Tokoh - Wanita Sejahtera

Syeikh Mustafa al Nadwi
Siapakah beliau ?

Keturunan dan keluarga

Beliau dilahirkan di kampung Sanbakht, Aga, Mansurah Mesir pada 27 Ramadan 1374 Hijrah bersamaan 19 Mei 1955. Bapa beliau Syeikh Said Badawi Ahmad Sulaiman merupakan salah seorang daripada ulama qiraat dan ilmu-ilmu yang lain di kampungnya. Syeikh Said Badawi juga merupakan syeikh tarikat al-Qahwajiah al-Syazuliah. Nasab keturunan beliau bersambung dengan Nabi Muhammad s.a.w melalui cucu baginda Saidina Husin.Syeikh Mustafa dilahirkan dalam keluarga yang sibuk dengan Al-Quran, ilmu,ibadah dan zikir. Meraikan para Qurra’ dan penuntut-penuntut ilmu dan menjadi khadam kepada setiap orang yang hadir ke rumah mereka.

Syeikh Mustafa mempunyai 4 orang adik beradik lelaki dan beliau merupakan anak bongsu. Abang sulung beliau Syeikh Abdul Malik telah mewarisi ayahnya berkhidmat untuk Al-Quran dan tarikat sofi mengikut manhaj Al-Quran dan al-sunnah sehingga beliau wafat pada bulan Oktober 1992. Abang beliau yang kedua Muhammad merupakan seorang jurutera. Beliau telah menyertai askar Mesir dan wafat dalam peperangan Tahrir pada Oktober 1973. Abang beliau yang ketiga Ahmad Mubarak juga merupakan khadam Al-quran dan ilmu suluk. Beliau bertugas sebagai pegawai di Institut Kebajikan Mansurah.

Pendidikan

Syeikh Mustafa telah mengahafal Al-Quran dan matan-matan ilmu sejak kecil lagi di bawah bimbingan bapa dan abang sulungnya. Antara matan-matan yang dihafal oleh beliau: Matan Jazariah dan tuhfatul Atfal (Ilmu Tajwid), matan Ajurumiah, Alfiah Ibnu Malik dan Lamiatul Afa’l (Ilmu Nahu dan Sarf), Matan Jauharah (Ilmu Tauhid) matan Abi Syuja’ (Feqah) dan beberapa matan Qiraat.

Ketika remaja Syeikh Mustafa tela memasuki sekolah sains dan mempelajari pelbagai ilmu sains tulen seperti kimia, fizik dan lain-lain. Kemudian beliau telah melanjutkan pengajiannya di kuliah perubatan Universiti Al-Asriah dan telah mendapat keputusan cemerlang. Di samping itu beliau telah mendalami kitab-kitab feqh syafie, tasawuf dan ilmu-ilmu lain di bawah bimbingan ayah dan abang sulungnya.

Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama’

Kecintaan beliau terhadap agama telah menyebabkan beliau tidak memilih kerjaya seorang doktor, sebaliknya terus mendalami ilmu agama sehinggalah Allah memberikan beliau peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama’. Di sini beliau telah memasuki kuliah Bahasa Arab dan mmperolehi keputusan cemerlang.

Kemudian, beliau telah mengambil jurusan Usuludin dan Dakwah dan mendapat keputusan yang cemerlang. Setelah itu beliau telah mempelajari dan menguasai seluruh ilmu di Ma’had A’li Li Dakwah wal Fikri sehingga menjadi anak murid kebanggaan Syeikh Abu Hasan Ali Al-Nadawi. Beliau telah dicalonkan oleh Syeikh Al-Nadawi untuk mengambil PHD di Darul Nadwah dan diberikan gelaran “Seorang yang mempunyai kealiman yang sempurana dalam Ilmu hadis”

Beliau telah diberikan ijazah dan sanad dalam pelbagai bidang ilmu oleh ulama-ulama besar Hindi, Pakistan dan Bangladesh seperti Maulana Al-kandahlawi, A’llamah Habibul Rahman Al-A’zomi, Syeikh Sodiq Ahmad Al-Nadawi dan lain-lain. Setelah itu Syeikh Al-Nadawi telah memberikan pengiktirafan kepada beliau dengan memakaikan serban kepunyaannya dan memberikan ijazah ilmu suluk dan tarbiah kepada beliau.

Beliau juga telah diberikan ijazah dan sanad dari ulama-ulama besar Al-Azhar, Ulama-ulama’ Maghribi, Syam, Hijaz, Indonesia, Malaysia dan lain-lain.

