Pembangunan Diri - Wanita Sejahtera

Bahaya Trend S-Line: Pelihara Aib Sendiri, Jauhi Zina
Trend S-Line sebenarnya mengundang rasa sedih, bimbang, malu dan menakutkan ramai kalangan masyarakat yang waras.

Trend “S-Line” ini sedang menular dalam media sosial terutama dalam kalangan anak muda.

Trend ini bukan sekadar hiburan tapi sedar atau tidak, ia sebenarnya membuka ruang kepada pendedahan aib diri secara terbuka serta normalisasi zina dan pergaulan bebas, yang jelas bercanggah dengan nilai agama dan budaya kita.

Tindakan mendedahkan pengalaman seksual secara simbolik di media sosial adalah satu bentuk penghinaan terhadap maruah diri dan membuka jalan kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

Sabda Nabi SAW: “Setiap umatku akan diampuni kecuali mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri.” [Riwayat al-Bukhari]

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.” [al-Isra’: 32]

Saya menyeru anak-anak muda agar tidak terikut-ikut dengan trend murahan ini dan sentiasa menjaga maruah diri serta memelihara batas syarak dalam menggunakan media sosial.

Gunakanlah platform ini untuk menyebarkan kebaikan, bukan menjatuhkan martabat diri.

Ibu bapa dan masyarakat juga digesa agar lebih cakna serta mendidik generasi muda dengan nilai agama dan tanggungjawab akhlak.

Maruah bukan bahan tontonan. Islam mengangkat darjat kita — jangan gadaikannya demi populariti sementara.

The post Bahaya Trend S-Line: Pelihara Aib Sendiri, Jauhi Zina first appeared on Wanita Sejahtera.

Tragedi Zara Qairina: Hentikan Buli Di Sekolah!
Saya menyuarakan rasa amat sedih dan bimbang terhadap tragedi kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama di Papar dan dikhuatiri berpunca daripada perbuatan buli.

Kejadian ini bukan sahaja mencemarkan nama baik sekolah dan institusi pendidikan, tetapi juga menanam keraguan tentang keselamatan pelajar di asrama.

Saya menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Sabah dan pihak berkuasa seperti PDRM yang sedang menjalankan siasatan menyeluruh serta memberi sokongan psikososial kepada keluarga mangsa.

Namun, saya menekankan agar siasatan tidak terbatas pada punca rasmi sahaja; agenda buli mesti dibuktikan dan pelaku yang bertanggungjawab perlu dihadapkan ke muka pengadilan dengan hukuman setimpal.

Saya juga menyeru agar dasar anti-buli ditetapkan dengan hukuman lebih tegas dan setimpal terhadap pelaku – seperti cadangan Persatuan Guru – serta pelaksanaan pendekatan holistik di peringkat sekolah dan keluarga.

Ini termasuk pengawasan asrama, saluran aduan yang efektif, kaunseling berterusan dan program mendidik mengenai kebersamaan serta empati antara pelajar.

Kes ini menjadi pengingat bahawa sekolah harus menjadi benteng perlindungan, bukan medan penderaan.

Kita semua – ibu bapa, guru, pelajar, masyarakat dan pihak berkuasa – harus peka dan berani campur tangan dalam menentang buli.

Semoga Allah merahmati Zara, memberi ketabahan kepada keluarganya, dan menjadikan insiden ini sebagai pemangkin untuk perubahan sistemik dalam sistem pendidikan negara.

Wallāhu a‘lam.

The post Tragedi Zara Qairina: Hentikan Buli Di Sekolah! first appeared on Wanita Sejahtera.

Isu Pemakaian Krew Penerbangan
Setelah 20 tahun, British Airways memperkenalkan pilihan baru pakaian pramugarinya samada berhijab atau tidak.

Di Malaysia kita sudah perjuangkan lama isu ni. Pelbagai usaha sudah dibuat. Yang dimaklumkan kepada saya sebelum ini, JAKIM, Kementerian Pengangkutan, JPM sudah angkat kertas kerja cadangan ni tetapi dipandang sepi. Saka apa yang ada di sebalik penerbangan negara MAS ini?

