Terlihat satu video bagaimana Azlina, anak arwah Seniwati Saadiah menceritakan bagaimana arwah ibunya ketika masih hidup melayan arwah ayahnya seniman Ahmad Daud.
Balik shooting, dengan kebaya dan rambut masih bersanggul terus ke dapur sinsing lengan menyiapkan makanan untuk si suami tercinta.
Bagaimana arwah seniwati ini memakaikan stoking suami, menghantar suami hingga ke kereta dan lagi dan lagi.
Kisah seperti ini tidak bisa dijadikan teladan isteri zaman ini malah bergaduh siapa harus mamasak di dapur. Itu rahsia perkahwinan orang lama.
Jika melayan suami pun dijadikan bahan bahawa ini adalah tanda dominasi suami chauvinis dan isteri moden tidak wajib patuh, maka mengapa kamu memilih untuk berkahwin jika masih ada sifat individualistik?
Begitulah juga suami jika berkahwin tapi masih minta isteri menafkahi keluarga. Tak cukup lelaki suami begini.
Kita perempuan boleh terbang ke mana sahaja namun tidak boleh lupa jika engkau berstatus isteri, ketaatan kepada suami adalah satu kewajipan seperti mana nafkah isteri atas suami juga satu kewajipan.
Benda yang mudah tapi dirumitkan akibat kecelaruan ilmu dalam berumah tangga.
Isteri kalau tak boleh taat jangan kahwin. Suami kalau tak boleh beri nafkah pun jangan kahwin. Isteri nak duit tapi tak nak taat. Suami minta taat isteri tapi tak nak bagi duit.
Weng…

No Comments