Pembangunan Diri

Berdakwah atau Mengejar Populariti?

“Don’t depend too much on anyone in this world because even your own leaves you when your are in darkness,” – Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah

Satu kenyataan yang wajar untuk dimuhasabah bagi orang-orang yang berpengaruh. Sekarang pun sedang berlaku pasca pembinaan dan kelahiran influencer terutamanya dalam bidang dakwah.

Jika populariti kita diangkat oleh manusia, jangan pelik jika suatu hari nanti kita dijatuhkan juga oleh manusia.

Manusia ini senang turn-off. Walaupun hanya sedikit keburukan berbanding dengan kebaikan yang pernah kita lakukan.

Bersandarkan pada populariti menjadikan kita rapuh dan mudah jatuh. Kerana ianya tidak selamanya kekal. Fenomena pembunuhan karakter (character assassination) ini nyata berlaku.

Ianya boleh terjadi dengan apa sahaja kemungkinan, lebih-lebih lagi bila ada kesilapan. Jadi, berpada-pada dan bersederhanalah dalam mengangkat dan diangkat.

Jadi, dalam menyokong orang, kita menyokong orang atas prinsipnya dan kebenaran yang dibawa. Bukan sebab orangnya semata-mata.

Sebab itu jika orangnya berbuat baik, kita menyokong dan jika berbuat salah, kita menegur. Tanpa kita bunuh karakternya. Dan antara perkara yang boleh dibuat untuk selamatkan karakter dari dibunuh ialah permohonan maaf dan penjelasan secara terbuka.

Dari sini masyarakat akan menilai kembali. Karakter mereka masih boleh diselamatkan atau tidak. Kebiasaanya tindakan sebegini akan jernihkan semula keruhan dan tanggapan buruk masyarakat.

Kenapa penting sangat nak menjaga karakter?

Bagi saya ianya ada beberapa kepentingan. Terutama orang-orang yang membawa karakter agama dan mengerjakan dakwah.

Kalau orang tersebut hanya bina karakter untuk populariti semata dan kepentingan diri, pembunuhan karakter ini mungkin kafarah/pengajaran baginya. Paling tidak kesan pada diri dan orang terdekat.

Tapi untuk orang penting dalam membawa imej agama dan mesej dakwah, tempias dan fitnahnya akan terpalit pada agama.

Karakternya sendiri akan dilambangkan pada pegangannya. Jadi, kekeruhan yang dibawa mungkin memberi kesan pada kegiatan dakwahnya.

Jika tiada tindakan, masyarakat sudah tidak percaya. Dakwah itu makin dijauhi. Masyarakat juga semakin benci. Yang berlegar hanyalah pintu fitnah-fitnah.

Sedangkan ada saja sumbangannya sebelum ni. Cuma tidak dibaiki.

Ini antara sisi pengajaran yang saya lihat sepajang isu ini berlaku. Dan perkara sebegini wajar dititikberatkan dalam pembinaan influencer dakwah. Nak kupas pasal NGO semua, saya bukan ahli.

No Comments

    Leave a Reply