Hak Asasi Manusia

LTTE di Malaysia: Bahaya Tak?

Sebenarnya kalau perasan penulisan ni saya kongsikan balik ja. Bahaya atau tidak mereka, biarlah kita nilai sendiri dengan apa yang terpapar di realiti. Agak menjadi kebimbingan bila mereka yang disabitkan dengan LTTE ni dibebaskan.

Analoginya, kita perlu berjaga-jaga. Jangan membela “anak” harimau. Walaupun taringnya tidak seperti harimau dewasa, kelak mereka membesar dan membiak, kitalah jadi mangsa.

Umum kita tahu, LTTE merupakan kumpulan militan pemisah yang berjuang untuk sebuah negara atau kawasan yang merdeka bagi bangsa Tamil yang menetap di Sri Lanka.

Namun, di sebalik nama tersebut LTTE bukan sekadar kumpulan pemisah biasa, tetapi berstatus kumpulan pemberontak profesional, mempunyai pengaruh (politik) dan tentera serta perancangan yang teratur. Satu organisasi yang mempunyai sayap dan unit-unit yang berstrategik. Salah satunya, mereka ada “Unit Bunuh Diri”. Punyalah kuat pegangan mereka.

Merujuk Pusat Keselamatan dan Kerjasama Antarabangsa (CISAC) bermula dengan tahun 1975 lagi, LTTE mengganas dengan pembunuhan datuk bandar Jaffna di utara Sri Lanka bernama Alfred Duraiappah. Dan pada tahun 1977 ahli parlimen Tamil, M Canagaratnam dibunuh sendiri oleh Vellupillai Prabhakaran, pemimpin tertinggi LTTE.

Pada Julai 1983, berlakunya peristiwa Julai Hitam. Apa yang berlaku ialah serangan berani mati terhadap pihak tentera di pangkalan utara sehingga 13 tentera Sri Lanka terbunuh dan 400 hingga 3000 orang Tamil terbunuh. Pembunuhan beramai-ramai dilakukan pada tahun berikutnya seperti pada tahun 1984 pembunuhan di lading Kent and Dolar Farms dan 146 orang terbunuh pada tahun 1985.

Pada tahun 1990 pula, LTTE menguasai Semenanjung Jaffna dan menghalau penduduk Muslim di situ atas alasan wilayah tersebut adalah tanah tumpah dan milik masyarakat Tamil. Yang kejamnya, arahan tersebut diberi dalam masa yang singkat dan mencatatkan pembersihan etnik paling cepat.

Tahun 1991, LTTE membunuh bekas Perdana Menteri India Rajiv Ghandi dan mengganas sehingga mampu melancarkan lebih 200 serangan bunuh diri dan mulakan Perang Saudara yang mengorbankan lebih 70,000 nyawa.

Pada tahun 1992, LTTE telah dimasukkan dalam senarai organisasi pengganas oleh kerajaan India di bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pencegahan), 1967 dan pada tahun 2006, negara lain seperti Kanada menyenaraikan LTTE sebagai organisasi pengganas mengikut kod jenayahnya.

Maklumat lainnya, lebih 32 negera yang berbeza telah menyenaraikan LTTE sebagai organisasi pengganas, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, India, UK, EU, Kanada, dan sebagainya. LTTE disimbolkan sebagai “organisasi pengganas asing” oleh kerajaan AS di bawah Akta Penalti Anti-Keganasan dan Kesalahan Kematian yang berkesan pada tahun 1996.

Walaupun dikecam oleh negara luar, LTTE terus bergerak. Pada tahun 1993, Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa dibunuh oleh seorang pengebom bunuh diri bersama 23 orang lagi semasa perhimpunan Hari Raya di Colombo.

Pada tahun 1995 pula, berlaku letupan di syarikat minyak mentah Orugodawatte oleh unit bunuh diri empat, membunuh 23 askar dan dua orang awam.

Huh kronologi yan panjang, dipendekkan cerita serangan demi serangan sehinggalah pada tahun 2009, LTTE dikalahlah oleh Kerajaan Sri Lanka.

Peristiwa demi peristiwa bersilang ganti seperti peristiwa Julai Hitam, Perang Eelam I,II dan II dan IV seterusnya membawa pada genjatan senjata dan tawanan wilayah.

Tak pasti apa agenda mereka yang disabitkan dengan LTTE? Walaupun 10 tahun yang lalu pembubaran mereka, adakah sudah tiada lansung roh perjuangan LTTE? Mustahil sama sekali.

Sebab merujuk pada kenyataan Kerajaan Sri Lanka pada 09 April 2011 bahawa masih wujudnya cawangan antarabangsa LTTE yang ingin membina semula pertubuhan tersebut.

Hari ni di Malaysia, LTTE ni bebas. Tahniah Malaysia. Sebenarnya penulisan ni awalnya dibuat selepas membaca satu kenyataan dari Waytha Moothy mencadangkan pembebasan mereka yang ditahan kerana terlibat dengan LTTE. Tapi hari ni dibebaskan terus. Fuh.

Waktu baca tu, ada juga terjumpa yang dana dari Malaysia pernah disalurkan pada LTTE. Cuma, bila nak buka link tu, tak boleh. Haha. Jeng. Nanti kita selidik lagi.

Rujukan :

1. Liberation Tigers of Tamil Elam : Mapping Militant Organization

https://web.stanford.edu/…/cgi-bin/groups/print_view/225

2. Liberation Tigers of Tamil Elam- CISAC (Center for International Security and Cooperation)

https://cisac.fsi.stanford.edu/…/liberation-tigers…

3. Major Attack by LTTE

https://cisac.fsi.stanford.edu/…/liberation-tigers…

4. LTTE international network still active: Lanka PM

https://economictimes.indiatimes.com/…/7924579.cms…

5. Apa itu LTTE ? https://www.facebook.com/…/apa-itu…/2134738956637079/

6. Perang Saudara di Sri Lanka

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Saudara_Sri_Lanka

7. Dakwa Atau Bebas Tahanan Jika Siasatan Sudah Selesai

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158086353174883&id=87363369882

No Comments

    Leave a Reply