Wanita Sejahtera

Kronologi Dan Persepsi Pelantikan Ketua Hakim Negara
Isu pelantikan Ketua Hakim Negara (KHN) telah menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat sivil, ahli undang-undang, akademik dan pemerhati politik negara. Ini menunjukkan keresahan terhadap sejauh mana sistem kehakiman negara benar-benar menjalani proses reformasi yang menjamin kebebasan institusi ini daripada pengaruh eksekutif. Berikut merupakan perkembangan isu ini secara kronologi:

Pada 1 Julai 2025, tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, tamat secara rasmi. Tun Tengku Maimun merupakan wanita pertama yang menyandang jawatan ini dan dikenali melalui beberapa keputusan penting dalam kes berprofil tinggi, khususnya berkaitan kepentingan awam dan isu perlembagaan.

Selepas tamat tempoh perkhidmatan mengikut Perlembagaan Persekutuan, kerusi Ketua Hakim Negara telah dipangku oleh YAA Dato’ Hasnah Mohammed Hashim. Pada masa yang sama, Presiden Mahkamah Rayuan juga bersara. Situasi dua jawatan kehakiman tertinggi berada dalam status pemangkuan serentak merupakan keadaan luar biasa yang membangkitkan persoalan tentang kestabilan institusi kehakiman.

Beberapa nama mula disebut-sebut sebagai calon KHN sepanjang Julai 2025, antaranya YAA Dato’ Zabariah Mohd Yusof (Hakim Besar Malaya), YAA Dato’ Hasnah (Hakim Mahkamah Persekutuan), dan Tan Sri Ahmad Terrirudin Salleh (Peguam Negara). Namun, sehingga pertengahan Julai, tiada pengumuman rasmi dibuat, sekaligus mencetuskan kekeliruan serta pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat dan komuniti undang-undang.

Menjelang pertengahan bulan Julai, tokoh-tokoh undang-undang serta pertubuhan masyarakat sivil yang memperjuangkan integriti kehakiman mula menyuarakan kebimbangan secara terbuka. Mereka mendesak agar proses pelantikan Ketua Hakim Negara disegerakan bagi mengelakkan kekosongan berpanjangan dan ketidakstabilan dalam struktur kehakiman negara.

Akhir Julai 2025, pelantikan rasmi diumumkan dan YAA Tan Sri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu. Walaupun pelantikan ini menamatkan spekulasi, ia turut mencetuskan reaksi bercampur-baur, memandangkan latar belakang beliau sebagai bekas ahli politik — termasuk pernah menjawat jawatan Senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Pelantikan ini sekali lagi menghidupkan persoalan berkenaan kebebasan institusi kehakiman daripada pengaruh politik.

Lebih kontroversi, timbul pula dakwaan bahawa terdapat kebocoran minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang menyenaraikan nama Tan Sri Ahmad Terrirudin Salleh sebagai antara calon utama KHN. Kebocoran ini menimbulkan tanda tanya serius tentang ketelusan proses pelantikan. Tambahan pula, terdapat dakwaan bahawa syor JAC yang mengutamakan calon dari kalangan hakim kanan sedia ada tidak diambil kira oleh Perdana Menteri, sekali gus mencerminkan kelemahan fungsi semak dan imbang yang sepatutnya dijalankan oleh JAC.

Secara perundangan, Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Namun, ruang budi bicara yang luas kepada Perdana Menteri dalam mencadangkan nama calon boleh menimbulkan persepsi campur tangan politik, khususnya apabila pihak dalam eksekutif mempunyai kepentingan dalam kes-kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang ditubuhkan pada tahun 2009 melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) bertujuan meningkatkan ketelusan dan kredibiliti pelantikan hakim. Namun, Seksyen 5 Akta tersebut menetapkan bahawa lima daripada sembilan ahli JAC dilantik oleh Perdana Menteri. Perkara ini menimbulkan persoalan lanjut sejauh mana suruhanjaya ini benar-benar bebas dan tidak terdedah kepada pengaruh eksekutif — khususnya apabila syor mereka boleh diketepikan tanpa alasan yang didedahkan kepada umum.

