Pendidikan - Wanita Sejahtera

Ringkasan Buku Armada Laut Bani Umayyah
“Tentera Islam yang dikatakan hebat bertempur di medan dataran terbuka, rupanya juga mampu menyinga di lautan”.

Selalu kita baca atau dengar kuliah tentang peperangan yang berlaku di daratan. Tapi dalam pengisian buku ni memang penulis ketengahkan bagaimana Islam mampu meluaskan kuasa melalui lautan.

Dan salah satu lautan tersebut ialah Laut Mediterranean manakala zaman kegemilangan nakhoda laut difokuskan dan dirungkaikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah.

Dan Laut Mediterranean bukan lautan yang biasa-biasa. Tetapi berkepentingan kepada penyebaran Islam. Laut ni berlokasi sebagai pemisah tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Antara kepentingan lain lautan ini termasuklah sebagai lebuh raya perdagangan, mempunyai pulau yang kaya dengan hasil galian, tempat kelahiran tamadun awal Eropah iaitu Tamadun Minoan, pusat falsafah sebelum Iskandariah dan laluan asal jemaah haji.

Masuk bab 4 buku ni paling menarik sebab ada pendedahan tentang teknologi Maritim dan Armada Laut Umaiyyah. Awal bab memang diceritakan bagaimana permulaan tentera Islam di lautan ini ditubuhkan.

Walaupun pada asalnya umat Islam tidak ada kepakaran dalam bidang perkapalan dan lautan. Ada beberapa faktor seperti kedudukan Bangsa Arab yang jauh dari laut dan keadaan di padang pasir menyukarkan orang mendapatkan bahan binaan kapal.

Kalau saya, sebelum ni tak pernah tahu pun nama-nama kapal perang seperti kapal Al-Qaraqir, kapal At-Taridah, kapal Al-Ghurban, kapal As-Shuti, Kapal Al-‘Ashari dan kapal Qawarib. Boleh google gambar-gambar kapal tersebut.

Hebat tentera Islam ketika itu. Mampu membina kapal-kapal ini sehingga menyaingi kapal perang musah (Byzantine). Pada masa ini, umat Islam menyedari kepentingan untuk menguasai lautan dan berperang dengan musuh.

Bukan sekadar itu, tentera Islam pun berstrategi di lautan. Antaranya menggunakan besi Al-Kallab sebagai penahan kapal musuh, menggunakan Api Yunani sebagai penyembur api, menggunakan kulit lembu sebagai kalis api, menggunakan cat biru sebagai teknik penyamaran dan lain-lain.

Disebalik kebijaksanaan tentera Islam dalam menghasilkan teknologi Maritim dan strategi perang, ada ramai “think tanker” dan panglima laut yang berfungsi sebagai pakar astronomi kelautan.

Antara penggerak utama ialah Muawiyah Bin Abu Sufyan, Hassan bin An-Nu’man, Musa Bin Nusayr, Hisham bin Abdul Malik dan Abdullah Bin Qays Al-Farizi.

Sebenarnya banyak lagi hampa kandungan buku ni yang best-best. Sebab ada juga diceritakan tentang perluasan Islam di pulau-pulau Mediteranean yang sebenarnya membuktikan kehebatan tentera Islam yang bukan sahaja hebat bertempur di daratan, tapi juga lautan. Jemput baca keseluruhan buku.

The post Ringkasan Buku Armada Laut Bani Umayyah first appeared on Wanita Sejahtera.

Air Tangan Sang Syahid
Banyak air mata yang tumpah semasa membaca karya Sang Syahid ini. Kita seolah-olah dibawa oleh mesin masa ke penempatan pelarian di al-Shati, Gaza seawal tahun 1970-an hingga awal 2000.

Seorang anak kecil tinggal di sebuah penempatan pelarian bersama adik-beradik & sepupu, dididik oleh seorang ibu yang solehah dan datuk yang soleh setelah ayahanda mereka “hilang” dalam peperangan Arab-Israel 1973. Alhamdulillah, disebabkan saya telah membaca buku “Operasi Badar Mencalar Keangkuhan Yahudi” yang menceritakan Perang Arab-Israel yang bermula 1948, 1967, 1973 dan lain-lain ianya telah memudahkan saya memahami latar masa novel ini.

Novel setebal 574 muka surat ini menceritakan tentang kehidupan seorang anak kecil yang menjadi bukti kesan perkembangan gerakan Islam di Palestn. Jika kita lihat HAM** kuat, percayalah ianya telah dibina secara teliti, tidak cepat & tidak lambat. Pentarbiahan bermula seawal usia kanak-kanak menginjak remaja, dari masjid, tadika, masuk ke sekolah, terus pentarbiahan itu menjalar ke universiti & komuniti. Ianya seperti air yang tidak bisa tertahan. Mengalir tenang, ada kala laju, ada kala perlahan. Tetapi ia tetap mengalir selagi masih ada manusia yang cintakan perjuangan Allah & Rasul-Nya. Begitulah sifat gerakan Islam walau di mana-mana. Resilient, kesabaran, kejayaan kecil & besar, serta ujian mereka amat mirip. Namun, kejayaan setelah itu cukup solid untuk memberi kemenangan yang nyata.

