ayam, daging lembu, kekacang, bayam, almond, dark chocolate, ikan salmon, keju dan sebagainya. Yang terbaik untuk jadikan sebagai makanan kudapan ialah almond, kuaci, keju – makananlah seperti mana anda addicted dengan junk food. Ikan salmon sangat kaya dengan zink jika ada bajet yang lebih, tetapi ada satu jenis ikan yang menyamai kekayaan zink dalam ikan salmon iaitu ikan kembung. Haaa, jangan lupa beli ikan kembung apabila berada di pasar nanti.
Vitamin C
Vitamin C adalah antara vitamin yang seringkali menjadi rebutan bagai pisang goreng panas semenjak pendemik melanda di negara kita. Ya, vitamin C sangat penting dan perlu dapatkannya dari sumber luar kerana badan tidak mampu memproses dari dalam. Vitamin C bukan sahaja membantu untuk mendapatkan kolagen kulit yang baik tetapi ia membantu kulit bayi anda dan kulit ibu untuk lebih licin, cantik dan tidak berkedut apabila selamat dilahirkan. Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C memberi impak yang lebih bagus apabila datang dari dalam ke luar, maka lebih elok untuk dimakan daripada disapu. Buah-buahan dan sayur-syuran sangat membantu untuk pembentukkan otak yang sangat cantik.
Omega 3
Makanan yang tinggi dengan omega 3 bukan sahaja membantu untuk pembentukkan otak tetapi untuk menjadikan otak bayi lebih hebat. Kajian dari Harvard menunjukkan bahawa ibu yang mengambil Omega 3 sewaktu mengandung telah membuktikan bahawa ujian kecerdasan IQ anak-anak mereka meningkat lebih tinggi berbanding dengan ibu yang tidak mengambilnya. Omega 3 juga membantu membran sel berkembang dalam otak. Omega 3 tidak semestinya dalam bentuk makanan laut seperti ikan bahkan dalam tumbuh-tumbuhan juga ada misalnya sayuran berdaun hijau, avocado, kacang cerdik, berries dan kekacang yang lain.
Zat Besi (Iron)
Ibu yang mengandung perlu mengambil dua kali ganda daripada kebiasaan kerana zat besi sangat membantu untuk mengalirkan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Zat besi juga membantu dalam meningkatkan kecerdasan IQ bayi. Antara zat besi yang mudah untuk diserap dalam badan adalah pemakanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bayam, ubi kentang, kacang kuda, biji labu, almond, oat, kacang dal, kacang soya dan buat tin. Hal ini kerana apabila zat besi mudah diserap, ia akan membantu untuk mengoksidakan bahan dalam badan. Cadangan Dr. Rizal adalah dengan lenyekkan kacang merah dan kacang hitam untuk mengantikan daging burger atau tukar roti canai kepada roti capani dan tambahan kuah kacang dal untuk dapatkan zat besi di dalamnya.
Protein
Protein berperanan besar dalam membina blok pada otot sebagaimana kita perlukan simen untuk melekatkan bata antara satu sama lain, begitulah kita perlukan protein dalam hidup. Protein turut membantu organ dalaman menjadi lebih sihat. Purata kajian menunjukkan manusia memerlukan hampir 60g protein sehari yang boleh diperolehi daripada ayam, tauhu dan juga telur. Peanut butter juga kaya dengan protein dan boleh menggantikan ayam bagi mereka yang allergik. Otak manusia dikuatkan dengan bahan amino asid dan itu diperolehi melalui proses protein dalam badan. Cadangan Dr. Rizal adalah untuk buat minuman smootie menggunakan yogurt dan kekacang yang membantu kepada perkembangan sel dalam badan.
Kalsium
Orang selalu anggap kalsium dapat melalui makanan tenusu sperti susu tetapi ia juga boleh diperolehi melalui sumber alam seperti bendi, bayam, buah tin, almond, brokoli dan boh chay. Kalsium yang disarankan adalan sebanyak 1000mg sehari bagi ibu mengandung. Makan almond juga membuatkan seseorang mudah kenyang tanpa menggemukkan. Bahkan sayur tauge yang kita selalu buang itu kaya dengan kalsium dan membantu kepada perkembangan otak. Jadi, jangan pandang serong kepada tauge, ya. Ohya, Dr. Rizal juga memberitahu bahawa susu lembu memerlukan vitamin D untuk penyerapan proses kalsium sedangkan susu kambing lebih mudah menyerap kalsium tanpa perlukan bahan lain.
Vitamin B6 & B12
Kedua-duanya berkaitan dengan otak dan saraf yang berhubung dengan otak. Antara makanan yang tinggi dengan B6 ialah buah pisang, ayam, tuna, daging puyuh, sotong dan sebagainya. Manakala makanan yang mengandungi B12 ialah telur, tampe, susu, cendawan dan lain-lain lagi. Menurut Dr. Rizal, makanan yang mudah didapati dan sesuai dengan bajet ialah telur. Boleh jadikan telur sebagai menu masakan utama dengan mencampurkan bersama kacang kuda (kekacang) dan sedikit bayam menggunakan pes tomato – ini mampu membantu kepada perkembangan otot dan organ bayi dan juga ibu.
Semoga perkongsian ini membantu dan bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.
Sumber rujukan :
Segmen Rangsang Anak Dari Dalam Kandungan oleh Dr. Rizal Abu Bakal dalam Webinar “Aku Tak Takut Beranak”, anjuran 9 Bulan 10 Hari bersama Pa&Ma.

No Comments