The post Syeikh Mustafa al Nadwi first appeared on Wanita Sejahtera.

Mus’ab bin Umair : Kerana Agama, Gadai Semuanya
Mus’ab bin Umair merupakan pemuda yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Seorang yang terkenal dengan penampilan yang kemas, rapi dan mewah.

Suatu hari, beliau mendengar tentang agama “baharu” di rumah Arqam bin Abi al-Arqam dan akhirnya beliau memilih untuk memeluk Islam.

Berita keislaman beliau sampai ke ibunya yang sangat tegas dan penyembah berhala. Beliau tidak diberi makan, dikurung dan akhirnya dihalau dari rumah dengan sehelai sepinggang.

Kerana bersungguh mempertahankan akidah, mencari redha Allah dan menolong Rasul-Nya, Mus’ab redha tinggalkan kesenangan dan kenikmatan yang ada pada dirinya.

Diutuskan berhijrah ke Habsyah dan menjadi pendidik di Madinah kerana kelebihannya yang cergas dan memilik pengetahuan yang mantap tentang Islam.

Dan akhirnya mendapat ganjaran syahid di medan Uhud, ditebas tangan kemudian ditikam oleh Ibnu Qumaiah.

Satu kisah yang tersentap bila baca sebelum tidur. Bawa diri selalu muhasabah, apa ja yang kita dah korbankan pada jalan agama ? Berapa kali hati redha untuk hilang sesuatu demi cinta Allah? Dan sejauh mana keyakinan kepada Allah dan Rasul tentang apa yang kita korbankan dan perjuangkan?

The post Mus’ab bin Umair : Kerana Agama, Gadai Semuanya first appeared on Wanita Sejahtera.

Merve Kavakci
Sempena hari hijab sedunia, saya harap belum terlambat untuk berkongsikan tentang seorang tokoh muslimah yang bagi saya sangat menginspirasikan. Iaitu Merve Kavakci.

Beliau bukan pencetus hari hijab sedunia, tetapi beliau antara orang yang berani mengenakan hijab semasa pemerintahan sekular di Turki di mana larangan bertudung di negara itu sudah pun dikuatkuasakan sejak 1980 yang lalu.

Pada tahun 1999, beliau masuk ke parlimen sebagai untuk mengangkat sumpah. Tetapi kerana memakai hijab, Merve Kavakci dihina dengan biadap, diusir dari parlimen dan dilucutkan kewarganegaraan bersama-sama keluarganya. Manakala, parti yang diwakilinya iaitu Parti Fazilat juga diharamkan.

Di situ kita dah boleh nilai prinsip yang dibawa Merve Kavakci ni bukan biasa-biasa sehingga beliau sendiri berani melawan arus ketika menjadi seorang ahli politik.

Ini sebenarnya mesej penentangan kepada kerajaan zalim yang sekular. Hanya kerana seorang wanita yang bertudung, mampu menggegarkan negara sehingga tergugat kerajaan sekular itu.

Yang membuatkan saya lebih kagum, wanita hebat ini merupakan seorang Hafizah Al-Quran. Pendidikan beliau dari Universiti Harvard dalam sarjana muda dan berjaya habiskan PhD di Universiti Howard. Dan sekarang merupakan professor di Universiti George Washington.

Bukan sekadar itu, dengan kesungguhan dan keberanian yang ada, beliau menjadi pengkritik kepada kerajaan sekular Turki dan menjelajah dunia untuk menyampaikan mesej dakwah tentang hak-hak wanita Islam serta aktif memberi ceramah di universiti dunia yang terkemuka.

Antara pencapaian lain,

1. Beliau merupakan antara wanita berhijab yang diiktiraf sebagai 500 Muslim yang berpengaruh di dunia.

2. Diiktiraf sebagai wanita cemerlang oleh NAACP (National Association for the Advancement of Colored People) pada tahun 2004.

3. Mendapat pengiktirafan atas usaha untuk memajukan hak asasi manusia dan wanita Muslim oleh Persatuan Antarabangsa Wanita dan kanak-kanak pada tahun 2000.

4. Pada 2017, beliau dilantik sebagai duta hijab pertama dari Turki ke Malaysia. (Beliau mendapat kerakyatan semula di Turki)

Dan lain-lain.

Sungguh, wanita hebat ini memang menginspirasikan. Dan wajar dikagumi kerana keberaniannya. Pada beliau, perjuangan untuk berhijab bukan lagi berperang dengan nafsu seperti kita hari ini. Tapi berperang dengan pemerintah sendiri demi hak sebagai Muslim.

Wallahualam.