Dalam novel ini diceritakan juga perbezaan & pergeseran ideologi politik di sana. Terang lagi bersuluh HAM** merupakan gerakan Islam yang perjuangan mereka berpaksikan agama. Membebaskan Palestn bukan semata-mata perjuangan menuntut negara bangsa yang merdeka, namun ianya lebih besar dari itu, iaitu perjuangan menegakkan agama yang merangkumi segala aspek kehidupan. Berbeza yang FAT** yang mana perjuangan mereka mirip kepada perjuangan yang bersifat nasionalisme. Apatah lagi ada juga gerakan lain yang berpaksikan marxism di sana. Orang arab pun manusia macam kita juga yang tidak dapat lari dari perbezaan pendapat

Jadi, novel ini secara perlahan-lahan bercerita tentang bagaimana HA*** berjaya membentuk pemuda-pemuda pemberani lalu mencipta gelombang intifadhah rakyat bangkit melawan penjajahan. Daripada penentangan yang tidak teratur bersifat skala kecil, kepada gelombang demi gelombang sehingga tentera Yahudi lari mencicit ketakutan seperti anak- anak kecil. The rest is history.

Kita yang membacanya pun terasa bangga, apatah lagi mereka yang berada di sana.

Inilah “The Thorns & The Carnations”.

Duri adalah pagar berduri lambang kepada penderitaan, rintangan & cabaran, manakala bunga teluki (carnation) yang harum nan indah adalah perlambangan kepada harapan & impian yang tidak pernah sirna.

Terima kasih As Syahid Yahya Sinwar yang telah menulis novel yang indah ini. Terbit tahun 2004, 21 tahun setelah itu saya baru membacanya. Dan penulisnya telah pun syahid bertemu Pencipta yang dirindui.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada SRITI Darul Qurro, Melaka yang menerbitkan buku ini dan penterjemah Ustaz Abdullah Umar. Sungguh, saya merasakan buku ini perlu disebar luaskan agar dapat menjadi pemangkin semangat jihad kita. Insha-Allah.

Allahu Akbar.

The post Air Tangan Sang Syahid first appeared on Wanita Sejahtera.

Peranan wanita dalam memberi pendapat?
Teringat kisah Ummu Salamah iaitu ketika mana beliau memberi pendapat kepada Rasulullah SAW ketika Baginda berada dalam masalah. Hebatnya Rasulullah SAW, meraikan pendapat isteri walaupun baginda seorang pemimpin.

Dikisahkan selepas perjanjian Hudaibiyah yang tidak menyebelahi umat Islam ketika itu, para sahabat sedang bersedih.

Lalu, Rasulullah SAW menyeru kepada para sahabat untuk bangun, menyembelih haiwan dan bercukur. Berkali kali seruan Rasulullah SAW, tiada seorang pun sahabat yang bangun ketika itu.

Kemudian, Rasulullah SAW menemui Ummu Salamah dan menceritakan keadaan para sahabat. Kata Ummu Salamah kepada Rasulullah,

“Wahai Nabi Allah kalau kamu mahu, keluarlah tanpa berbicara dengan seorang pun dari mereka. Kemudian sembelihlah haiwan. Panggil tukang cukur dan cukurlah rambut.”

Rasulullah SAW pun keluar dan membuat seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Kemudian para sahabat yang melihat perbuatan Nabi, segera bangun dan mengikuti Baginda.

Jadi, ambilah contoh kecerdasan dan kepintaran Ummu Salamah. Tiada salah untuk kita sebagai wanita memberi pendapat yang menyelesaikan.

Kata Ustazah Asma bagi yang berumah tangga, bila suami ada masalah, peranan isterilah yang beri pandangan untuk menyelesaikan. Bukan menambah lagi beban.

Benar, wanita ni suka berkata-kata. Dan kata-kata wanita ni “power” sebenarnya. Membebel pun untuk kebaikan juga. Jadi, apa salahnya untuk berbincang dan meraikan.

Last, nak ambil petikan dari nasyid Isteri Cerdik Yang Solehah. Peranan seorang wanita/isteri ini,

“Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan”.

“Dia umpama tongkat si buta, bila tiada satu kehilangan”.

The post Peranan wanita dalam memberi pendapat? first appeared on Wanita Sejahtera.

Hukum memanjangkan bacaan al-Quran ketika tarawih
Soalan

Assalamualaikum Dato’ Mufti, saya ada persoalan yang ingin diajukan berkenaan solat Tarawih. Adakah seorang imam boleh memanjangkan bacaan al-Quran ketika solat Tarawih? Terdapat sesetengah pengurusan masjid menetapkan agar imam bertugas mengkhatam al-Quran ketika solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan. Adakah perbuatan ini diharuskan?

Sekian, terima kasih Dato’.

Ringkasan Jawapan

Hukum memanjangkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika solat Tarawih dengan tujuan mengkhatamkannya pada akhir Ramadan merupakan suatu sunnah dan sangat digalakkan. Amalan memanjangkan bacaan dalam solat Tarawih merupakan amalan yang sabit dilakukan pada zaman salaf. Ia merupakan salah satu cara supaya orang ramai atau ahli keluarga dapat mengambil manfaat dan ganjaran dengan mendengar keseluruhan bacaan al-Quran. Namun, perlu diambil kira juga keadaan makmum yang mengikuti imam ketika solat Tarawih. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang imam itu meraikan semua peringkat dan keadaan manusia. Begitu juga, para makmum boleh memilih mana-mana masjid atau surau yang menjalankan solat Tarawih mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka. Semoga kita bersemangat sama-sama menunaikan solat Tarawih secara berjemaah sehingga selesai bersama imam.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Memanjangkan Bacaan al-Quran Dalam Solat Tarawih

