MT @ Ana Romyun - Wanita Sejahtera

Masa Silam Yang Hampir (Siri 4)
Seringkali Zahirah merungut sendirian, mengapa dia tidak mempunyai abang yang bertanggungjawab? Sekurang-kurangnya bantulah meringankan beban Ibu dan Ayah untuk membiayai pembelajaran adik-adik lain. Mengapa tidak mencari kerja? Mengapa perbuatan jahat dipermudahkan dalam keluarga ni? Mengapa Ibu Ayah tak pernah nak jejaki ke mana Alang pergi melepak lewat malam? Walhal, aku nak pergi program baik-baik pun, disekat, diselidiki seperti aku buat salah pula. Berdosakah aku menghadiri program parti politik Islam? Pengisiannya cukup menyegarkan jiwa yang gersang ilmu haraki. Ah, diskriminasi jantina kah ini? Lelaki saja yang boleh keluar sana sini, perempuan terperap di rumah?

Ibu melangkah masuk ke dalam setelah menyimpan rapi peralatan berkebunnya itu. Pintu rumah yang dari tadi terbuka separa luas, ditutup rapat. Belum sempat Ibu merebahkan badannya ke sofa, Zahirah menghampiri dan bertanya secara melulu,

“Ibu. Ibu, Alang nak guna duit tu untuk apa, Ibu?” Zahirah bertindak rasional, tidak lagi dia mengajukan soalan seperti ‘kenapa Ibu bagi duit kat Alang?’. Zahirah sebenarnya tahu naluri Ibu lebih menyayangi anaknya serta memberi kepercayaan kepada anaknya.

Ibu melabuhkan punggungnya ke sofa. Kipas berdiri yang berhampiran sofa itu dihidupkannya. Di usia 50-annya itu, seharusnya anak-anak pula menggantikan kerja-kerja berkebunnya. ‘Takpalah, barangkali mereka mempunyai keutamaan lain. Lagipun, bertambah sihat sikit kalau kerja berkebun ni aku teruskan’, fikir Ibu.

Sengaja dia membiarkan Zahirah tergantung dengan penuh tanda tanya.

“Dia nak beli kasut sukan katanya..”, ujar Ibu setelah melepaskan penat.

“Kasut sukan??! Ya Allah, punyalah banyak kasut sukan dia kat rak luar tu”, reaksi Zahirah sedikit meninggi suara. Geram teramat dengan perangai lelaki spesies abangnya. Tak pernah fikirkah kepentingan duit Ibu pada hal lain.

“Kasut sukan dia yang sebelum ni koyak dah, Ira. Alang beritahu. Ibu pun tengok dah”, Ibu cuba menenangkan keadaan Zahirah. Dia tahu perangai baran anak keempatnya itu kadangkala tak menentu. Ibu hanya mampu sabar melayan kerenah anak-anak apabila suami bekerja jauh di luar negara. Anak-anak dah besar panjang, pastinya mereka boleh berfikir secara rasional.

Zahirah terdiam seketika. Mudahnya Alang dapat permisi daripada Ibu.

“..Ibu. Alang kan boleh kerja. Kenapa tak guna duit simpanan dia je? Dah besar pun guna duit Ibu lagi”, Zahirah merapati tubuhnya duduk bersebelahan Ibu. Dia mahu tahu dari lubuk hati Ibu. Sebagai anak perempuan yang turut punya hati dan perasaan, serta usianya yang sudah cukup dewasa untuk prihatin hal-hal orang tua, teringin sekali berbicara dari hati ke hati bersama Ibu, Ayah dan Nenda.

“Ira. Alang dah kerja banyak. Kamu tak tahu sebab kamu belajar. Dropship sana sini, hantar postage bagai. Baru ni dia kerja dengan kawan dia. Bayangkan, kerja berbulan-bulan tau! Bila nak minta gaji, kawan tu khianat dia..”, berat Ibu nak cerita. Alang banyak cerita dengan Ibu seorang. Satu-satunya anak lelakinya yang banyak berkongsi dengan dirinya.

“Macam kerja besar je tu, Ibu. Lepas tu, tak dapatlah gaji tu?” soal Zahirah.