The post Merve Kavakci first appeared on Wanita Sejahtera.

Siapa Antara Wanita Islam Yang Dipilih Menjadi Pemerintah Dalam Sejarah?
Sebelum ni ada tahu tentang kisah Maharani Ki yang berpengaruh dalam Dinasti Yuan sekitar abad ke-13. Seorang dari Goryeo dan dijadikan hamba kemudian diangkat sebagai permaisuri di kerajaan Yuan. Dan sebenarnya, dalam sejarah Islam juga beberapa nama yang terkemuka.

Salah satu tokoh yang dijumpai dalam sejarah wanita Islam yang terkenal, tercatat seorang nama, iaitu Shajar Al-Durr. Beliau sebenarnya merupakan isteri Sultan Sultan al-Salih Ayyub iaitu sultan terakhir dalam kesultanan Al-Ayyubi. Tokoh ini dikenali dengan gelaran Malikat al Muslimin (Ratu Muslimin).

Menariknya, pada asal beliau hanyalah orang atau hamba suruhan dan akhirnya diangkat sebagai tokoh muslimat yang dikenali dunia.

Selepas kemangkatan Sultan al-Salih Ayyub, wanita ini dikenali kerana sumbangannya dalam politik Mesir di mana beliau telah diangkat sebagai sultanah. Umum mengetahui, pemerintahan ini merupakan permulaan dan pengasas kepada Dinasti Mamluk dan merujuk kepada pengakhiran Kesultanan Ayubiyah di Mesir.

Dalam sejarah Islam, Shajar Al-Durr ini merupakan wanita pertama yang diangkat sebagai pemerintah/sultanah di Mesir walaupun ada perbalahan tentang perlantikan pemimpin dalam kalangan wanita dan konflik dengan Thuransyah yang merupakan pewaris taktha.

Di mana Thuransyah sendiri yang tercabar dengan kepimpinan Shajar Al-Durr tetapi Turanshah dikenali sebagai orang buruk. (Suka minum arak dan berfoya-foya).

Dalam catatan sejarah, Shajar Al-Adurr ini terus dikenali atas peranan besar beliau dalam Perang Salib Ketujuh untuk mempertahankan Mesir Utara iaitu pada tahun 1250, beliau terlibat dalam pertempuran Fariskur (atau dikenali sebagai pertempuran Mansourah) dan mengalahkan tentera Salib serta mengambil Raja Louis IX dari Perancis sebagai tawanan.

Dalam peperangan tersebut, beliau telah berperanan dalam mengarahkan siasatan tentera Salib dan menahan kemaraan tentera Salib hingga ke Kaherah dengan bertahan di Al-Mansourah.

Selain dari sumbangan beliau dalam Perang Salib, beliau juga berperanan dalam pengukuhan kuasa politik Islam di kawasan Laut Mediterranean dan melalui dinasti yang baharu selepas kejatuhan dinasti Ayyubiah telah membuka ruang menguasai selatan Mediteranean dalam beberapa dekad.

Dan walaupun bernikah dengan Sultan Izzudin Aybak disebabkan penentangan terhadap isu beliau sebagai pemimpin, beliau masih berperanan mengekal kuasa dan memastikan dokumen-dokumen kerajaan dimaterikan dengan nama beliau serta masih menggunakan gelaran Sultanah.

Sebenarnya, kisah ini dicungkil untuk menafikan tanggapan yang menyatakan kemunduran wanita dalam sejarah Islam. Malah kisah ini juga menggariskan inspirasi kepada wanita yang terlibat dan kepimpinan dan pemerintahan.

Dan saya yakin, pemerkasaan wanita sebenarnya sentiasa berlaku dari zaman ke zaman dan selari dengan tuntutan dan syariat Islam. Malah, atas peranan wanita-wanita Islam telah menyumbang pelbagai jasa kepada Islam.

Rujukan :

Dr Nur Saadah Khair (2020). Tokoh-tokoh Wanita Islam Yang Menginpirasi Dunia. International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ).

Haiqal Zulkefli (2019). Shajar Al-Dur : Sultanah Pertama Dalam Dinasti Islam. The Patriot.

Saidi Saiful Bahri (2019). Shajar Al-Dir : Sultanah Penyelamar Islam Dari Tentera Salib. The Patriot

The post Siapa Antara Wanita Islam Yang Dipilih Menjadi Pemerintah Dalam Sejarah? first appeared on Wanita Sejahtera.