Tapi kami tidak akan berhenti mendesak. Saya pernah bermesyuarat dengan persatuan krew muslim dan mereka sendiri memohon kalau diberi pilihan juga. Rekaan contoh juga sudah siap lama. Siapa sebenarnya tidak suka hijab ni? Apa motif? Ini dah tahun 2025 kot! Pilot pun boleh bertudung.

Faktor agama, faktor keselamatan, faktor hak asasi wanita, dll. semuanya telah dibentang bertahun2 tapi masih gitu juga. Inilah realiti di Malaysia. Masih ada lagi majikan selain di bidang penerbangan yang skeptikal dengan hijab dan kerana duit maka ada yang akur.

The post Isu Pemakaian Krew Penerbangan first appeared on Wanita Sejahtera.

Kesihatan Mental Belia & Masa Depan Pembangunan Insan Malaysia
Dalam tempoh dua tahun terakhir, Malaysia menyaksikan lonjakan kes berkaitan kesihatan mental dalam kalangan belia. Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan lebih sejuta rakyat dewasa mengalami kemurungan, termasuk 7.9 peratus daripada mereka berumur 16 hingga 19 tahun dan 7.6 peratus dalam kalangan belia berumur 20 hingga 29 tahun. Malah, hampir 1 dalam 6 kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun menunjukkan tanda-tanda gangguan kesihatan mental.

Laporan ini menunjukkan Malaysia tidak lagi berdepan masalah sampingan sebaliknya sebuah krisis pembangunan insan. Terkini, isu calon SPM yang membunuh ibu dan abangnya. Adakah kita ingin menunding jari kepada mana-mana pihak? Sepatutnya perlu dicari punca tekanan yang dihadapi olehnya dan cuba koreksi mengapa kejadian ini boleh terjadi?

Belia merupakan aset negara, penyambung kepimpinan, tenaga ekonomi, dan penggerak transformasi sosial. Namun kini, mereka menjadi antara golongan paling terjejas. NHMS dan Kajian Kesihatan Belia (AHS 2022) menunjukkan kadar kemurungan dalam kalangan belia perempuan mencecah 36.1 peratus berbanding 17.7 peratus dalam kalangan belia lelaki. Kajian sama merekodkan 13.1 peratus belia mempunyai pemikiran bunuh diri dan 9.5 peratus pernah mencuba bunuh diri. Ini menunjukkan bahawa tekanan emosi bukanlah sekadar masalah individu tetapi petunjuk ketidakupayaan sistem sosial menangani tekanan generasi muda.

Krisis ini semakin ketara selepas pasca pandemik COVID-19 di mana pengasingan sosial, tekanan pelajaran dalam talian, dan gangguan ekonomi rumah tangga meninggalkan kesan mendalam terhadap kesejahteraan mental belia. Kebanyakan data ini diperoleh secara menyeluruh dari seluruh negara, namun perbandingan menunjukkan kawasan bandar menyaksikan peningkatan masalah lebih tinggi akibat tekanan sosial dan persaingan akademik.

Faktor pencetus tekanan sosial ini dalam kalangan belia adalah media sosial dan budaya perbandingan (FOMO), kos sara hidup yang meningkat, kekurangan kaunselor terlatih dan akses terapi profesional serta stigma terhadap rawatan kesihatan mental. Lebih merisaukan, domain sokongan sosial dan persekitaran dalam Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia (MyMHI’23) mencatat skor yang rendah iaitu 68.3 dan 65.5 daripada 100. Ini menunjukkan belia Malaysia tidak merasakan persekitaran mereka sebagai tempat yang menyokong.

