Antara sifat gadis Islam yang solehah ialah dia mencintai Rasulullah SAW sehingga percaya apa-apa yang Baginda bawa dan membenarkan (tidak menolak) dengan seikhlas hati pilihan Nabi walaupun pada hakikatnya pada orang lain mungkin tidak suka dengan perkara tersebut.
Salah satu kisah yang diceritakan oleh Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail dalam ceramah Majlis Cinta Rasul, iaitu, pada zaman Rasulullah SAW terdapat seorang pemuda yang kurang menarik wajahnya, serba kekurangan dan tiada gadis yang berhajat padanya yang bernama Julaibib.
Sehingga Julaibib menemui Rasulullah SAW dan meminta Baginda menjodohkan seorang gadis untuk dirinya.
Lalu Rasulullah SAW menyampaikan hasrat Julaibib kepada seorang sahabat untuk meminang anak gadisnya. Sahabat itu sangat bahagia kerana berfikir itu dari Rasulullah SAW sendiri.
Tetapi, bukan untuk Rasulullah SAW. Sebenarnya untuk Julaibib. Berubah wajah sahabat tersebut kerana nama pemuda yang disebut ialah pemuda yang disebutkan di atas tadi ciri-cirinya.
Lalu sahabat tadi, bermusyawarah dengan isterinya. Juga dibalas perkara yang sama. Namun, adik gadis mereka yang mendengar berita itu berkata ;
” Ayah, ibu. Bagaimana engkau menolak pilihan Rasulullah SAW?”
Gadis tersebut memilih untuk menerima lamaran Julaibib dan yakin dengan pilihan yang dibawa oleh Rasulullah SAW tanpa mempersoal kekurangan Julaibib.
Pilihan itu adalah kerana iman dan bukan kerana nafsu. Teruja sebenarnya dengan sikap gadis tersebut. Kagum dengan iman yang dipandu dengan kecintaan dan kepercayaan pada Rasulullah SAW.
Bawa diri muhasabah dalam kita berjuang dan dalam kehidupan seharian, bagaimana kita memilih untuk mengikuti sunnah dan ajaran Rasulullah SAW berbanding kita memilih apa yang dituruti hawa nafsu?
Kedua, kita perlu yakin jika kita bertaqwa kepada Allah SWT dan bersama-sama dengan Rasulullah SAW, Allah SWT akan membantu kita. Seperti Julaibib yang beriman, lalu Allah SWT bantu beri kemudahan untuk merisik gadis walaupun pada asalnya beliau tiada yang berkeinginan.

No Comments