“Ya..kerja site. Tak dapatlah gaji…haha”, Ibu tertawa kecil di hujung bicaranya. Tak lucu, tapi puas rasanya. Padah akan menimpa mereka yang pernah berbuat salah. Ibu menyambung,

“Alang kamu tu, usaha memang usaha. Tapi dia tak tahu agaknya rezeki tu datang daripada Allah”

Zahirah turut terhibur dengan kisah Alang lalu tertawa kecil. Di lubuk hatinya paling dalam, Zahirah mengagumi Ibunya. Ibu, betapa rendahnya egomu. Masih sayang pada anak walau dia semakin rosak.

“Alaa. Alang tu, kemain haritu dia ‘ceramah’ kat Ira. Semua rezeki kat dunia ni datang dari Allah. Kena bersyukur bagai. Dia tahu benda ni. Tapi kenapa Alang masih nak kawan dengan orang macam tu?” Zahirah hairan dengan sikap abangnya. Tahu pahala dan dosa, tapi masih berada di persekitaran negatif. Pernah terlintas di fikirannya suatu ketika dahulu, Alang lebih baik keluar saja dari rumah. Ketiadaannya di sini lebih mengamankan satu keluarga.

Pandangan Ibu dikalihkan ke luar jendela. Mentari pagi semakin terik, pakaian yang basah dijemur sebelumnya hampir kering. Pokok-pokok juga pastinya mendapat tenaga untuk menghasilkan makanan. Baginya, soalan Zahirah memerlukan jawapan yang bijaksana. Sukarnya untuk merespon terus. Ibu sedar kelahiran Alang adalah satu ujian buatnya. Di peringkat kanak-kanak lagi, macam-macam hal dan perangai buruk yang Alang tonjolkan di sekolah. ‘Ah, salah aku juga, tidak mendidiknya dengan baik seawal dalam kandungan rahim lagi!’ keluh Ibu di dalam hati.

“Ibu pun tak tahu nak cakap macam mana, Ira” Ibu mematikan perbualan mereka berdua sambil menaiki anak tangga menuju ke biliknya di tingkat atas. Zahirah dibiarkan keseorangan mencari jawapan sendiri.

Keesokan harinya Zahirah sekeluarga menuju ke rumah pakcik sedaranya di Kota bagi melawat Nenda tersayang. Daun pintu diketuk berkali-kali, tiada jawapan. Diberi salam sekuat hati, juga tiada jawapan. Jam 10 pagi begini takkan Nenda sedang qailulah? Ibu semakin risau, lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi abangnya, Lut. Belum sempat talian disambungkan, kedengaran kunci pintu diselak. Terpacul Nenda di muka pintu dengan berbaju t-shirt berlengan pendek dan sebaris senyuman lebarnya. “Eh, budak ni”, terserlah kegembiraan Nenda menyambut kedatangan keluarga Zahirah apabila Addin menghulurkan tangan bersalaman dengannya.

Ucapan salam dijawab, lalu mereka dijemput masuk. Seperti biasa, Nenda akan bertanyakan keberadaan adik-beradik lain, mengapa tidak turut serta? Alang? Lupakan saja. Rumah flat yang mempunyai ruang tamu kecil itu kelihatan bersih dan kemas.

“Mak buat apa tadi, Mak?” Ibu Zahirah memulakan perbualan. Suaranya ditinggikan sedikit, dengan harapan tak perlu ulangi lagi.

“Hah? .. Kita dalam toilet tadi. Sakit perut, adeh”, Nenda membetul-betulkan kain batiknya lalu menyambung,

“..lepas tu buka pintu nak sapu, susun selipar..hihi tengok kau datang pulak”, Nenda terus tersenyum lalu mereka berdua tertawa bersama. “Si Lut takda ni, keluar pergi kerja”.

“Oh kerja hari Ahad..” balas Ibu. Ibu cuba bersangka baik dengan abangnya. Yalah agaknya, klien free nak servis plumbing hari Ahad. Ibu menyambung, “Mak dah makan, Mak?”

“Eh, kita makan tengahari nanti. Awal lagi ni”, jawab Nenda sambil melihat ke arah jam dinding.

“Makan sarapan pagi?” Ibu membetulkan pertanyaan.

