Agama

Upacara ‘titik mata’ tarian singa vs Upacara di ketik Kelantan

Semua jadi tertanya-tanya apabila orang penting negara melakukan upacara tersebut yang secara nyata bertentangan dengan aqidah dan amalan orang Islam.

Saya ingin bertanya, sekiranya anda di tempat PMX, anda rasa akan ikut aturcara atau bagaimana?

Sebab itu dalam situasi ini kedua-dua pihak harus berperanan. Saya ingat lagi ketika membuat kajian terhadap dasar perpaduan Kelantan dan berpeluang menemubual staf-staf dan jentera parti bukan Islam di Kelantan, mereka memang dididik supaya mengenalpasti lebih awal adakah upacara yang mereka anjurkan adalah upacara keagamaan atau kebudayaan atau perpaduan.

Sejak daripada zaman al marhum tuan guru Nik Abdul Aziz, memang mereka akan bagi nasihat kepada vip masa mana boleh hadir, masa mana tidak boleh hadir dan apa yang orang Islam boleh buat dan apa orang Islam tidak boleh ikut serta. Sebab itu di sana, adalah biasa Dato MB masuk ke ketik untuk pelbagai upacara. Kalau Mantan Dato MB sebelum ini memang sudah berkawan dengan sami Buddha daripada kecil.

Saya tanya juga, bagaimana mereka boleh tahu nasihat yang betul. Katanya sebab mereka belajar dan diberi penerangan tentang Islam oleh pimpinan

Jadi pengajarannya, kalau kita dijemput ke acara tertentu, penting untuk kita dapat nasihat yang betul.

Samalah macam saya yang dijemput ke pelbagai acara melibatkan muslim dan non muslim, jadi memang PA kita kena ambik tahu aturcara dan penganjur kena maklumkan dan bagi nasihat yang baik.

Saya pun kalau tak viral, tak tahu falsafah sebenar di sebalik upacara tarian singa. Yang saya tahu tarian ni kena pandai asas seni pertahanan diri.

No Comments

    Leave a Reply