Kronologi pelantikan Ketua Hakim Negara pada tahun ini memperlihatkan beberapa kelemahan struktur dalam proses pelantikan kehakiman tertinggi negara. Kelewatan, ketidaktelusan, kebocoran maklumat serta persepsi campur tangan politik telah memberi kesan kepada keyakinan masyarakat terhadap kebebasan institusi kehakiman.

Justeru, sudah sampai masanya satu reformasi menyeluruh dilakukan terhadap mekanisme pelantikan kehakiman, termasuk memperkukuh struktur JAC, mengurangkan pengaruh eksekutif, serta mewujudkan sistem yang lebih terbuka dan bertanggungjawab. Hanya melalui langkah ini, institusi kehakiman baru benar-benar berfungsi sebagai tiang seri kepada prinsip kedaulatan undang-undang negara.

(Artikel ini diambil daripada laman Facebook rasmi Yayasan Kedah Sejahtera yang diterbitkan pada 4 Ogos 2025)

The post Kronologi Dan Persepsi Pelantikan Ketua Hakim Negara first appeared on Wanita Sejahtera.

Di mana Allah? Jawapan Imam Hanafi
Soalan:

Apakah benar imam besar para ulamak salaf iaitu Imam Abu Hanifah pernah ditanya tentang di manakah Allah? Kalau benar apakah jawapan Imam Abu Hanifah?

Jawapan:

Memadai sebagai jawapan persoalan ini disertakan perkataan Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fiqh Al-Absath:

قال الإمام أبو حنيفة “قلت: أرأيت لو قيل أين الله تعالى؟ فقال: يقال له كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء، وهو خالق كل شىء” الفقه الأبسط ضمن مجموعة رسانل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري ص 25

Ertinya: “Telah berkata Imam Abu Hanifah: Tahukah kamu jikalau dikata orang di mana Allah? Berkata Imam Abu Hanifah: Dikatakan bagi yang bertanya itu Allah maha tinggi dan tiada bertempat sebelum mengadakan makhluk. Dan adalah Allah maha tinggi dan tiada ada Dia di mana dan bukan makhluk dan bukan suatu benda. Dia yang menjadikan sekalian suatu.” (Kitab Majmu’ah Rasail Abi Hanifah)

Dan berkata Imam Abu Hanifah dalam kitab Al-Fiqh Al-Akbar:

ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة حق”

Ertinya: “Dan bertemu Allah Taala bagi ahlu syurga tanpa cara dan tanpa menyerupakan dan tanpa arah itu adalah benar.” (Kitab Syarah Al-Fiqh Al-Akbar Syeikh Ali Mulla)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 11/7/2025

The post Di mana Allah? Jawapan Imam Hanafi first appeared on Wanita Sejahtera.

Ini replika otak manusia
Ini replika otak manusia- plastik je

Tapi mesejnya besar

Replika ini tiba sehari sebelum forum Hari Sayyidatina Khadijah setelah banyak hari saya fikir bagaimana nak sampaikan ilmu psikiatri dengan santai tapi sampai ke hati lebih 2000 orang audien.

Saya mulakan dengan satu asas penting:

1. Otak itu merupakan organ dan sangat kompleks.

Sebagaimana kita tahu menjaga kesihatan jantung, paru-paru, buah pinggang dan hati itu wajib, begitu juga dengan otak. Otak bukan sekadar tempat berfikir, ia pusat kawalan seluruh badan: pergerakan, pertuturan, bau, keseimbangan penglihatan, emosi, bahkan pernafasan.

Itulah sebabnya simptom penyakit psikiatri kadang nampak pelik seperti mendengar suara, kelakuan berubah, tidak seperti diri sendiri etc., kerana pusat kawalan itu terganggu.

2. Penyakit mental adalah “real” — bukan rekaan atau ‘lemah iman’.

Simptom penyakit psikiatri di Malaysia lebih kurang sama sahaja seperti di negara-negara lain. Ini bukti bahawa penyakit ini benar-benar wujud dan tidak terbatas kepada kaum, budaya atau bangsa.