“Oh, minum air suam aje”, jawab Nenda selamba. Zahirah lalu membuka bungkusan plastik makanan yang dibeli di kedai warung berdekatan dan menghidangkannya. Sarapan pagi dibeli siap-siap untuk Nenda sebab Ibu tahu tiada yang masakkan untuk Nenda di rumah Lut. Lut sudah tentu sibuk dengan kehidupan sehariannya yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebagai seorang duda tanpa anak. Bercerai dengan bekas isteri, seolah-olah mengembalikan masa bujangnya dahulu.

Di rumah Lut, Zahirah hanya memerhatikan tingkah laku anak-beranak di antara Ibu dan Nenda. Nenda pada kebanyakan masa ketika itu hanya berada di ruang tamu menonton televisyen. Zahirah sekeluarga sudah menganggap rumah Lut seperti rumah sendiri, lebih-lebih lagi apabila Lut tiada di rumah. Masak, tidur berehat, mandi dan solat semuanya dilakukan tanpa perlu meminta izin Nenda. Keberadaan Zahirah sekeluarga di rumah Lut hanyalah menambah seri kehidupan Nenda dengan mengingatkan waktu solat fardu dan menceriakan harinya yang suram sepi.

Usai mendirikan solat fardu Asar, Ibu meminta diri untuk pulang. Seperti biasa, sesi bersalaman adalah dramatis bagi Zahirah.

“Eh, kau bukan nak tidur sini ke malam ni?” soal Nenda pada Zahirah. Nadanya seperti bercanda.

“..Ira tak bawa bajulah Nenda..”, ujar Zahirah, memaknai katanya. Zahirah bukan tak nak tidur dengan Nenda, bahkan teringin sekali. Terbayang sesi luahan rasa di antara cucu dan nenda. Wah, menariknya! Namun, perasaan takut mengatasi segala.

“Alah, pakailah baju Nenda. Banyak t-shirt kat bilik tu” cadang Nenda.

“Hihi..besarlah t-shirt Nenda. Gelebeh Ira pakai nanti”, responnya sambil tertawa. Sengaja dia mencipta sebab.

“Bertuah betullah budak ni! Sorang-sorang lagilah Nenda malam ni”, gurau Nenda lalu tersenyum comel. Cukup menyentakkan Zahirah dan Ibunya yang terdengar. Zahirah berbelah bahagi untuk tinggal di rumah pakciknya itu walau semalaman cuma. Barangkali khidmatnya diperlukan Ibunya juga di rumah. Ibu pula serba salah dek kata-kata maknya. Bukannya tak nak jaga Nenda, bahkan boleh saja menetap di rumahnya sendiri untuk tempoh yang lama. ‘Mak ni, kenapalah nak sangat duduk rumah Abang Lut ni’, getus hati Ibu. Ibu hairan dengan Nenda yang sebenarnya sudah maklum bahawa Lut memang takkan selalu ada di rumah menemaninya.

Zahirah melangkah keluar dari rumah Pakcik Lut dengan perasaan sedikit kecewa. ‘Maaf, Nenda. Ira tak berani’, bisik hati kecilnya. Entah apalah yang menakutkan Zahirah. Kawasan kejiranan yang tidak dikenalinya, perumahan flat di tengah-tengah bandar dan ruang kecil yang suram itu barangkali menjadi antara faktor dia enggan bermalam di situ. Hebatlah Nenda boleh duduk seorang diri.

Namun begitu, Zahirah menemukan jawapan kukuh malam itu.

“Ibu, Nenda nampak sihat kan tadi?” Zahirah membuka bicara. Sekadar melenyapkan kesunyian perjalanan pulang ke rumah.

“Haah. Alhamdulillah”, ujar Ibu, memanjatkan syukur. Ibu menyambung beberapa kemudiannya,

“Ibu sebenarnya ok je kalau Nenda nak duduk rumah kita.. Sekurang-kurangnya ada lah juga orang boleh tolong masakkan lauk..”

Zahirah dan Addin memasang telinga. Hal keluarga perlu diambil berat. Addin menjadi pemandu berhemat Ibu sepanjang ketiadaan Ayah. Adik-adik lain lena dibuai mimpi di sebelah Zahirah.