Gadis solehah yang menerima lamaran Julaibib
Antara sifat gadis Islam yang solehah ialah dia mencintai Rasulullah SAW sehingga percaya apa-apa yang Baginda bawa dan membenarkan (tidak menolak) dengan seikhlas hati pilihan Nabi walaupun pada hakikatnya pada orang lain mungkin tidak suka dengan perkara tersebut.

Salah satu kisah yang diceritakan oleh Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail dalam ceramah Majlis Cinta Rasul, iaitu, pada zaman Rasulullah SAW terdapat seorang pemuda yang kurang menarik wajahnya, serba kekurangan dan tiada gadis yang berhajat padanya yang bernama Julaibib.

Sehingga Julaibib menemui Rasulullah SAW dan meminta Baginda menjodohkan seorang gadis untuk dirinya.

Lalu Rasulullah SAW menyampaikan hasrat Julaibib kepada seorang sahabat untuk meminang anak gadisnya. Sahabat itu sangat bahagia kerana berfikir itu dari Rasulullah SAW sendiri.

Tetapi, bukan untuk Rasulullah SAW. Sebenarnya untuk Julaibib. Berubah wajah sahabat tersebut kerana nama pemuda yang disebut ialah pemuda yang disebutkan di atas tadi ciri-cirinya.

Lalu sahabat tadi, bermusyawarah dengan isterinya. Juga dibalas perkara yang sama. Namun, adik gadis mereka yang mendengar berita itu berkata ;

” Ayah, ibu. Bagaimana engkau menolak pilihan Rasulullah SAW?”

Gadis tersebut memilih untuk menerima lamaran Julaibib dan yakin dengan pilihan yang dibawa oleh Rasulullah SAW tanpa mempersoal kekurangan Julaibib.

Pilihan itu adalah kerana iman dan bukan kerana nafsu. Teruja sebenarnya dengan sikap gadis tersebut. Kagum dengan iman yang dipandu dengan kecintaan dan kepercayaan pada Rasulullah SAW.

Bawa diri muhasabah dalam kita berjuang dan dalam kehidupan seharian, bagaimana kita memilih untuk mengikuti sunnah dan ajaran Rasulullah SAW berbanding kita memilih apa yang dituruti hawa nafsu?

Kedua, kita perlu yakin jika kita bertaqwa kepada Allah SWT dan bersama-sama dengan Rasulullah SAW, Allah SWT akan membantu kita. Seperti Julaibib yang beriman, lalu Allah SWT bantu beri kemudahan untuk merisik gadis walaupun pada asalnya beliau tiada yang berkeinginan.

The post Gadis solehah yang menerima lamaran Julaibib first appeared on Wanita Sejahtera.

Zainab Al-Ghazali : Tokoh Pemimpin Wanita Yang Harum Dalam Sejarah Islam
Secara umum tentang biodata dirinya, beliau berasal dan dilahirkan di Buhairah Mesir dan merupakan keturunan Khalifah Umar al-Khattab dari sebelah bapa manakala dari sebelah ibu ada dikaitkan dengan nasab Saidina ali bin Abi Talib.

Dari sudut kepimpinan wanita, Zainab mula diserap dalam Kesatuan Wanita Mesir bermula pada tahun 1936 oleh Huda Sya’rawi yang merupakan pemimpin pertubuhan dengan melihat potensi Zainab yang terserlah dengan keperibadian yang kukuh dan mempunyai kelebihan sebagai seorang pemidato yang lantang. Pada ketika ini beliau dilatih sebagai pengganti Huda Sya’rawi iaitu seorang yang begitu lantang memperjuangkan hak-hak wanita dalam masyarakat.

Malah keterlibatan Zainab dalam pertubuhan ini telah menarik sokongan wanita-wanita dan menyakinkan pihak lain termasuklah ulama Al-Azhar iaitu Syeikh Muhammad al-Najjar yang berusaha membantu, memahami dan membetulkan banyak isu dan permasalahan pegangan pertubuhan tersebut.

Kemudian dalam fasa umur beliau yang masih 20-an iaitu pada tahun 1937, beliau mengundur diri dalam Kesatuan Wanita Mesir dan menubuhkan Persatuan Wanita-wanita Muslimah dan melalui persatuan ini beliau memulakan kegiatan dakwah untuk mengembalikan masyarakat dengan ajaran hidup Islam yang sebenar.

Tambahan pula, kebolehan beliau sebagai seorang pemidato telah memudahkan dan menyakinkan masyarakat dalam berinteraksi.

Antara sumbangan yang telah digerakkan melalui persatuan ini termasuklah dengan penyebaran majalah Sayyidah Muslimah, penyusunan kelas-kelas pengajiaan, penubuhan pusat dakwah bagi mengkaderkan pendakwah muslimat dan menyediakan rumah-rumah kebajikan.

