Teringat kisah Ummu Salamah iaitu ketika mana beliau memberi pendapat kepada Rasulullah SAW ketika Baginda berada dalam masalah. Hebatnya Rasulullah SAW, meraikan pendapat isteri walaupun baginda seorang pemimpin.
Dikisahkan selepas perjanjian Hudaibiyah yang tidak menyebelahi umat Islam ketika itu, para sahabat sedang bersedih.
Lalu, Rasulullah SAW menyeru kepada para sahabat untuk bangun, menyembelih haiwan dan bercukur. Berkali kali seruan Rasulullah SAW, tiada seorang pun sahabat yang bangun ketika itu.
Kemudian, Rasulullah SAW menemui Ummu Salamah dan menceritakan keadaan para sahabat. Kata Ummu Salamah kepada Rasulullah,
“Wahai Nabi Allah kalau kamu mahu, keluarlah tanpa berbicara dengan seorang pun dari mereka. Kemudian sembelihlah haiwan. Panggil tukang cukur dan cukurlah rambut.”
Rasulullah SAW pun keluar dan membuat seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Kemudian para sahabat yang melihat perbuatan Nabi, segera bangun dan mengikuti Baginda.
Jadi, ambilah contoh kecerdasan dan kepintaran Ummu Salamah. Tiada salah untuk kita sebagai wanita memberi pendapat yang menyelesaikan.
Kata Ustazah Asma bagi yang berumah tangga, bila suami ada masalah, peranan isterilah yang beri pandangan untuk menyelesaikan. Bukan menambah lagi beban.
Benar, wanita ni suka berkata-kata. Dan kata-kata wanita ni “power” sebenarnya. Membebel pun untuk kebaikan juga. Jadi, apa salahnya untuk berbincang dan meraikan.
Last, nak ambil petikan dari nasyid Isteri Cerdik Yang Solehah. Peranan seorang wanita/isteri ini,
“Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan”.
“Dia umpama tongkat si buta, bila tiada satu kehilangan”.

No Comments