“..tapi tulah. Kamu cuba fikir, kenapa Nenda nak sangat duduk di Kota? Dahlah seorang diri, siapa yang nak masak? Nenda dah tua tu tak mahunya masak. Nak harap Pakcik Lut kamu tu beli makanan di kedai, bila saja? Tadi pun dia tak balik tengahari. Kami, adik-beradik dah offer dah rumah masing-masing. Tapi Nenda tetap nak duduk dengan Pakcik Lut…” terang Ibu, cuba membuka mata hati anak-anaknya. Addin lalu mencelah,

“Yalah, bu.. Rumah kita kan bising. Ada budak-budak. Nenda kan tak suka bising-bising”

“Betul tu betul, Addin. Tapi kenapa Nenda nak sangat duduk rumah Kota tu? Ada apa kat rumah tu??” suara Ibu berbaur geram, menyentakkan Zahirah.

-bersambung-

The post Masa Silam Yang Hampir (Siri 4) first appeared on Wanita Sejahtera.

Masa Silam Yang Hampir (Siri 3)
“Bro, kau tak serik ke?” soal Leman kepada rakan karibnya, Zaki.

Habis dua puntung rokok dihisapnya. Tangannya terus mencapai sepuntung lagi rokok dan menyalakan api padanya.

Malam itu mereka berdua sahaja yang kelapangan untuk lepak bersama. Kebiasaannya, enam orang sekawan akan berjumpa di kedai mamak tersebut pada setiap hujung minggu seperti itu.

Kali ini, Leman melapangkan masanya untuk Zaki menghabiskan malam yang berbaki dua jam lagi sebelum waktu Subuh.

“Kau cakap baik-baik sikit Leman”, balas Zaki setelah kepulan asap dihembuskan. Leman, juga merupakan perokok tegar seawal usia di bangku sekolah menengah bersama Zaki. Leman yang mengajak rakannya itu melakukan perkara yang dilarang di sekolah. Soalan jenis apakah yang diajukan kepada dirinya yang juga cerminan diri Leman ini.

“Ok, sorry, sorry. Aku cuma tanya saja”. Leman telah lama berhenti merokok tanpa pengetahuan rakannya itu. Setelah berbulan-bulan bergiat aktif di kampus, kerja-kerja persatuan dan perniagaan kecil-kecilan yang dibuatnya menjadi aktiviti utamanya setiap hari selepas pelajaran dalam kelas.

Leman menutup masa lapangnya dengan amanah dan tanggungjawab daripada perbuatan terkutuk itu. Kini, tiba gilirannya untuk memperbaiki rakan karibnya itu. Ah, tak mudah sama sekali!

“Zaki, kau dah tidur ke belum ni?” sengaja Leman mengubah topik. Kelihatan Zaki dengan matanya yang segar terbuka. Mungkin saja tidak mengantuk oleh kerana menghisap rokok mengejutkan degupan jantung.

“Belum”, ringkas jawab Zaki. Puntung rokok ditenyeh di atas meja. Leman setia menunggu apa saja yang akan dimuntahkan daripada mulut rakan karibnya itu. Leman berazam untuk membawa Zaki kembali ke pangkal jalan, sebagai tindakan bertanggungjawab menebus kembali dosanya dahulu mengheret Zaki ke lembah kehinaan. Masakan tidak, Zaki datangnya daripada keluarga yang baik. Mujur Leman tersedar daripada lamunan tidur apabila Zaki menelefonnya untuk berjumpa di kedai mamak.

“Aku dah cuba berhenti, weh. Nak sebulan dah. Aku tahu merokok ni memang akan dapat sakit, aku dah ada tanda-tanda tu semua. Kau cakap la, sakit jantung, batuk teruk, apa lagi. Aku dah kena dah semua. Tapi bila nak masuk cukup sebulan tu, dia datang, weh. Haha” ujar Zaki merespon soalan Leman. Kata-katanya yang diakhiri hilai tawa itu menyentakkan Leman.

“Siapa dia? Ayah kau? Apa dia buat?” Soal Leman penuh tanda tanya.

“Memang TAK lah aku nak berhenti merokok, kau tahu?! Haha”, Zaki cuba menelan perasaan kecewanya. Kenyataan pahit bukan mudah untuk dikongsi cerita.

“Aku hormat dia weh. Orang baik kot. Tapi sorylah, bro.