Antara cadangan yang boleh membantu masalah ini dikurangkan iaitu meluaskan aplikasi MyMinda/MySejahtera dengan menambah fungsi saringan mental dan terapi digital, kelengkapan fasiliti pusat latihan profesional cegah bunuh diri dicukupkan di klinik-klinik, skim subsidi terapi pesakit belia B40 yang sedang membuat terapi di hospital awam atau swasta, perkasa masjid dan sekolah melalui modul intervensi komuniti agama dan kaunseling, serta penilaian berkala MyMHI.

Justeru, kesihatan mental bukan lagi isu tertutup. Ia telah menjadi kayu ukur sebenar pembangunan insan. Sekiranya belia Malaysia tidak diberikan ruang, sokongan dan sistem pemulihan maka segala pelaburan dalam pendidikan, teknologi dan ekonomi akan kehilangan daya tahan. Maka, inilah masa untuk bertindak bukan dengan kata tetapi melalui dasar dan program berasaskan data dan nilai manusiawi.

Syatirah Badri

Pegawai Penyelidik

Yayasan Kedah Sejahtera

The post Kesihatan Mental Belia & Masa Depan Pembangunan Insan Malaysia first appeared on Wanita Sejahtera.

Adakah viral akan selesai masalah atau mengundang masalah?
Buat wanita yang diuji dengan kecurangan suami,

Saya menulis ini dengan hati berat. Bukan kerana ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kerana saya melihat luka batin yang makin parah apabila emosi mengatasi iman.

Saya tahu. Bukan mudah untuk menerima hakikat suami yang kita percaya, kita jaga makan pakainya, akhirnya mengkhianati amanah itu. Tambah pedih bila pengkhianatan itu berlaku dengan wanita lain , seorang guru, pula itu.

Tapi dalam kes curang “wiring & cikgu sekolah” yang tular, saya tidak setuju gambar & mesej disebar tanpa tapisan hingga nama sekolah & keluarga terpalit.

Sebagai wanita, isteri, dan hamba Allah, kita punya maruah dan martabat.

Menularkan aib orang lain bukanlah kekuatan, ia adalah tindak balas dari hati yang sedang luka, yang tak sempat ditenangkan oleh iman. Mari kita berdoa semoga setiap kita yang diuji Allah kurniakan kebijaksanaan dan ketenangan. Tak kena bolehlah cakap!

Ada jalan lebih bijak, lebih beradab, lebih berani. Jika benar berlaku:

Sahkan kebenaran. Jangan bertindak atas spekulasi atau cebisan gambar.

Laporkan secara rasmi ke pihak sekolah, PPD, mahkamah syariah, atau Jabatan Agama.

Cari sistem sokongan ; sahabat, kaunselor, ustazah, atau NGO wanita.

Rancang tindakan dengan tenang. Maruah kita bukan diukur dari amarah kita, tapi dari hikmah cara kita menghadapinya.

Kita wanita. Kita punya harga diri.

Tindakan tenang itu lebih mulia dari viral yang menghina. Kita lindungi diri kita dahulu. Kita tidak mahu anak2 dan keluarga membaca semula kisah ini dalam bentuk Google Cache walaupun bertahun telah berlalu.

Semoga Allah sembuhkan hati yang diuji.

The post Adakah viral akan selesai masalah atau mengundang masalah? first appeared on Wanita Sejahtera.

Guru Sejati, Guru Berbudi
Imam Jalaluddin Ar Rumi mengatakan:

إن المعلمين الحقيقيين شفافون كالبلور، يعبر نور الله من خلالهم.

“Guru sejati itu seperti cermin bersih yang menangkap cahaya Allah kemudian memancarkannya.”

Jadi, guru sejati (mu’allim haqiqy) itu datang untuk memberi cahaya pengetahuan kemanusiaan, bukan menghancurkannya dan membodohikan orang lain. Mereka datang untuk kebahagiaan orang lain, bukan untuk kesenangan diri. Mereka bagaikan lilin yang menyala yang cahayanya menerangi kegelapan, sedang dirinya redha jika harus terbakar bagai lilin membakar dirinya. Mereka redha menanggung derita demi cinta. Atau seperti pohon yang lebat dengan buah yang lazat. Mereka menaungi sekaligus memberi.