3. Apakah maksud kesihatan mental yang baik?

Menurut WHO, individu yang sihat mentalnya akan:

Kenal potensi diri

Mampu hadapi stres dalam kehidupan seharian

Boleh bekerja secara produktif

Menyumbang kepada masyarakat

4. Tanda-tanda penyakit mental secara umumnya apabila:

Simptom berpanjangan

Menjejaskan fungsi hidup — peribadi, sosial, dan pekerjaan.

5. Bidang Psikiatri & Kesihatan Mental menawarkan rawatan secara menyeluruh melalui pendekatan Biopsikososial-Spiritual:

Biologi: Ubat-ubatan yang sesuai

Psikologi: Kaunseling, psikoterapi

Sosial: Sokongan keluarga, rakan, komuniti

Spiritual: Keimanan, makna hidup, amalan rohani dan lain-lain.

Keempat-empat komponen ini saling melengkapi dan penting dalam proses penyembuhan.

6. “Saya nak kaunseling sahaja” — mungkin tidak mencukupi.

Jika penyakit sudah masuk ke tahap tertentu, ubat-ubatan mungkin diperlukan. Saya telah temui pesakit yang awalnya hanya mahu terapi, tetapi selepas diberi rawatan menyeluruh termasuk ubat, mereka lebih cepat pulih. Alhamdulillah.

7. “Saya nak rawatan spiritual sahaja.”

Boleh, tidak ada masalah, akan tetapi mengapa memilih hanya 1 rawatan sedangkan kita boleh ambil keempat-empat komponen serentak? Kita tidak perlu menolak bantuan lain yang Allah juga izinkan untuk kebaikan kita. Kita juga digalakkan menggunakan segala ikhtiar terbaik yang ada, kerana Islam itu syumul.

“الحكمة ضالة المؤمن، أنّى وجدها فهو أحق بها”

Hikmah itu milik orang beriman. Di mana pun dia temui, dia lebih berhak ke atasnya.

9. Tahukah kita — hospital mental pertama dibina oleh umat Islam?

Dibina di Baghdad, tahun 705 Masihi. 600 tahun lebih awal daripada hospital mental di Barat. Ilmu itu dari kita. Kini, teknologi terus berkembang dan ubat-ubatan moden banyak datang dari hasil kajian global. Kita berhak mendapat rawatan terbaik selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Kerana rumit & canggihnya fungsi otak, perkembangan kajian terhadap fungsi otak, ubat-ubatan berkenaan, masih lagi berkembang sehingga kini.

Menjaga kesihatan mental itu amanah kerana otak kita adalah organ yang sangat mulia dan kompleks yang memerlukan penjagaan, kefahaman, dan rawatan yang sepatutnya.

“Kesihatan mental untuk semua “

The post Ini replika otak manusia first appeared on Wanita Sejahtera.

Ibu Bapa Mesti Cakna Dengan Kesihatan Mental Anak-Anak
Saya menyeru para ibu bapa dan penjaga sekalian bersama-sama membuka mata dan hati terhadap satu isu yang semakin kritikal iaitu kesihatan mental anak-anak muda kita.

Laporan terkini daripada Persidangan Antarabangsa Sarawak mengenai Kesihatan Mental Belia 2025 mendedahkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh golongan belia hari ini semakin berat.

Antaranya daripada tekanan akademik, ketidaktentuan ekonomi, keterikatan dengan teknologi digital, hinggalah kepada retaknya institusi kekeluargaan.

Wahai para ibu bapa dan penjaga sekalian, marilah janganlah kita memandang ringan rintihan anak-anak ini.

Mereka mungkin tidak meluahkan secara terus, namun beban di hati mereka nyata.

Laporan menunjukkan seorang daripada lima remaja sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental.

Jika kita benar-benar mahu melahirkan generasi masa depan yang mampu memimpin dan membawa perubahan, kita memulakannya dari rumah. Mulakan dengan cuba mendengar, memahami dan mencipta ruang selamat untuk mereka berbicara.