Dia nak nasihat aku tapi dia macam tak yakin dengan aku. Haha sedih siot!! Orang macam aku ni harapanlah nak berubah…Eh, kau tanya aku macam kau tak merokok pulak. Kau dah berhenti ke, sial?” Zaki terus mengalihkan pandangan ke Leman. Takkan sanggup bagi Zaki untuk membuka pekung di dada. Cukuplah hanya membuka awalan cerita. Ianya perkara yang memalukan apabila dirinya yang kotor dengan dosa berhasrat untuk berubah menjadi baik.

“Eh, aku..aku..bolehla nak kata dah berhenti tu.. tapi yalah, manusia kan memang tak lari daripada buat dosa”, respon Leman sedikit terkejut dengan panggilan ‘siot’ dan ‘sial’ yang dilontarkan. Panggilan yang dah lama tak didengarinya sejak menyambung belajar di peringkat universiti. Leman menyedari hakikat perbezaan bagai langit dan bumi antara dirinya dan Zaki. Leman mengetahui Zaki tidak menyambung pengajian selepas tamat SPM beberapa tahun lalu.

Leman cuba tidak ‘menyucikan’ dirinya apabila berbual dengan Zaki. Dia tahu Zaki akan menjauhkan dirinya daripada orang-orang baik, seperti mana hubungan renggang dengan Ayahnya sekarang.

“Kau dah berhenti??! Seriouslah gila? Kau tak beritahu aku pun, kan?” Zaki begitu terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Leman. Bunyi guruh pun tiada, tiba-tiba saja kata sudah berhenti. Leman bahkan terdiam, ligat fikirannya mencari jawapan yang sesuai dan masuk akal.

Tujuh puntung rokok yang telah ditenyehkan dibuang ke dalam tong sampah. Kerusi Zaki dirapatkan ke arah Leman, anak matanya tepat memandang ke dalam matanya Leman.

“Kau…kau buat macam mana?”

“Eh, ada lagi rupanya..”, staf yang bertugas di kaunter Jabatan Sains itu perlu memastikan semua pelajar tahun akhir menghantar tesis FYP pada hari itu. Lagi satu jam masa penyerahan tesis akan berakhir, tak disangkanya masih ada pelajar yang menghantar tesis di lewat petang.

Zahirah hanya tersenyum kelat, lalu meletakkan segera tesis FYP di atas timbunan tesis kawan-kawannya yang lain di satu sudut. Usai tandatangan penyerahan diturunkan, Zahirah meminta diri untuk beredar. ‘Orang last pun tak kisahlah. Asalkan hantar. Alhamdulillah’, lega hatinya. Mujur tiada yang memarahinya ketika itu, mahu keluar kampus dengan aman kalau boleh.

Petang itu, Zahirah meluangkan masa di tasik bersama ahli usrahnya. Usrah yang amat dirinduinya setelah tiga bulan tidak bersua dek kesibukan masing-masing menyiapkan tugasan FYP dan komitmen lain. Moga-moga hari terakhir dirinya di kampus ini, meninggalkan makna di hati sahabat-sahabat serta kerinduan yang menghidupkan buat dirinya.

“Lepas ni Zahirah nak buat apa?” soal salah seorang ahli usrahnya.

“Sambung belajar ke kerja?” sambung yang lain.

“atau kahwin? Hehe..” gurau sahabat yang lain pula.

“Eh takdalah. Belum lagi kot..”, pantas Zahirah menepis soalan ‘hangat’ itu. Hatinya masih belum terbuka untuk memikirkan soal berumahtangga. Selagi belum ada yang menyunting dirinya.

“Saya mungkin kerja dulu. Nak sambung belajar pun perlu ada duit”, ujar Zahirah perlahan. Jauh pandangannya dipalingkan ke arah air tasik. Air tasik jadian itu mengalir setempat, mungkin saja disebabkan bayu senja memukul aliran air.

“Tahu tak, pepatah arab ada berbunyi”, Zahirah cuba memberi pengisian. Tidaklah sembang kosong saja usrah santai kali ini. Sahabat-sahabatnya terus memasang telinga memberikan perhatian kepada Zahirah.

“’Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya’.