Walaubagaimana pun, kegiatan-kegiatan dakwah ini terpaksa dihentikan dan disekat disebakan revolusi yang berlaku pada Julai 1952 dan tokoh ini dituduh sebagai penentang revolusi. Kemudiaanya beliau dihukum dengan zalim dan dipenjarakan seumur hidup.

Agak tragis jika membaca penderitaan beliau di penjara selama 25 tahun dan dilibatkan dengan pelbagai seksaan yang kejam kemudian dibebaskan semasa pemerinatahan Anwar Sadat pada tahun 1971.

Kentalnya beliau, selesai keluar dari penjara, tokoh ini terus fokus kepada dakwah melalui dua kegiatan.

Pertama, meneruskan untuk menggerakkan pengajian seperti seminar dan halaqah manakala yang kedua menfokuskan dalam bidang penulisan.

Kagumnya saya dengan tokoh ini yang merupakan seorang yang mahir menulis dan banyak menghasilkan karya-karya.

Dan antara sumbangan-sumbangan lain yang digariskan dalam artikel bertajuk Sumbangan Zainab Al-Ghazali Dalam Memartabatkan Kedudukan Wanita Islam Dalam Arena Kepimpinan Islam ;

1. Pada tahun 1937- Beliau mendirikan jawatankuasa Wanita Muslim di Kaherah.

2. Menubuhkan dan menggerakan Jemaah Wanita Muslimah dengan kerja dakwah dan kebajikan serta melatih mereka menjadi pembela agama.

3. Melatih ahli-ahli Jemaah wanita Muslimah untuk berpidato, berbahas dan berinteraksi dengan masyarakat.

4. Beliau juga telah terlibat dalam kepimpinan salah satu bahagian di Ikhwan Muslimin dan pada tahun 1954 beliau terlibat untuk membantu Ikhwan Muslimin menghadapi pernindasan pemerintah.

Rujukan : Sumbangan Zainab Al-Ghazali Dalam Memartabatkan Kedudukan Wanita Islam Dalam Arena Kepimpinan Islam (2014) yang ditulis oleh Siti Zaharah Hamid, Dr Farhah Zaidar dan Dr Phayilah Yama.

The post Zainab Al-Ghazali : Tokoh Pemimpin Wanita Yang Harum Dalam Sejarah Islam first appeared on Wanita Sejahtera.

Thariq bin Ziyad
Siapa sebenarnya Thariq bin Ziyad?

Dalam sejarah Sepanyol, beliau dikenali sebagai Taric el Tuerto yang bermaksud Thariq yang memiliki satu mata. Beliau merupakan salah seorang jeneral dari kerajaan Bani Umaiyyah yang memimpin tentera Islam untuk menakluk wilayah Andalus pada tahun 711 Masihi.

Dahulunya, beliau merupakan seorang hamba kepada seorang pemerintah bernama Musa bin Nushair dari kerajaan Umawiyah di Afrika Utara kemudian dibebaskan dan diangkat menjadi panglima perang kerana keberanian dan kesungguhannya.

Secara umumnya, sebelum Islam menang di bumi Andalusia, terdapat seorang pemerintah yang bernama Raja Roderick yang sangat zalim sehingga rakyatnya meminta pertolongan dari penguasa Islam untuk menggulingkan kerajaan tersebut.

Tentera Islam ketika itu seramai 7,000 menuju ke Sepanyol pada bulan Syaaban tahun 72H/710 M menggunakan empat amarda kapal dan bertembung dengan tentera Raja Roderick yang kekuatannya hampir 100,000 tentera.

Kemudian, setelah mengetahui bilangan tentera musuh lebih ramai, pemerintah mengirimkan 5,000 tentera untuk menentang musuh. Pertempuran dua pasukan ini berlaku pada 28 Ramadhan tahun 92 H di Medina Sidonia dan peperangan ini berlanjuntan selama 8 hari.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera yang dipimpin oleh Thariq bin Ziyad dan dapat membuka wilayah Andalusia sehingga ke sempadan di Selatan Andalusia.

“Di belakang kita lautan, di depan kita musuh. Kita tak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke bumi Andalusia untuk menjemput syahid atau meraih kemenangan.” – Thariq bin Ziyad

Rujukan : Buku Himpunan Kisah Pahlawan Dalam Islam. Karya Ustazah Sayyidah Nafisah.

The post Thariq bin Ziyad first appeared on Wanita Sejahtera.