Adapun hakikat guru menurut Al-Imam Ibnu Athoillah al-Askandary Rohimahulloh :

ليس شيخك من سمعت منه

Guru sejati bukanlah orang yang engkau dengar (ceramah-ceramah) keluar dari lisannya sahaja,

وإنما شيخك من أخذت عنه

Tapi, dia adalah orang tempatmu mengambil hikmah dan akhlak.

و ليس شيخك من واجهتك عبارته

Bukanlah guru sejati, seseorang yang hanya membimbingmu dengan hebat,

وإنما شيخك الذى سرت فيك إشارته

Tapi, orang yang disebut guru sejati bagimu adalah orang yang isyarat-isyaratnya mampu masuk dalam hatimu.

وليس شيخك من دعاك الى الباب

Dia bukan hanya seorang yang mengajakmu sampai ke pintu.

وإنما شيخك الذى رفع بينك وبينه الحجاب

Tapi, yang disebut guru bagimu itu adalah orang yang (boleh) membuka hijab (penutup) antara dirimu dan Allah SWT.

وليس شيخك من واجهك مقاله

Bukanlah gurumu, orang yang ucapan-ucapannya membimbingmu,

وإنما شيخك الذى نهض بك حاله

Tapi, yang disebut guru bagimu adalah orang yang aura kearifannya dapat membuat jiwamu bangkit dan bersemangat.

شيخك هو الذى أخرجك من سجن الهوى و دخل بك على المولى

شيخك هو الذى مازال يجلو مرآة قلبك حتى تجلت فيها انوار ربك

Guru sejati bagimu adalah orang yang sentiasa membuat cermin hatimu jernih, sehingga cahaya Tuhanmu dapat bersinar terang di dalam hatimu.

ــہ واللـــــــــہ اعـــــلم بالصـــوابــــــ

~ Jom Baca Selawat

The post Guru Sejati, Guru Berbudi first appeared on Wanita Sejahtera.

TMK 2025: Pelancongan Sebagai Kemajuan Ekonomi dan Sosial Kedah
Seiring dengan matlamat TMK 2025, pelancongan bukan sahaja menjadi sumber hasil negeri, tetapi juga membuka peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat Kedah. Penekanan yang diberikan kepada sektor pelancongan sebagai pertumbuhan pekerjaan ini menggariskan potensi besar yang dimiliki oleh negeri dalam menarik pelancong, baik dari segi domestik mahupun antarabangsa.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ni bahawa promosi TMK 2025 sedang giat dijalankan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kedah Tourism Sdn Bhd serta beberapa agensi lain bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Oleh demikian, Kerajaan negeri menyasarkan kemasukan 6.9 juta pelancong sepanjang tahun ini sempena TMK 2025 dengan peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding 5.2 juta pelancong yang direkodkan tahun lalu.

Kempen TMK juga giat dipromosikan bukan sahaja meningkatkan jumlah pelancong, malah memberi impak positif kepada ekonomi penduduk setempat di seluruh negeri. Menurutnya lagi, TMK 2025 berpaksikan kepada lima komponen utama, iaitu sumber alam semula jadi, gastronomi, seni, budaya dan sejarah, sebagai asas memperkenalkan keunikan Kedah kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah, YB Dzowahir Abd Ghani menyatakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) juga bahawa kajian teliti sedang diusahakan bagi keperluan penubuhan syarikat feri milik kerajaan negeri dari sudut kos operasi, daya saing komersial, urusan dan sokongan teknikal.

Selain itu, antara yang penting dalam strategi pelancongan Kedah adalah pemeliharaan dan pengembangan warisan tempatan. Keistimewaan Tamadun Kedah Tua yang kini sedang dalam proses pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO boleh membuka peluang besar untuk menjadikan warisan sejarah dan pendidikan sebagai elemen pelancongan yang menguntungkan.