Dalam mengulas perkara ini, terdapat banyak pendapat para para ulama yang menggalakkan perbuatan mengkhatamkan al-Quran ketika solat Terawih. Perkara ini memerlukan para imam memanjangkan bacaan al-Quran ketika menunaikannya. Antara ulama yang menggalakkan termasuklah Syeikh Ahmad al-Barlisi ada menukilkan daripada Imam al-Isnawi bahawa :

التَّرَاوِيحُ سُنَّةٌ بِالْإِجْمَاعِ، وَأَفْتَى ابْنُ الصَّلَاحِ وَابْنُ عَبْدِ السَّلَامِ بِأَنَّ خَتْمَ الْقُرْآنِ فِي مَجْمُوعِهَا أَفْضَلُ مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْإِخْلَاصِ ثَلَاثًا فِي كُلِّ رَكْعَةٍ

Maksudnya: “Solat Tarawih adalah sunat secara Ijma’ para ulama. Dan Ibn al-Solah dan Ibn Abd al-Salam menfatwakan bahawa mengkhatamkan al-Quran dalam keseluruhan solat Tarawih adalah lebih afdal daripada hanya membaca surah al-Ikhlas tiga kali di dalam setiap rakaat.”[1]

Begitu juga, Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebut bahawa membaca sebahagian ayat (daripada surah yang panjang) adalah lebih baik dalam solat Tarawih sekiranya mahu mengkhatamkan al-Quran, sekiranya tidak, maka membaca surah yang sempurna (lengkap) adalah lebih baik sebagaimana yang telah difatwakan oleh Ibn al-Solah[2]. Sheikh Abd al-Hamid al-Syarwani mengulas kenyataan ini dalam kitabnya (Hasyiah) dengan menyatakan bahawa :

يُؤْخَذُ مِنْ ذَلِكَ أَنَّ مَحَلَّ كَوْنِ الْبَعْضِ أَفْضَلَ إذَا أَرَادَ الصَّلَاةَ بِجَمِيعِ الْقُرْآنِ فِي التَّرَاوِيحِ فَإِنْ لَمْ يُرِدْ ذَلِكَ فَالسُّورَةُ أَفْضَلُ

Maksudnya : “Diambil (difahami) daripada perkara itu bahawa membaca sebahagian (surah panjang) adalah lebih baik sekiranya mahu mengkhatamkan al-Quran dalam solat tarawih dan sekiranya tidak mahu demikian, maka membaca surah (secara sempurna) adalah lebih baik.”[3]

Selain daripada pandangan mazhab Syafi’i, terdapat juga galakan mengkhatamkan al-Quran dalam solat tarawih daripada pandangan mazhab-mazhab yang lain, antaranya mazhab Hanafi yang dinyatakan oleh Imam al-Zailai’i al-Hanafi, kata beliau:

ولم يذكر قدر القراءة فيها ، وأكثر المشايخ رضي الله عنهم على أن السنة فيها الختم مرة ، فلا يترك لكسل القوم

Maksudnya: Tidak dinyatakan kadar bacaan al-Quran dalamnya (Tarawih), sebahagian besar ulama berpendapat bahawa sunat mengkhatamkan al-Quran sekali ketika Tarawih, maka amalan ini tidak ditinggalkan atas kemalasan manusia.[4]

Begitu juga, Syeikh Muhammad al-Dasuki al-Maliki menyatakan sunat mengkhatamkan al-Quran dalam solat Tarawih dalam kitabnya:

‌ندب ‌للإمام (‌الختم) ‌لجميع ‌القرآن (‌فيها) ‌أي ‌في ‌التراويح ‌في ‌الشهر ‌كله ‌ليسمعهم ‌جميعه

Maksudnya: Sunat bagi imam mengkhatamkan keseluruhan bacaan al-Quran dalam solat Tarawih pada sepanjang bulan (Ramadan) bagi memperdengarkannya kepada semua.[5]

Selain itu, amalan solat malam dalam tempoh waktu yang panjang juga dilakukankan oleh Nabi SAW bersama para sahabat lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan sebagaimana terdapat hadis Nabi SAW yang menceritakan tentang para sahabat bangun malam bersama Nabi SAW sehingga menghampiri waktu sahur, sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar RA:

صمنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم رمضان، فلم يقم بنا من الشهر شيئا حتى بقي سبع، فقام بنا حتى ذهب نحو من ثلث الليل، ثم لم يقم بنا الليلة الرابعة، وقام بنا الليلة التي تليها حتى ذهب نحو من شطر الليل، قال: فقلنا: يا رسول الله، لو نفلتنا بقية ليلتنا هذه قال: “إن الرجل إذا قام مع الإمام حتى ينصرف حسب له بقية ليلته ” ثم لم يقم بنا السادسة، وقام بنا السابعة، قال: وبعث إلى أهله واجتمع الناس، فقام بنا حتى خشينا أن يفوتنا الفلاح قال: قلت: وما الفلاح؟ قال: السحور

