1. Saya terpanggil untuk berkongsi kegusaran ini dengan semua. Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan satu senarai yang meletakkan Malaysia di tangga ke-4 dari segi populasi transg3nd3r tertinggi di dunia, mengatasi negara-negara seperti Kanada, Jerman dan UK (dikeluarkan oleh World of Statistics – walaupun saya kurang pasti bagaimana kajian ini dibuat dan data diperolehi)
2. Bagi saya yang lebih membimbangkan daripada angka itu adalah budaya yang sedang dinormalisasikan perlahan-lahan dalam masyarakat kita. Sering kali ia hadir dalam bentuk “hak peribadi”, “kebebasan ekspresi”, dan “tolak diskriminasi”, namun akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang jauh lebih besar iaitu pengiktirafan undang2 terhadap dosa yang dikutuk Islam.
3. Lihatlah apa yang berlaku di Thailand, negara jiran yang sangat dekat.
Pada 23 Januari 2025, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf perkahwinan sejenis secara rasmi selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat, Senat dan mendapat perkenan diraja. Bagaimana ia boleh berlaku? Golongan ini telah memanipulasi dan menanam kepercayaan dalam kalangan ahli politik muda, hingga akhirnya termaktub dalam undang-undang.
4. Di Thailand, budaya pop seperti drama Boys Love, media sosial, dan gerakan demokrasi telah mengangkat LG8T sebagai sebahagian daripada perjuangan human rights. Ia bermula sebagai trend dan hak amalan peribadi, kemudian diterima oleh korporat, universiti, dan akhirnya diluluskan di Parlimen. Benarlah, apa yang bermula dengan normalisasi budaya, akan berakhir sebagai dasar negara.
5. Di Malaysia juga sudah bermula normalisasi budaya ini secara terbuka terutama di media sosial. Ada juga drama yang mula memaparkan pasangan sejenis dengan alasan ada mesej yang ingin disampaikan tetapi ditunjukkan secara komersial pasangan seperti ini wujud dan ada scene yang kurang sesuai juga. kalau di medsos, lagi terbuka dan siap mendidik dan mengajak oraang ramai termasuk kanak-kanak jadi seperti mereka.
6. Lihat sahaja apabila Trengganu menaikkan papan tanda pengharaman LG8T, ada golongan yang terus membantah dan bersuara hak kebebasan asasi. Walaupun undang-undang kita masih kukuh, namun penerimaan masyarakat terhadap naratif LG8T semakin meningkat dan tidak mustahil sedikit demi sedikit polisi akan lebih terbuka dan paling parah apabila ia diiktiraf secara undang-undang.
ππ’ππ ππ’πππ€ ππ¨π₯ππ‘ ππ’ππ¦.
7. Ini bukan soal prejudis. Ini soal melindungi maruah insan, struktur keluarga Islam dan akhlak generasi akan datang. Islam tidak pernah menindas. Kita menolak penghinaan terhadap insan, tetapi kita juga tidak boleh mengiktiraf dosa sebagai norma.
“Barang siapa melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan (kuasa); jika tidak mampu, dengan lidah (kata-kata); jika tidak mampu, dengan hati β dan itu selemah-lemah iman.”(Hadis Riwayat Muslim)
Kita bimbing yang tersasar, bukan benarkan kemungkaran dijadikan perlembagaan. Kita tolak diskriminasi, tetapi jangan kita longgar dalam menolak ideologi yang bercanggah dengan fitrah.
8. Malaysia mesti tegas dan belajar daripada Thailand, bukan meniru jalannya. Apa yang bermula sebagai βbudayaβ, tidak mustahil akan berubah menjadi dasar undang-undang. Hari ini, mereka kata ia βpersonal choiceβ. Esok, ia masuk ke dalam silibus. Lusa, ia menjadi hak undang-undang yang wajib diraikan. Dan generasi anak kita tidak lagi tahu apa itu dosa, apa itu fitrah.
Wahai ibu dan ayah. Ini masa untuk kita bangkit.
Bersama pertahan nilai Islam dan keluarga, dengan ilmu, hikmah, dan keberanian.
No Comments