Orang muda macam kita ni, perlu bergerak. Melangkahlah sejauh yang boleh. Kutip mutiara daripada mereka yang lebih berpengalaman. Manfaatkan setiap masa yang ada dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, program-program ijtimaie. Program jamaie memang wajib dah, program kemasyarakatan ni ha. Penting tau untuk tarik mad’u”, Zahirah menghela nafas seketika.

“Kan..penting kot. Saya pun silap selama ni saya hanya fikir nak hadir program Jemaah je. Macam program luaran lain tak penting pula. Hihi”, ujar seorang sahabat Zahirah, menyokong kenyataan Zahirah.

“..Kalaulah kita statik je, tak bergerak duduk rumah saja, otak kita pun beku. Hanya terperap dalam rumah dan dihantui masalah keluarga. Sedangkan solusi boleh kita dapatkan dalam usrah macam ni..”, sambung Zahirah.

“Eh, tak jugak la Ira. Orang sekarang ni duduk rumah pun boleh dapat berita semasa dah. Scroll-scroll media sosial, pap! Terus dapat tahu isu terkini”, sahabat lain mencelah.

“Haa, itupun kalau dia follow akaun yang baik-baik. Dapatlah konten yang baik. Orang kat luar sana tu, manalah nak dapat sumber yang sahih kalau tak diberitahu betul-betul. Huh..”, keluhan Zahirah kali ini berbaur kesal. Mindanya bercelaru. Terimbau ingatannya pada Alang dan Nenda.

“Ibu, Alang nak guna duit sikitla..”, rayu Alang pada Ibu. Tangannya berkira-kira jumlah wang yang diperlukannya. Ibu sedang sibuk bercucuk tanam di luar halaman, terganggu dengan permintaan lazim anak teruna sulungnya itu. Si Ibu berhenti menabur baja pada anak pokok. Matanya tidak dikalihkan ke Alang, takut termakan lagi dengan janji manisnya nanti.

“Berapa kamu nak?”

“Tak banyak pun, RM100 boleh, bu?”Alang tanpa segan silu meminta sejumlah wang. Baginya, RM100 itu tidaklah banyak mana jika dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya dia meminta. Cuma kali ini dia tidak mendahulukan tujuan dia meminta wang itu. Ibu terkejut dengan jumlah yang diinginkan, namun hati Ibu siapa yang tak sayangkan anaknya. Ibu cuba berlembut dengan Alang, supaya keegoannya tidak meninggi takut terdengar jiran.

“Kamu nak beli apa, Alang?” soal Ibu perlahan.

“Nak beli kasut sukan. Haritu punya dah koyak kan. Kasut sukan memang RM100 lebih, Ibu. Sebab nanti Alang ingat nak join rugbi. Ada match kat taman-taman ni”, Alang cuba meyakinkan Ibunya.

Ibu tak dapat nak berfikir panjang. Jika diikutkan perasaan, beliau akan kelihatan kedekut pula apabila tak menghulurkan duit kepada anak untuk keperluan seperti itu. Lantas, Ibu membenarkan Alang mengambil sendiri wang di tempat khusus yang disimpan oleh Ibu di rumah. Alang mengucapkan terima kasih dan segera mengambil wang itu tanpa rasa bersalah. Zahirah di ruang dapur terlihat kelibat Alang mengambil sejumlah wang daripada dompet Ibu. ‘Astaghfirullah, sabar jangan marah, Ira’, geram dengan sikap Alang yang tak reti nak berusaha cari pendapatan sendiri. Dia hanya mampu beristighfar ketika kekalutan sebegini berlaku.

Motor hitam Yamaha itu meluncur laju keluar dari rumah. Zahirah hanya menelan lumrah sikap abangnya yang seorang ini. Begitu mudah sekali Ibu menghulurkan duit kepadanya tanpa bersoal panjang. Entah apa yang dia buat dengan duit itu pun tahukah Ibu.

-bersambung-

The post Masa Silam Yang Hampir (Siri 3) first appeared on Wanita Sejahtera.

Masa Silam Yang Hampir (Siri 2)
“Ok Ira. Elok-elok jalan. Siap tak kerja kamu tempoh hari?” suara Ayah menghentikan drama Zahirah dan nendanya.