Maksudnya: “Kami puasa Ramadan bersama Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidak bangun (solat malam) bersama kami sehingga berbaki tujuh hari dari bulan Ramadan, lalu beliau bangun bersama kami hingga sepertiga malam. Kemudian pada malam keenam akhir Ramadan, beliau tidak bangun (solat malam). Setelah malam kelima beliau bangun (solat malam) bersama kami hingga hampir lewat separuh malam. Lalu kami berkata kepada Baginda, ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimana jika engkau ikut solat sunat bersama kami pada malam ini? ‘ Baginda menjawab, “Jika seseorang solat bersama imam sehingga selesai, bererti dia telah mendirikan solat malam.” Baginda   besabda lagi, “Pada malam keempat (menjelang berakhirnya Ramadan) baginda tidak bangun (solat malam) bersama kami. Setelah tinggal sepertiga dari bulan (Ramadan) baginda mengutus seseorang kepada anak-anak perempuannya dan para isterinya, serta mengumpulkan orang-orang, lalu baginda solat bersama kami hingga kami khawatir kehilangan waktu falah. Baginda tidak melakukan itu lagi pada bulan Ramadan.” Daud berkata; aku bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan falah? Al Walid menjawab; iaitu waktu sahur. (Riwayat al-Nasaie)

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa hukum memanjangkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika solat Tarawih dengan tujuan mengkhatamkannya pada akhir Ramadan merupakan suatu sunnah dan sangat digalakkan. Amalan memanjangkan bacaan dalam solat Tarawih merupakan amalan yang sabit dilakukan pada zaman salaf. Ia merupakan salah satu cara supaya orang ramai atau ahli keluarga dapat mengambil manfaat dan ganjaran dengan mendengar keseluruhan bacaan al-Quran.

Namun, perlu diambil kira juga keadaan makmum yang mengikuti imam ketika solat Tarawih. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang imam itu meraikan semua peringkat dan keadaan manusia. Begitu juga, para makmum boleh memilih mana-mana masjid atau surau yang menjalankan solat Tarawih mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka.

Semoga kita bersemangat sama-sama menunaikan solat Tarawih secara berjemaah sehingga selesai bersama imam. Mudah-mudahan mendapat ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya :

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

Maksudnya : “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) bersama imam sehingga selesai, dituliskan ganjaran untuknya qiyam (beribadah) sepanjang malam.” [Riwayat Ibn Majah (1327)]

Semoga Allah SWT menerima segala amalan yang kita laksanakan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. Amiin.

Wallahu a’lam

Rujukan:

[1] Al-Qolyubi, Ahmad Salamah, Al-Umairah, Ahmad al-Barlisi, Hasyiata al-Qolyubi wa Umairah (Beirut: Dar al-Fikr, 1995), jld 1: hlmn 248.

[2] Al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar, Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj (t.tp: t.p, 1983), jld 2: hlmn 52

الْبَعْضُ فِي التَّرَاوِيحِ أَفْضَلُ كَمَا أَفْتَى بِهِ ابْنُ الصَّلَاحِ

[3] Al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar, Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj (t.tp: t.p, 1983), jld 2: hlmn 52

[4] Al-Zaila‘ie, Jamaluddin Abdullah bin Yusuf, Nasab al-Rayah fi Takhrij Ahadis al-Hidayah (Kaherah: Dar al-Hadis, 1995), jld 2: hlmn 172

[5] Al-Dasuki, Muhammad bin Ahmad bin Urfah, Hasyiah al-Dasuki ala Syarh al-Kabir (t.tp: t.p, t.t), Jld 1: Hlmn 315 – HARAKAHDAILY 19/3/2025

(Artikel ini diambil daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di ruangan Irsyad Hukum Edisi Khas Ramadan yang diterbitkan pada 19 Mac 2025.)

The post Hukum memanjangkan bacaan al-Quran ketika tarawih first appeared on Wanita Sejahtera.

Jangan Tergesa-gesa Suci dari Haid untuk Berpuasa
Wanita dan haid ni ada beberapa kategori;

Ada jenis yang suka melengah-lengahkan mandi wajib walau pun sudah habis darah sebab dia malas solat.

Ada pula yang tergesa-gesa mahu habis haid sebab mahu cepat puasa, seronok mahu terawih ramai-ramai, mahu solat raya ramai-ramai, boleh ootd. Ada pula yang mahu cepat habis iddah, mahu cepat kahwin, mahu cepat bersama suami dan 1001 alasan lagi.

Sebab itu dalam setengah bab ada dibenarkan wanita lain memastikan darah seorang wanita itu benar kering haidnya untuk memastikan nikah barunya sah. Kalau masih ada haid dan dia masih dalam eddah maka tidak sah berkahwin. Memang ada wanita tidak jujur dalam memberikan tarikh haid dan tarikh sucinya.

Sebahagian perempuan mahu haid itu turun dan keluar ikut kepentingan dia. Kepentingan ini pula ada yang baik seperti mahu beribadat; solat, puasa, haji, umrah, mengaji, iktikaf tapi tak ramai perempuan pergi iktikaf.

Manakala perempuan yang mahu haid habis cepat atas kepentingan nafsu seperti mahu edah habis cepat boleh kahwin baru, mahu bersama suami, dll.

Ya memang ada perempuan yang menipu bab keluar habis haid. Ada juga wanita mengaku tipu tarikh akhir haid kepada doktor sebab tak mahu kena induce oleh doktor. Memang ada yang mengaku dengan saya .

Ada wanita bertanya bolehkah apabila haid habis 7:30 pagi bulan Ramadan dan dia terus mandi wajib dan berpuasa.

Ada juga wanita yang haidnya panjang tak mahu kira naqa’ betul-betul sebab tergesa-gesa mahu habiskan umrahnya. Rupanya haid masih ada dah kena buat tawaf balik… dua kali kerja.

