Keluarga

Cabaran Mendidik Anak-anak Zaman Kini

Di sebalik kita gembira melihat perkembangan anak, pernah tak sebagai ibu kita terlintas yang bagaimanalah anak yang suci ini akan “survive” di akhir zaman ni?

Sekarang dah 2025. Dunia semakin uzur. Pemanasan global semakin membimbangkan. Bencana alam bila-bila masa boleh berlaku. Bumi semakin sakit.

Hari demi hari, kos sara hidup makin meningkat. Cabaran ekonomi makin kritikal. Ini baru di zaman kita. Zaman anak kita nanti agak-agaknya?

Di sekeliling mereka pula, cabaran gajet tiada batasan. Sehingga lahir generasi yang kecanduan teknologi. Kes pseudo autism juga meningkat.

Bahkan jika diberikan skrin, terlalu banyak video porno dan kebodohan akal bahkan melalui video animasi.

Belum cerita isu jenayah seksual seawal kanak-kanak 3 tahun. Di mana-mana pun tak selamat. Orang jahat boleh jadi dalam kalangan keluarga sendiri.

Bila dibawa anak-anak keluar ke taman, ya riuh dengan kanak-kanak lain bermain. Tapi di mulut mereka tak lekang dengan carutan “sial, babi, hanat, b4bi”.

Hari ni saja, nilai dan moral manusia semakin terhakis. Hari demi hari kes pembunuhan satu persatu berlaku dalam keadaan yang mengerikan.

Makanan pula lebih cederung dengan makanan tak berkhasiat. Sehingga hari ni kita sudah sakit di usia yang muda.

Di luar negara pula, negara-negara besar sedang atur strategi. Bila-bila masa sahaja Perang Dunia Ketiga akan berlaku.

Sebenarnya tak terbayang, bagaimana anak-anak kita akan bertahan dan survive di dunia yang tersangat dasyat ujiannya.

Ayuh wahai ibu. Jangan pernah lupa untuk titipkan doa. Jangan tinggal surah Al-Kahfi. Akhir zaman ini terlalu perit untuk kita dan mereka.

Ajarkan mereka dengan didikan Islam yang sebenarnya. Selebihnya, serahkan urusan untuk Allah yang menjaga.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِجَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

No Comments

    Leave a Reply