Keluarga

6 Sebab Untuk Membuka Aib

Zaman sekarang ni, semua nak dirakam dan disebar. Tak kira dah aib rumahtangga atau tidak. Sedangkan Rasulullah mencela mendedahkan aib rumahtangga. Kan dah malu satu Malaysia.

Ibu ayah, mertua keluarga pun akan terpalit malu sama. Netizen pula bila tengok, responnya sukar dijangka. Dalam kes video ni, bagi saya biasa suami berleter kat isteri. Isteri mengadu penat dan begitulah sebaliknya. Tapi kita netizen boleh tafsir macam-macam. Daripada selesai cara baik, tak kena gaya bawa mudarat pula pada hubungan.

Boleh tak belajar dulu, SENI bagaimana nak BINCANG, bagaimana SABAR, bagaimana LAYAN KERENAH, bagaimana JAGA MARUAH dll buah kilas kalau nak kahwin.

Walau bagaimanapun ada juga aib yang perlu diuruskan dan diambil tindakan segera sebagaimana tulisan dari mufti wilayah berikut:

Menurut Imam al-Nawawi, terdapat enam sebab dibenarkan untuk membuka aib seseorang:

1. Mengadu kezaliman kepada pihak yang mempunyai bidang kuasa atau kemampuan untuk berlaku adil kepadanya daripada orang yang berlaku zalim terhadapnya.

2. Mencari pertolongan daripada orang tertentu yang mampu mengubah kemungkaran dan membawa si pelaku maksiat ke jalan kebenaran.

3. Meminta fatwa daripada mufti.

4. Memberi amaran kepada seseorang terhadap kemungkaran dengan menasihati dan memberitahunya berkenaan perihal buruk seseorang yang tidak harus dia ikuti.

5. Menyebut dan mendedahkan kesalahan dan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan. Namun haram membuka aibnya berserta kesalahan-kesalahan lain yang tidak dilakukan secara terang-terangan, kecuali atas tujuan tertentu seperti yang dinyatakan di atas.

6. Menyebut seseorang dengan panggilan yang buruk kerana hanya dengan panggilan tersebut sahaja dia dikenali. Sekiranya panggilan tersebut digunakan untuk merendah-rendahkan atau mengejek, ia adalah haram.

No Comments

    Leave a Reply