Mahu haid habis awal sebab mahu duduk iktikaf di masjidil haram. Wanita dalam haid yang iktikaf di masjidil haram pun ada. Tak daruri pun iktikaf dalam masjidil haram bukan rukun bukan wajib pun.

Tak boleh ya, tak boleh main-main dengan hukum haid. Jangan suka ambil qaul sana sini nak buat ibadah sedangkan kita masih belum suci dari haid. Jangan buat hukum sendiri. Rujuk kepada pakar.

Wanita belajarlah redo dengan darah kita. Jangan istikjal tergesa-gesa dalam beribadah. Tak sah pun ibadah kita dalam keadaan masih haid.

The post Jangan Tergesa-gesa Suci dari Haid untuk Berpuasa first appeared on Wanita Sejahtera.

Ada apa dengan watak YAYA?
Saat tudung ini dikatakan diskriminasi terhadap perempuan, tapi animasi Boboiboy berjaya mempamerkan watak heroin adalah gadis yang bertudung dan menutup aurat.

Antara pendekatan dakwah yang baik, melalui animasi. Pernah jadi trend tudung kanak-kanak dinamakan “Tudung Yaya”, bagi melatih kanak-kanak bertudung dan bagi yang minat dengan animasi Boboiboy ni.

Watak Yaya juga membuktikan perempuan juga ada peranan tertentu dalam perjuangan untuk tegakkan kebenaran. Yalah, dalam cerita tu perjuangan nak menyelamatkan “Power Sphera”.

Kita dengan perjuangan kita. Setiap satu organisasi atau kumpulan, peranan perempuan ada fungsi dan “power” yang tersendiri yang kita tak boleh ketepikan.

Watak Yaya juga menunjukkan perempuan ni ada hak keistimewaan tersendiri, tak perlu nak menandingi dan kuasa lelaki (Boboiboy) yang lebih.

Peranan dan kuasa Yaya ialah boleh memanipulasi graviti, yang adiwira lain tak dapat. Pengajaran boleh ambil sebagai perempuan berbanggalah dan bersyukurlah dengan apa yang perempuan miliki.

Ya, Boboiboy sebagai lelaki memang dia ada kuasa yang lebih iaitu dari 3 kuasa, dapat 5 kuasa kemudian 7 kuasa Elemental.

Dan setiap kali Boboiboy dapat kuasa yang baru, Yaya dan Ying sebagai perempuan sentiasa menyokong, tiada pula skrip atau slot mereka membantah atau tunjuk perasaan nak kuasa yang “setaraf” dan adil dengan Boboiboy.

Watak Yaya memang jelas ciri-ciri perempuan. Tiada gambaran kecelaruan jantina. Walaupun berdepan dengan musuh, masih mengekalkan keaslian sebagai seorang perempuan.

Dengan baju yang berbunga dan berwarna pink, jenis rajin menyiapkan kerja sekolah, tegas, sopan dan suka memasak. Bagus untuk kanak-kanak perempuan contohi.

Tak perlu nak berwatak “tomboy” untuk mengambarkan perempuan ni kuat, hebat dan berani. Tapi cukup menjadi seorang perempuan sebenar.

Sekian, sedikit ulasan. Sebenarnya saya suka watak Papa Zola.

The post Ada apa dengan watak YAYA? first appeared on Wanita Sejahtera.

Politik Gaya Syed Saddiq
Baru saya faham politik orang muda sekarang. Bukan sekadar ahli politik tetapi penting juga menjadi ‘influencer’ di medsos dalam erti kata memahamkan netizen realiti kehidupan dan peribadi politikus sehingga diiktiraf.

Apabila peruntukan dinafikan kepada pembangkang termasuk Syed Sadiq maka bermulalah misi mencari peruntukan gaya orang muda. Crowd funding, penyertaan dalam cabaran ironman dan yang terbaru menjadi model pakaian. Tapi ada juga politikus lain jadi model tapi syed saddiq melangkah ke depan dengan pesona cinta yang membuai emosi rakyat Malaysia.

Saya perhatikan bukan beliau seorang yang menggunakan pesona media sosial tapi kita ada juga tokoh pertengahan politik iaitu KJ yang menjadikan beliau relevan kepada netizen melalui dunia podcast, penyiaran radio sehingga mendapat anugerah.

Jangan lupa juga kepada pesona MB Sanusi yang menjadi fenomena masyarakat. Netizen rapat dengan MB bukan kerana status politiknya tetapi kerana peribadinya yang berjaya menambat hati pelbagai peringkat rakyat. Cuma berbanding Syed Saddiq tokoh politik pertengahan umur lebih berhati2 dalam mendedahkan peribadi mungkin kerana terikat dengan dasar dan adab parti khususnya PAS yang terkenal dengan disiplin tarbiah yang tinggi.

Tapi saya sehingga kini masih tertanya2 dengan ekslusiviti pendokong DAP dalam medsos walaupun mereka mempunyai jentera penerangan yang agak baik. Kenapakah agaknya begitu? Atau mereka muncul di medsos yang tidak diakses netizen umum rakyat Malaysia? DAP ada pesona seperti Rara dan terbaru Syarleena namun tidak cukup menyerlahkan realiti perjuangan DAP.