Satu aspek penting penekanan dalam TMK 2025 juga adalah kepada nilai Islam yang terkandung dalam sejarah Kedah juga menarik pelancong yang ingin memahami lebih dalam mengenai tamadun ini. Produk pelancongan yang berasaskan warisan, seperti Tapak Arkeologi Sungai Batu dilihat sebagai aset yang bukan sahaja dipelihara, tetapi juga dijadikan sebagai tarikan utama dalam industri pelancongan Kedah.

Kerajaan Negeri Kedah juga sedang mengambil inisiatif untuk mewujudkan pengalaman pelancongan yang mempunyai identiti tempatan dimana ianya menggabungkan unsur keindahan alam, budaya, dan sejarah. Inisiatif seperti pelancongan desa dan eko pelancongan juga boleh menawarkan pengalaman yang lebih mendalam kepada pelancong, serta membolehkan masyarakat tempatan terlibat dalam aktiviti pelancongan.

Seterusnya, Konsep “Iftar Experience Kedah” yang diperkenalkan semasa bulan Ramadan baru-baru ini adalah contoh usaha kreatif yang menggabungkan tradisi budaya tempatan dengan pengalaman melihat keindahan Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 merupakan satu pelancongan yang unik dan tidak dapat ditemui di tempat lain.

Oleh itu, keterlibatan masyarakat setempat dalam sektor pelancongan menjadi faktor penting dalam memastikan kelestarian industri ini. TMK 2025 bukan hanya bergantung kepada promosi dan infrastruktur yang baik, tetapi juga kepada peranan aktif komuniti dalam memelihara keaslian serta nilai-nilai budaya yang terkandung dalam setiap destinasi pelancongan. Pendekatan komuniti yang terlibat secara langsung akan memberi kesan positif kepada daya tarikan pelancongan dan membantu menjamin bahawa setiap pengalaman yang ditawarkan tetap relevan dan berdaya saing.

Perlu diingatkan bahawa TMK 2025 adalah peluang bagi Kedah untuk muncul sebagai negeri yang lebih mandiri, bermartabat, berpaksikan potensi dan kekayaan warisan negeri sendiri. Dalam jangka panjang, pelancongan dijangka menjadi salah satu pemangkin utama dalam transformasi ekonomi negeri, di samping memperkasa identiti Kedah sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja menawarkan keindahan alam tetapi juga pengalaman dan nilai yang mendalam.

Sebagai penutup, TMK 2025 adalah langkah penting dalam menjadikan Kedah sebagai destinasi pelancongan utama yang tidak hanya berfokus pada tawaran destinasi, tetapi juga pengalaman berharga yang memaparkan kekayaan warisan dan budaya Kedah yang unik. Dalam konteks ini, pelancongan bukan hanya berfungsi sebagai enjin ekonomi, tetapi juga sebagai alat untuk memperteguh jati diri dan keberadaan Kedah di pentas dunia.

(Artikel ini diambil daripada laman facebook rasmi Yayasan Kedah Sejahtera yang diterbitkan pada 30 April 2025.)

The post TMK 2025: Pelancongan Sebagai Kemajuan Ekonomi dan Sosial Kedah first appeared on Wanita Sejahtera.

Inspirasi
Sebongkah emas bertemu dengan sebongkah tanah.

Emas berkata pada tanah, “Cuba lihat dirimu, suram dan lemah, apakah engkau memiliki cahaya yang kilat seperti aku?

Apakah engkau berharga seperti aku?”

Tanah menggelengkan kepala dan menjawab, “Aku boleh menumbuhkan bunga dan buah, boleh menumbuhkan rumput dan pohon, boleh menumbuhkan tanaman dan banyak yang lain, apakah kamu boleh buat begitu?”

Emas pun terdiam seribu bahasa.

Kesimpulannya

Dalam hidup ini banyak orang yang seperti emas, berharga, menyilaukan, tetapi tidak bermanfaat bagi sesama.

Berjaya dalam karier,banyak harta kekayaan, rupawan dalam paras, tapi sukar membantu, apalagi peduli.