Kita juga perlu sedar bahawa tekanan mental ini bukan sekadar berlaku di bandar.

Malah, anak-anak di luar bandar dan kawasan terpinggir lebih terdedah kerana kekurangan akses kepada perkhidmatan sokongan.

Justeru, marilah kita sebagai ibu-ibu atau bapa-bapa menjadi kaunselor pertama mereka. Marilah kita berusaha dengan kelembutan, berdoa, kasih sayang dan keperihatinan.

Ingatlah, Rasulullah ﷺ bersabda bahawa senyuman itu sedekah, apatah lagi mendengar luahan hati seorang anak yang sedang tertekan.

Jangan biarkan mereka mencari pengganti ibu di luar sana yang belum tentu membawa mereka ke jalan yang benar.

Kitalah tempat pulangnya hati mereka.

The post Ibu Bapa Mesti Cakna Dengan Kesihatan Mental Anak-Anak first appeared on Wanita Sejahtera.

Polemik Pelantikan Ketua Hakim Negara: Suatu Penilaian
Kebelakangan ini, isu pelantikan Ketua Hakim Negara kembali menjadi perbincangan hangat dalam kalangan ahli akademik, pengamal undang-undang dan ahli politik.

Terdapat dakwaan menyatakan bahawa terdapat campur tangan Perdana Menteri dalam pelantikan ketua hakim negara bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2025.

Pelantikan YAA Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara telah menamatkan spekulasi yang timbul.

Namun begitu, persoalan utama yang wajar dikupas adalah sejauh mana proses pelantikan ini bebas daripada sebarang campur tangan luar, termasuklah daripada pihak eksekutif, dan bagaimana perkara ini telah mencetuskan polemik konflik kepentingan dalam konteks semasa.

Pertama perlu difahami bahawa Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang berteraskan pemisahan kuasa antara tiga cabang utama iaitu badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Cabang kehakiman memainkan peranan penting sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap cabang eksekutif dan legislatif.

Oleh itu, kebebasan institusi kehakiman adalah asas kepada keadilan, ketelusan dan keluhuran Perlembagaan.

Proses pelantikan Ketua Hakim Negara perlu selari dengan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Ini secara perlembagaannya telah memberi Perdana Menteri peranan penting dalam proses pelantikan tersebut, walaupun pelantikan tersebut secara formal dibuat oleh YDPA.

Sebagai usaha reformasi institusi kehakiman, pada tahun 2009 Perlembagaan dipinda dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 diluluskan di parlimen.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) ditubuhkan sebagai badan bebas untuk mencadangkan calon yang layak kepada Perdana Menteri.

Namun, lima daripada sembilan ahli JAC adalah lantikan Perdana Menteri, sekali gus menimbulkan persepsi bahawa ahli lantikan Perdana Menteri mempunyai pengaruh besar dalam suruhanjaya dan dapat menentukan keputusan akhir JAC.

Ini menimbulkan persoalan tentang keberkesanan prinsip pemisahan kuasa dan sejauh mana JAC benar-benar bebas dalam membuat keputusan tanpa pengaruh eksekutif.

Kebimbangan terhadap kemungkinan campur tangan politik semakin ketara apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mempunyai kes yang masih berjalan di mahkamah.

Keadaan ini menimbulkan konflik kepentingan yang serius dan mencetuskan persepsi bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara mungkin dibuat berdasarkan kepentingan politik, bukan merit dan kelayakan undang-undang.

Dalam sebuah sistem demokrasi yang sihat, persepsi ini amat bahaya kerana ia boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kebebasan dan integriti sistem kehakiman.

Bagi memelihara institusi kehakiman, pelbagai pihak termasuk Badan Peguam Malaysia telah menggesa agar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dipinda untuk mengurangkan pengaruh eksekutif dalam JAC.

Cadangan-cadangan termasuk:

• Mengurangkan kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ahli JAC.

• Menambah penyertaan badan bebas seperti pengamal undang-undang dan wakil masyarakat sivil.

• Menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang memainkan peranan semak dan imbang terhadap proses pelantikan kehakiman.

• Menetapkan tempoh pelantikan yang tetap dan proses penilaian berdasarkan merit.

Kesimpulan, mengikut perlembagaan, Perdana Menteri mempunyai kuasa yang dominan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara berdasarkan peruntukan Perlembagaan sedia ada. Walaupun JAC ditubuhkan sebagai usaha reformasi, pengaruh eksekutif masih besar dan memungkinkan berlakunya campur tangan, sama ada secara langsung atau melalui persepsi awam.

(Artikel ini diambil daripada laman Facebook rasmi Yayasan Kedah Sejahtera yang diterbitkan pada 24 Julai 2025)

The post Polemik Pelantikan Ketua Hakim Negara: Suatu Penilaian first appeared on Wanita Sejahtera.

Otak juga sebuah organ badan
Selalu saya katakan kepada para pesakit, sebagaimana jantung, buah pinggang, paru-paru, otak juga merupakan sebuah organ. Malah fungsi otak paling kompleks.

Dan sebagaimana kita perlu menjaga kesihatan jantung, buah pinggang dan lain-lain. Begitu juga wajib untuk kita menjaga kesihatan minda kita.

Otak ialah organ dalam sistem saraf pusat yang berfungsi sebagai pusat kawalan utama tubuh.

Otak kita merupakan organ yang:

Mengawal pergerakan, deria, emosi, dan pemikiran.

Diperbuat daripada tisu lembut, dengan berjuta-juta neuron dan sel sokongan.

Mempunyai bekalan darah yang sangat aktif (menggunakan lebih kurang 20% oksigen badan)

Jadi, jika berlaku ketidakseimbangan bahan kimia seperti seseorang menghadapi stress yang berpanjangan & melebihi kemampuan, trauma yang teruk dan sebagainya, fungsi otak bakal terkesan.

Dan disebabkan otak merupakan organ yang kompleks, simptoms penyakit psikiatri juga lebih rumit & kompleks. Kerana itu, kadang-kadang orang yang bukan berada di dalam bidang psikiatri sukar untuk memahami mengapa simptoms penyakit psikiatri ini agak pelik, contohnya mendengar suara-suara ghaib, merasa sedih berpanjangan, terasa seperti tidak berguna dan lain-lain. Kerana ianya berbalik kepada fungsi otak di atas. Ada kawasan yang mengawal emosi, ada kawasan yang mengawal deria, pergerakan dan sebagainya.

Menarik bukan?

The post Otak juga sebuah organ badan first appeared on Wanita Sejahtera.

Bolehkah Solat Sunat Ketika Khutbah?
Setiap kali tiba hari Jumaat, masjid akan mula dipenuhi jemaah dari segenap arah. Ada yang datang awal sebelum azan, ada juga yang datang bila imam dah mula khutbah.

Waktu tu, kita akan nampak ada orang yang terus duduk dengar khutbah, tapi ada juga yang bangun solat sunat dua rakaat walaupun imam dah mula khutbah. Jadi, mulalah timbul persoalan, boleh ke solat sunat masa khutbah sedang berlangsung?

Sebenarnya, isu ini bukan perkara baru. Dalam masyarakat kita, ramai yang masih keliru. Ada yang takut nak solat sebab dikhuatiri dikatakan tak hormat khutbah. Ada juga yang pernah kena “jelingan tajam” dari pakcik masjid sebab solat masa khatib sedang berbicara.

Tapi, berdasarkan hadis sahih daripada Nabi SAW sendiri, solat sunat ketika khutbah khususnya solat Tahiyyatul Masjid adalah dibenarkan, malah pernah disuruh oleh Nabi SAW sendiri.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata:

جَاءَ رَجُلٌ وَالنَّبِيُّ ﷺ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَقَالَ: “أَصَلَّيْتَ؟” قَالَ: لَا، قَالَ: “قُمْ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ”

“Seorang lelaki datang (ke masjid) pada hari Jumaat sedangkan Nabi SAW sedang berkhutbah. Baginda bertanya kepadanya: ‘Adakah kamu telah solat?’ Lelaki itu menjawab: ‘Belum.’ Maka Baginda bersabda: ‘Bangunlah dan solat dua rakaat.’”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadis ini sangat jelas. Nabi SAW tidak melarang, bahkan menyuruh lelaki itu solat, walaupun ketika khutbah sedang berlangsung.