Ini agaknya politik masa depan dan diminati anak muda. Mesti menampakkan diri sebagai Ahli politik, influencer, pejuang rakyat, tidak terlalu taasub dan bias, peribadi yang dekat dengan rakyat tetapi saya tak pasti bagaimana anak muda menilai kebolehan memimpin, dasar perjuangan dan masa depan bangsa dan agama

Anak muda, saya tetap berpandangan perlu keseimbangan antara penampilan di medsos dan libaturus di lapangan. Hebat bagaimanapun di lapangan atau medsos, wajib diteliti dasar dan asas perjuangan setiap politikus. Walauapapun yang ditonjolkan sudah pasti tidak akan lari dari asas dan dasar perjuangannya. Jadi pandang2, dengar2 tapi jangan lupa tepuk dada tanya selera dan iman.

Perlu saya tegaskan, sebagai ustazah jodoh, tidak approve ya pesona cinta dunia influncer gaya BASS. Ini saya ulas kemudian. Malam ni kita tengok dari sudut politik dulu.

The post Politik Gaya Syed Saddiq first appeared on Wanita Sejahtera.

Memperingati Sejarah Kejatuhan Turki Uthmaniah: Anak Muda Islam Perlu Bangkit!
3 Mac 1924 merupakan satu tarikh keramat dan pilu bagi Umat Islam, di mana runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang pernah menaungi seluruh umat Islam dalam 2/3 dunia iaitu berlakunya permansuhan Khilafah Uthmaniyah oleh Parlimen Republik Turki.

Kehebatan dan gahnya empayar Islam Uthmaniyah ketika itu berjaya menakluki sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika Utara.

Perlu kita banggakan, di samping kejayaan menawan beberapa wilayah menerusi Perang Kosovo dan Perang Salib, kemuncak kejayaan Uthmaniyyah ialah kejayaan menawan Constantinople atau Istanbul di bawah pimpinan Sultan Muhammad ke-II atau Sultan Al-Fateh.

Kegemilangan Islam bertahan lebih 600 tahun lamanya, bagaimanapun akhirnya runtuh disebabkan pelbagai faktor dalaman dan agenda perancangan musuh untuk menumbangkan Islam ketika itu.

Kenapa kita meratapi kesedihan ini? Tak lain dan tak bukan jika umat Islam hilang Khilafah, hilanglah simbol perpaduan umat Islam yang boleh mempertahankan ummah secara kesuluruhannya. Kesannnya, tanah dan kekayaan umat Islam dijajah dengan rakus oleh imperialis.

Perpaduan Islam juga runtuh, hari ini Saudi bergabung dengan Mesir menentang Syria, esok hari Mesir bergabung dengan Syria menentang Saudi, lusa pula Turki bergabung dengan Saudi menentang Mesir. Tiada kasih-sayang sesama saudara seagama. Umat Islam ibarat rela dicatur dan dijadikan boneka oleh kuasa imperialis.

Tidak mustahil ! Sejarah merakamkan dalam peristiwa kejatuhan Uthmaniyyah, dapat kita saksikan beberapa watak “mahacai” kepada penjajah. Antaranya adalah watak yang dimainkan oleh Syarif Hussein Amir Makkah yang dibantu oleh British dalam menggerakkan Revolusi Agung Arab untuk berperang menentang Uthmaniyyah.

Gerakan ini dibantu oleh seorang pengembara Inggeris yang terkenal sehingga digelar “Raja Arab yang tidak bermahkota” iaitu Lawrence of Arabia. Setelah Syarif Hussein berhasil menghalau Uthmaniyyah dari wilayah-wilayah Arab, British menghasut pula Bani Saud pula untuk berperang mengalahkan Syarif Hussein. Perperangan-perperangan ini hanya menguntungkan pihak British, terus yang menjadi mangsa ialah Umat Islam sendiri.

Anak muda Islam perlu segera bangkit. Fahami kepentingan untuk memperingati sejarah kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Islam suatu ketika dulu ialah supaya :

1. Hari ini kita perlu mengambil pengajaran dan ikhtibar dalam berusaha menwujudkan kepimpinan bercirikan nubuwwah. Kita perlu berhati-hati dalam kita memberi kuasa pemerintahan. Kerana ada dua pilihan kepada Islam iaitu sama kita memilih kepada kebangkitan atau kehancuran.

2. Kegemilangan Islam yang lalu mampu dijadikan contoh, inspirasi dan semangat buat umat hari ini untuk bersatupadu berjuang mengembalikan semula syiar dan daulah Islamiyah.

Dalam siri kejatuhan Turki Uthmaniyah juga memaparkan kebangkitan seorang tokoh bernama Badiuzzaman Said Nursi yang menentang pemerintahan sekular ketika itu.

Dibahunya diggalas perjuangan agama tetapi akhirnya berulang kali ditangkap dan diseksa sepanjang hidupnya. Semangat juang beliau perlu dicontohi oleh pemuda hari ini dalam usaha mengembalikan cita-cita Islam yang mulia.

3. Kita perlu menyedari bahawa ideologi anak muda perlu dikawal rapi. Jangan dibiarkan ruang untuk disunting dengan fikrah lain melainkan fikrah Islam yang sebenar.

Wajar untuk kita mengambil pengajaran dari khilafah yang hilang pada tahun 1908 akibat golongan cendekiawan dan aktivis “Young Turk” memberontak dan menuntut sebuah negara bebas.

Kerana pernolakan sistem Khilafah, pandangan mereka disuntik bahawa orang Islam hanya dapat “maju” melalui modenisme dan sekularisme.

Pengajaran juga, anak muda dan umat Islam tak seharusnya menggadai prinsip diperalatkan oleh musuh yang akhirnya maruah Islam sendiri tergadai.

