Keluarga

“Jangan Takut Untuk Kahwin!”

Saya selalu terima luahan dari follower yang diorang kadang ada perasaan takut nak berkahwin.

Bila ditanya “takut tentang apa?”

Katanya risau tak cukup duit, risau tak boleh tanggung pasangan, risau kehidupan jadi susah lepas kahwin dan banyak lagi.

Tapi hakikatnya kisah yang follower saya komen telah membuktikan, bila kita berkahwin dengan niat yang betul, Allah pasti buka pintu rezeki.

Kagum saya baca bila mana sang suami berkongsi kisahnya, sewaktu isterinya ajak dia berkahwin, dia sedang bergelut dengan hutang yang banyak. Hidupnya serba tak cukup, nak fikir tentang hantaran pun dia tak mampu.

Tapi isterinya, seorang wanita yang luar biasa, faham situasi itu dan tetap memilih dia.

Dan akhirnya lepas je berkahwin, rezeki mula datang dengan mencurah-curah. Walaupun mereka hidup sentiasa kena berjimat-cermat, tapi Allah permudahkan urusan mereka. Hutang dapat dilangsaikan, rumah tangga pun jadi tenang.

Betul lah orang kata, “Rezeki lepas kahwin itu ada, cuma kita je kena percaya pada janji Allah.”

Saya nak share 2 nasihat untuk anak muda yang bakal berkahwin :

1) Jangan Takut Untuk Bernikah.

Rezeki itu milik Allah. Kalau kita takut miskin sebelum kahwin, ingatlah Allah janjikan rezeki untuk orang yang berkahwin. Dalam Al-Quran pun disebutkan, Allah akan cukupkan rezeki bagi mereka yang mendirikan rumah tangga.

2) Keberkatan Dalam Perkahwinan.

Bila kita bernikah dengan niat kerana Allah, bukan kerana adat atau harta, Allah pasti bantu mudahkan jalan kita.

Dan untuk sesiapa yang masih lagi ragu-ragu nak berkahwin sebab risau soal kewangan, percayalah rezeki Allah itu luas. Bukan hanya dalam bentuk duit, tapi juga dalam bentuk ketenangan, keberkatan, dan kasih sayang.

No Comments

    Leave a Reply