Maka ini menjadi hujah kukuh bahawa solat Tahiyyatul Masjid tetap digalakkan walaupun imam sudah mula berkhutbah.

Namun begitu, penting juga untuk diingat bahawa khutbah tetap wajib diberi perhatian. Jadi, solat sunat yang dilakukan ketika khutbah mestilah ringkas dan tidak memanjangkan bacaan. Cukuplah dua rakaat dengan surah pendek.

Jangan pula solat terlalu lama, membaca surah-surah yang panjang, rukuk dan sujud seperti sedang solat malam. Imam sudah masuk khutbah kedua, tetapi masih berada di rakaat pertama.

Keadaan ini bukan sahaja mengundang perhatian, malah boleh mengganggu jemaah lain yang sedang mendengar khutbah.

Kesimpulannya, solat sunat Tahiyyatul Masjid ketika khutbah adalah dibenarkan berdasarkan sunnah Nabi, dengan syarat ianya ringkas dan dilakukan sejurus masuk ke masjid.

Jangan takut untuk solat, tapi jangan pula terlebih panjang. Ikutlah petunjuk Rasulullah SAW, nescaya amalan kita lebih tenang, berpahala dan penuh adab.

(Artikel ini diambil daripada laman Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM yang diterbitkan pada 25 Julai 2025)

The post Bolehkah Solat Sunat Ketika Khutbah? first appeared on Wanita Sejahtera.

Al-Mulk: Kuasa Pemerintahan
Allah SWT menegaskan pada surah ini kekuasaan-Nya yang mutlak, yang menguasai dunia dan akhirat.

[Surah Al-Mulk: Ayat 1-2] Tuhan Yang Menguasai Pemerintahan

Firman Allah SWT serta terjemahannya:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١)

“Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;”

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (٢)

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”.

Surah al-Mulk mengajarkan kita tentang konsep berkerajaan dan bernegara. Setelah memahami hakikat kerajaan Allah, lihat dan renung pula tatacara kerajaan dunia yang dikuasai oleh manusia. Paling kurang setelah memahami surah al-Mulk kita mesti peka dan cakna tentang hal kehidupan bernegara serta celik dengan politik dan isu semasa, lebih-lebih lagi dalam masalah siapa memegang kerajaan, siapa yang memerintah dan siapa yang menguasai dunia.

Setiap pemimpin perlu memahami dan menjiwai manhaj Nubuwwah serta mempersiapkan diri dengan ciri-ciri yang akan menjadikan kita lebih bersedia untuk melakukan anjakan paradigma demi memastikan Daulah Islamiyyah dapat dibina dan berusaha sedaya upaya mencipta generasi rabbani. Segalanya bermula dari hati,memimpin hati untuk mengislahkan diri dan masyarakat kepada Allah SWT iaitu dengan memimpin dan mentadbir qalbu manusia, apabila elok qalbu manusia ini,maka akan eloklah ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manusia, aqidah manusia.” Sehinggalah terbentuknya generasi rabbani.

‘Sedarilah Wahai Para Pemimpin kita bergerak di bawah Sistem Allah,maka bekerjalah untukNya’

قال رسول الله صلى عليه وسلم : الا وان فى الجسد مضغة اذا صلح الجسد كله واذا فسد الجسد كله الا وهى قلب

“Ingatlah bahawa pada jasad itu terdapat seketul daging apabila daging itu baik maka baiklah jasad dan seluruhnya dan apabila rosak maka rosaklah jasad seluruhnya,ingatlah bahawa itu adalah hati.”