4. Akhir sekali, dalam menghadapi isu dan krisis kenegaraan hari ini marilah kita muhasabah untuk sentiasa sedar kita hanya hamba yang ditugaskan mentadbir bumi, tetapi sebaik-baik pemilik kuasa dan pemerintahan hanya Allah yang Maha Kuasa.

Firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 140 : Dan masa (Kejayaan dan Kehancuran ) itu, kami gilirkan di antara manusia ( agar mereka mendapat pengajaran) dan supaya Allah membezakan orang yang beriman ( dengan orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. (Ali- Imran, 140)

Rujukan :
i. Punca Sebenar Kejatuhan Turki Ukthmaniyah – Ayman Rashdan Wong
ii. Sejarah Umat Islam – Hamka
iii. 3 Mac 1924 : Sejarah Kejatuhan Turki Uthmaniyah – MTEN IPG KPI Bangi

The post Memperingati Sejarah Kejatuhan Turki Uthmaniah: Anak Muda Islam Perlu Bangkit! first appeared on Wanita Sejahtera.

Sheikh Dr Ikrimah: Piagam Umar menetapkan Al-Quds hak umat Islam
MALAM tadi imam besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ikrimah Said Sabri menyampaikan ceramah bertajuk Kedudukan Al-Quds dan Aqsa di sisi Islam di Masjid Putra.

Berikut adalah terjemahan ceramah beliau:

Ini pertemuan yang baik dibuat di rumah Allah, mendapat naungan malaikat dan reda Allah.

Masjid adalah ‘tempat duta’ Allah di buminya.

Selepas ini kita masuk Ramadan, semoga Allah menerima ibadat kita. Puasa Ramadan adalah ibadat yang istimewa kerana ia ibadat yang tersembunyi, tidak diketahui melainkan Allah. Justeru, Allah mengaitkannya dengan taqwa di dalam ayat-Nya:

لعلكم تتقون

“Mudah-mudahan kamu bertaqwa.”

Saya ambil peluang berada dalam majlis besar pada malam ini bersama dengan Malaysia yang menjadi sahabat baik untuk menyatakan bahawa Palestin, Al-Quds wal-Aqsa yang kamu kasih ini, 3 kalimah Ini memberi makna yang satu kerana ayat Al-Quran dan hadis yang  menyebut mengenainya tidak membezakan sangat antaranya. Apabila disebut Palestin dikaitkan Al-Quds dan Aqsa. Begitu juga sebaliknya.

Bandar Quds melalui fasa cemerlang, antaranya peristiwa Israk dan Mikraj yang datang daripada Allah. Mukjizat Ini tidak berulang, bahkan di dalamnya mengandungi beberapa mukjizat lain pula.

Pertama, Buraq berupa seekor binatang yang ditunggangi oleh Nabi dari Mekah ke Palestin. Dinamakan Buraq kerana lebih laju dari al-barq/kilat.

Kedua, Nabi ikat Buraq di sebelah dinding Barat. Lalu dinamakan Ha’it al-Buraq (Dinding Buraq)

حائط البراق

Nama ini, kami berpegang dengannya dan tidak boleh dinamakan dengan dinding meratap (iaitu tempat ibadat Yahudi sekarang) kerana nama Ini, kami tidak mengiktirafnya.

Ketiga, Nabi naik dari Baitul Maqdis ke langit. Baitul Maqdis dinamakan sebagai gerbang bumi ke langit

Keempat, turunnya para nabi daripada langit dunia ke Aqsa. Semua nabi turun dan Nabi Muhammad SAW menjadi imam solat. Nabi Muhammad menjadi imam para nabi di dunia dan akhirat.

Kelima, Al-Aqsa ialah pintu untuk nabi. Mukjizat Ini menunjukkan nabi adalah pembawa risalah alam kerana para nabi membaiah baginda membawa risalah ini.

Apabila kita sebut Muhammad SAW, semua kita sepatutnya berselawat kepada Baginda supaya kita dapat syafaat Baginda pada hari kiamat nanti.

Baitul Maqdis adalah kiblat pertama umat Islam sebagai tanda mengangkat ketinggiannya apabila solat asalnya berhadap kepadanya.

Israk dari Mekah ke Quds, kemudian Mikraj daripada Quds ke langit.

Kedudukan Baitul Maqdis yang hebat ini ditetapkan oleh Allah Taala sendiri.

Solat di Quds 500 kali kelebihannya daripada masjid lain (kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi) sama ada fardu dan sunat.

Di sana ada kelebihan lain bagi Baitul Maqdis iaitu pembukaannya oleh khalifah yang adil, Amir al-Mukminin Umar Al-Khattab.

Umar Al-Khattab yang membuka Baitul Maqdis kerana Nabi telah memberi khabar gembira bahawa Baitul Maqdis akan dibuka oleh lelaki yang adil. Umar ingin bahawa beliau yang membukanya. Dan beliau adalah khalifah yang sangat adil.

Rom tidak Islam, memerintah Baitul Maqdis. Mereka sebut kami tidak serah Baitul Maqdis Ini melainkan kepada lelaki yang adil. Apabila Rom mendengar tentang keadilan Umar, mereka berkata: Inilah lelaki yang dimaksudkan dan kita mesti menyerahkan kepadanya kunci Baitul Maqdis Ini dengan cara sukarela.