Ada juga yang seperti tanah. Posisi biasa saja, bersahaja, namun ringan tangan siap membantu bila bila pun.

Makna dari kehidupan bukan terletak pada seberapa bernilainya diri kita, tetapi seberapa besar bermanfaatnya kita bagi orang lain.

Jika keberadaan kita dapat menjadi berkah bagi banyak orang, barulah kita benar-benar bernilai.

Apalah gunanya kejayaan bila itu tidak membawa manfaat bagi orang lain di sekitar kita.

Apalah erti kemakmuran bila tidak berbagi rezeki pada yang memerlukan.

Apalah erti kepintaran bila tidak memberi inspirasi di sekeliling kita. Dan memberi manafaat kepada yang lain…

Kerana hidup adalah proses, ada saatnya kita memberi dan ada saatnya kita menerima.

Selalulah rendah hati dan tetap BERSEMANGAT dan memberi inspirasi.

“SEBAIK-BAIK MUSLIM ADALAH YANG BERFAEDAH KEPADA SEKELILING”

The post Inspirasi first appeared on Wanita Sejahtera.

Meraih malam agung di sepuluh malam akhir
KITA sedang berada dalam detik-detik terpilih—sepuluh malam terakhir Ramadan, saat rahmat Ilahi menggugah hati-hati yang bersedia. Dalam sunyi yang membalut malam, tersimpan sebuah janji: Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah SAW bersabda:

«تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ»

“Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir Ramadan” (HR Bukhari & Muslim).

Tidakkah hati kita tersentak mendengar khabar ini? Tidakkah ruh kita rindu untuk mendakap malam yang penuh dengan keampunan dan keberkatan? Malam yang malaikat turun membawa segala ketetapan, memenuhi bumi dengan rahmat. Allah SWT berfirman:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ۞ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ۞ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ۞ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ ۞ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5).

Wahai jiwa-jiwa yang sering futur dan alpa, tidakkah kalian ingin menyentuh peluang ini? Saat pintu langit terbuka seluas-luasnya, saat doa diangkat dan amalan diterima, marilah kita mendidik hati untuk bersujud dan berzikir tanpa jemu. Rasulullah SAW, manusia paling mulia, apabila masuknya sepuluh malam akhir Ramadan, baginda akan memperhebatkan ibadah, membangunkan keluarga, dan menghidupkan malam dengan penuh pengabdian. Dalam hadis disebutkan:

‏«كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ»

“Apabila masuk sepuluh malam terakhir Ramadan, Nabi SAW akan mengencangkan ikat pinggangnya (bersungguh-sungguh beribadah), menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya” (HR Bukhari & Muslim).

Sabda baginda lagi:

‏«مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»

“Barangsiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari).

Tak hanya itu, ulama besar turut menekankan keutamaan malam-malam ini. Ibn Rajab al-Hanbali pernah menukilkan dalam kata-katanya:

«مَنْ ضَيَّعَ خَيْرَ هَذِهِ اللَّيَالِي العَشْرِ، فَقَدْ ضَيَّعَ خَيْرَ رَمَضَانَ»

“Siapa yang kehilangan kebaikan di sepuluh malam terakhir, maka dia hakikatnya telah kehilangan seluruh Ramadan, kerana itu adalah kemuncak kebaikan bulan ini.”

Begitu pula Ibn al-Jawzi berpesan:

‏«فِي هَذِهِ اللَّيَالِي العَشْرِ، زِدْ فِي جُهُودِكَ كَمَا يَفْعَلُ التَّاجِرُ الَّذِي يَسْعَى لِرِبْحٍ عَظِيمٍ، فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ لَا يُضَاهِيهَا شَيْءٌ فِي سَنَةٍ»

“Dalam sepuluh malam ini, tambahkanlah ketekunanmu seperti seorang pedagang yang berusaha mengejar keuntungan besar, kerana sungguh, tiada malam seperti ini sepanjang tahun.”