قال رسول الله صلى عليه وسلم : ان الله لاينظر الى اجساد كم ولا الى صوركم ولكن ينظر الى قلوبكم

Sesungguhnya Allah tidak melihat pada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu”

Semoga ia dapat dijadikan panduan dan wasilah-wasilah kekuatan yang berkesan dan berpengaruh serta dapat membina generasi seperti generasi para sahabat yang dijadikan Allah sebagai perantaraan kemenangan dan terbentuknya Daulah Islamiyyah.

DALAM BACAAN QUNUT ADA AQIDAH

Terima ISLAM sebagai DASAR HIDUP.

The post Al-Mulk: Kuasa Pemerintahan first appeared on Wanita Sejahtera.

Bahaya Trend S-Line: Pelihara Aib Sendiri, Jauhi Zina
Trend S-Line sebenarnya mengundang rasa sedih, bimbang, malu dan menakutkan ramai kalangan masyarakat yang waras.

Trend “S-Line” ini sedang menular dalam media sosial terutama dalam kalangan anak muda.

Trend ini bukan sekadar hiburan tapi sedar atau tidak, ia sebenarnya membuka ruang kepada pendedahan aib diri secara terbuka serta normalisasi zina dan pergaulan bebas, yang jelas bercanggah dengan nilai agama dan budaya kita.

Tindakan mendedahkan pengalaman seksual secara simbolik di media sosial adalah satu bentuk penghinaan terhadap maruah diri dan membuka jalan kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

Sabda Nabi SAW: “Setiap umatku akan diampuni kecuali mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri.” [Riwayat al-Bukhari]

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.” [al-Isra’: 32]

Saya menyeru anak-anak muda agar tidak terikut-ikut dengan trend murahan ini dan sentiasa menjaga maruah diri serta memelihara batas syarak dalam menggunakan media sosial.

Gunakanlah platform ini untuk menyebarkan kebaikan, bukan menjatuhkan martabat diri.

Ibu bapa dan masyarakat juga digesa agar lebih cakna serta mendidik generasi muda dengan nilai agama dan tanggungjawab akhlak.

Maruah bukan bahan tontonan. Islam mengangkat darjat kita — jangan gadaikannya demi populariti sementara.

The post Bahaya Trend S-Line: Pelihara Aib Sendiri, Jauhi Zina first appeared on Wanita Sejahtera.

Tragedi Zara Qairina: Hentikan Buli Di Sekolah!
Saya menyuarakan rasa amat sedih dan bimbang terhadap tragedi kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama di Papar dan dikhuatiri berpunca daripada perbuatan buli.

Kejadian ini bukan sahaja mencemarkan nama baik sekolah dan institusi pendidikan, tetapi juga menanam keraguan tentang keselamatan pelajar di asrama.

Saya menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Sabah dan pihak berkuasa seperti PDRM yang sedang menjalankan siasatan menyeluruh serta memberi sokongan psikososial kepada keluarga mangsa.

Namun, saya menekankan agar siasatan tidak terbatas pada punca rasmi sahaja; agenda buli mesti dibuktikan dan pelaku yang bertanggungjawab perlu dihadapkan ke muka pengadilan dengan hukuman setimpal.

Saya juga menyeru agar dasar anti-buli ditetapkan dengan hukuman lebih tegas dan setimpal terhadap pelaku – seperti cadangan Persatuan Guru – serta pelaksanaan pendekatan holistik di peringkat sekolah dan keluarga.

Ini termasuk pengawasan asrama, saluran aduan yang efektif, kaunseling berterusan dan program mendidik mengenai kebersamaan serta empati antara pelajar.

Kes ini menjadi pengingat bahawa sekolah harus menjadi benteng perlindungan, bukan medan penderaan.

Kita semua – ibu bapa, guru, pelajar, masyarakat dan pihak berkuasa – harus peka dan berani campur tangan dalam menentang buli.

Semoga Allah merahmati Zara, memberi ketabahan kepada keluarganya, dan menjadikan insiden ini sebagai pemangkin untuk perubahan sistemik dalam sistem pendidikan negara.

Wallāhu a‘lam.

The post Tragedi Zara Qairina: Hentikan Buli Di Sekolah! first appeared on Wanita Sejahtera.