Umar memang berlaku adil, antaranya bersama khadamnya Aslam, bila berada dalam perjalanan daripada Madinah ke Quds. Umar bergilir dengan khadamnya Aslam menunggang binatang. Sekali Umar tarik binatang, Aslam tunggang dan sekali Umar tunggang, Aslam tarik bintang.

Umar masuk Baitul Maqdis dengan berjalan kaki, tenang dan selamat, tidak dengan kereta kebal dan peluru berpandu.

Umar meletakkan ‘Wathiqah Umariah’ yang terkenal yang menerangkan hubungan Muslim dan non-Muslim, menjaga masjid dan gereja serta memberi perlindungan kepada penduduk, tidak meruntuhkan rumah, gereja dan lain-lain (seperti yang dilihat kini dibuat oleh rejim Zionis).

Antara yang menyambut Umar ialah Bilal Al-Habsyi, muazzin Nabi.

Bilal pernah berhenti azan selama 5 tahun, daripada tahun kewafatan Nabi SAW iaitu tahun 10H hingga 15H. Beliau tidak tahan untuk menangis jika melaungkan azan kerana teringatkan Nabi SAW.

Umar menyuruh Bilal azan apabila masuk Baitul Maqdis.

Apabila Bilal mula azan menyebut Allahu Akbar, para sahabat menangis. Kenapa? Mereka teringatkan azan ini yang dikumandangkan oleh Bilal di zaman Baginda SAW.

Bilal mendapat 2 kelebihan azan- di pembukaan Mekah dan apabila buka Baitul Maqdis.

Piagam Umar dianggap satu dokumen yang sangat penting buat sejarah kami (orang Palestin) yang  menetapkan hak orang Islam di Baitul Maqdis. Piagam ini sepatutnya disebarkan dan diuar-uarkan. Menteri Agama Malaysia telah berjanji kepada saya untuk menguar-uarkan Piagam ini kepada masjid-masjid supaya orang Islam boleh membacanya.

Allah mengisytiharkan Palestin adalah Islam daripada laut ke darat, timur ke Barat, dan ia adalah ‘wakaf Islam’

Kerajaan Malaysia juga berjanji akan menubuhkan inisiatif wakaf untuk Quds dan sekolah supaya Malaysia juga ada kesan ‘air tangannya’ di sana, menjadi sedekah jariah berpanjangan hingga akhirat.

Perkara ini terbuka kepada semua negara Arab dan Islam meletakkan ‘cap jari tangan’ di Quds kerana Quds bukan untuk penduduk Quds sahaja tetapi ia seperti Mekah Al-Mukarramah dan Madinah.

Bandar Quds perlukan sumbangan untuk menetapkan keislamannya dan menetapkan kedudukan penduduk Quds yang menjadi murabitun mempertahankan AlQuds.

Nenek moyang kamu dahulu masuk Islam daripada pedagang negara Arab melalui mahabbah, tanpa paksa, tanpa perang.

Wakaf ialah bentuk ibadat taabudiy iaitu semata-mata taat, di samping membantu anak yatim, pendidikan, hospital, masjid, perkuburan.

Wakaf adalah ibadat yang menyeluruh. Nabi sendiri mewakafkan kebunnya untuk kepentingan Islam.

Malaysia setuju membina penempatan pintar di Gaza dan bandar Quds.

Kami juga tidak lupa kepada negara Qatar atas sumbangan mereka. Kita ada pertemuan khas dengan mereka nanti. – HARAKAHDAILY 25/2/2025

oleh: Nik Muhammad Nasri merupakan Pegawai Khas Hal Ehwal Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu

The post Sheikh Dr Ikrimah: Piagam Umar menetapkan Al-Quds hak umat Islam first appeared on Wanita Sejahtera.

Dari mana datangnya perkataan “BUGIS”
Perkataan Bugis berasal daripada istilah bahasa Bugis itu sendiri, iaitu Ugi (Ogik sebutan bugis). Ia merujuk kepada nama kelompok etnik dan bahasa yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Nama Ugi dikatakan berasal daripada nama seorang tokoh nenek moyang mereka, La Sattumpugi, yang merupakan pemimpin legendaris dan simbol persatuan dalam sejarah Bugis.

Etnik Bugis mengadaptasi nama Ugi sebagai identiti kolektif untuk menghormati La Sattumpugi. Dalam perkembangan sejarah, istilah ini kemudian disebut Bugis dalam penggunaan bahasa Melayu, Indonesia, dan lain-lain bahasa, menyesuaikan dengan peraturan fonologi masing-masing.

Bugis merupakan salah satu kelompok etnik terbesar di Sulawesi Selatan dan terkenal dengan tradisi maritim, kebudayaan siri’ na passe (harga diri dan empati), serta penggunaan aksara tradisional Lontara untuk menulis bahasa mereka sebagaimana dalam manuskrip La Galigo (abad ke 8-14).

Menurut ahli demografi jumlah org Bugis yg merantau sama banyaknya dengan orang Bugis di daerah asalnya. Motivasi merantau orang Bugis dikaitkan dengan Sirri Napesse karena status sosial orang yg pernah merantau dipandang tinggi. Lamaran seorang lelaki akan tertolak sehingga mereka pulang merantau, baru lah lamarannya diterima. Bermakna lelaki yang tidak pernah merantau meredah lautan adalah satu keaiban dan tiada jati diri sebagai lelaki.

The post Dari mana datangnya perkataan “BUGIS” first appeared on Wanita Sejahtera.