Maka, wahai saudaraku, jangan biarkan rasa malas dan letih merantai semangat kita. Ingatlah, di akhir malam, di penghujung sepertiga, Tuhanmu sedang menanti. Rasulullah SAW bersabda:

‏«يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ، فَيَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ؟ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ؟ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ؟»

“Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni’” (HR Bukhari & Muslim).

Maka, bangkitlah! Raihlah malam ini dengan ibadah, zikir, dan doa. Sebutlah nama Allah dengan penuh rasa cinta. Bisikkan di hati, “Ya Allah, jangan biarkan aku keluar dari Ramadan ini melainkan Engkau telah mengampuni dosaku dan menerima amalanku.”

Malam ini bukan sekadar waktu; ia adalah peluang. Peluang yang mungkin tidak akan berulang lagi. Ubatilah hati yang lesu, siramilah ia dengan taubat dan istighfar. Dan bila fajar menyapa, semoga kita keluar dari malam ini sebagai insan yang lebih dekat dengan Tuhan, lebih bersih dari dosa, dan lebih tulus dalam keimanan.

DATUK DR USTAZ MARZUK SHAARY
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa – HARAKAHDAILY 22/3/2025

The post Meraih malam agung di sepuluh malam akhir first appeared on Wanita Sejahtera.

Jangan Tergesa-gesa Suci dari Haid untuk Berpuasa
Wanita dan haid ni ada beberapa kategori;

Ada jenis yang suka melengah-lengahkan mandi wajib walau pun sudah habis darah sebab dia malas solat.

Ada pula yang tergesa-gesa mahu habis haid sebab mahu cepat puasa, seronok mahu terawih ramai-ramai, mahu solat raya ramai-ramai, boleh ootd. Ada pula yang mahu cepat habis iddah, mahu cepat kahwin, mahu cepat bersama suami dan 1001 alasan lagi.

Sebab itu dalam setengah bab ada dibenarkan wanita lain memastikan darah seorang wanita itu benar kering haidnya untuk memastikan nikah barunya sah. Kalau masih ada haid dan dia masih dalam eddah maka tidak sah berkahwin. Memang ada wanita tidak jujur dalam memberikan tarikh haid dan tarikh sucinya.

Sebahagian perempuan mahu haid itu turun dan keluar ikut kepentingan dia. Kepentingan ini pula ada yang baik seperti mahu beribadat; solat, puasa, haji, umrah, mengaji, iktikaf tapi tak ramai perempuan pergi iktikaf.

Manakala perempuan yang mahu haid habis cepat atas kepentingan nafsu seperti mahu edah habis cepat boleh kahwin baru, mahu bersama suami, dll.

Ya memang ada perempuan yang menipu bab keluar habis haid. Ada juga wanita mengaku tipu tarikh akhir haid kepada doktor sebab tak mahu kena induce oleh doktor. Memang ada yang mengaku dengan saya .

Ada wanita bertanya bolehkah apabila haid habis 7:30 pagi bulan Ramadan dan dia terus mandi wajib dan berpuasa.

Ada juga wanita yang haidnya panjang tak mahu kira naqa’ betul-betul sebab tergesa-gesa mahu habiskan umrahnya. Rupanya haid masih ada dah kena buat tawaf balik… dua kali kerja.

Mahu haid habis awal sebab mahu duduk iktikaf di masjidil haram. Wanita dalam haid yang iktikaf di masjidil haram pun ada. Tak daruri pun iktikaf dalam masjidil haram bukan rukun bukan wajib pun.

Tak boleh ya, tak boleh main-main dengan hukum haid. Jangan suka ambil qaul sana sini nak buat ibadah sedangkan kita masih belum suci dari haid. Jangan buat hukum sendiri. Rujuk kepada pakar.

Wanita belajarlah redo dengan darah kita. Jangan istikjal tergesa-gesa dalam beribadah. Tak sah pun ibadah kita dalam keadaan masih haid.

The post Jangan Tergesa-gesa Suci dari Haid untuk Berpuasa first appeared on Wanita Sejahtera.