“Er..belum lagi, ayah”, ujar Zahirah perlahan dek rasa bersalah menyinggah. Seminggu cuti pun tidak berjaya untuk menyiapkan kerjanya. Terdiam si ayah mendengarkan jawapan itu. Seperti yang dijangkanya, anak perempuannya itu masih belum dapat menguruskan masa dengan bijak walhal sudah lama tempoh kerjanya diberi. ‘Semoga berjaya, anakku’, getus hati Ayah.

Daun pintu bilik pensyarah itu diketuknya tiga kali.

“Masuk”, terdengar sahutan dari dalam, Zahirah lalu membuka pintu dengan tenang. Ketika itu, besar pengharapannya pada Allah agar segala perbincangan tertutup itu berjalan lancar tanpa sebarang emosi berkecamuk di antara kedua-dua belah pihak. Dr. Juita, seorang pensyarah merangkap penyelia Zahirah yang dikenali ramai pelajar sebagai pensyarah yang garang.

“Assalamualaikum, Dr.”, sapa Zahirah dengan tersenyum kelat, sedikit takut.

“Ha, baru nak jumpa saya?! Minggu ke berapa dah ni?” berang Dr. Juita tanpa simpati. Minggu itu sudah termasuk minggu ketiga sejak diumumkan tugasan kertas kerja projek tahun akhir perlu dihantar kepada penyelia masing-masing pada hujung bulan ini. Zahirah tersentak, kerana dia menyangka Dr. Juita akan memberi layanan yang baik untuk perjumpaan pertama mereka.

“Dr., saya nak minta tolong Dr. checkkan draf saya ok atau tak. Tapi dalam laptop”, ujar Zahirah pantas, moga-moga Dr. sedikit tenang dan berpuas hati dengan usahanya yang sedikit itu. Sambil Zahirah membuka komputer ribanya, Dr. Juita menyambung dengan wajah yang bengis,

“Kenapa tak print??”

“…Sory, Dr..saya ingat akan ada banyak pembetulan jadi saya nak jimat kertas. Dan mungkin Dr. nak explain depan saya ke..”, terang Zahirah, bergenang air matanya dan hampir menitis dalam keadaan yang tegang itu. Jujurnya, dia tidak menyangka dirinya akan dimarahi seumpama itu. ‘Ah, bodohnya aku. Kenapa aku tak expect Dr. akan marah. Teruknya aku!’ bentak jiwa Zahirah.

Melihatkan keadaan tak stabil Zahirah, Dr. Juita hairan. Sudahlah lambat jumpa penyelia sendiri, nak menangis pula. Nak minta belas kasihan kah?

“Dah kenapa menangis?” lantang suara Dr. Juita dalam ruang kecil biliknya itu.

Zahirah hanya mampu menggelengkan kepalanya walaupun ketika itu makin laju air matanya menitis membasahi pipi serta berusaha mengukir senyuman sehabis baik di hadapan penyelianya itu. Tidak ketahuan akan mengapa dirinya berani mengalirkan air mata di depan Dr. Juita yang digeruninya itu. Mungkin minggu ini sudah terlalu menekan dirinya. Sibuk teramat!

Tak lama Dr. Juita menyemak draf kertas kerja Zahirah secara kasar, beliau menyerahkan kembali komputer riba miliknya dan berkata,

“Saya tak boleh nak semak macam ni. Kan saya dah suruh print? Hantar kat saya in hardcopy”.

Tanpa berfikir panjang, Zahirah mengiyakan dan segera mencetak draf pertama kertas kerjanya.

Telefon pintar dicapai. Jari-jari runcingnya itu pantas menaip mesej untuk dihantar ke Kaklong. Malam itu sedikit lapang baginya, tiada mesyuarat persatuan, kerja-kerja Jemaah juga telah diselesaikan lebih awal.

“Kak, ada nombor nenda? Nak”, mesej aplikasi WhatsApp terus dihantar ke kakaknya Zahirah. Selang satu, dua minit kemudian, Kaklong membalas dengan memberikan nombor telefon Nenda.

Sepuluh angka nombor telefon itu lantas dihubunginya. Zahirah sengaja memilih Nenda untuk dijadikan tempat luahannya malam itu. Ini pertama kali dia menghubungi Nenda. Jarang sekali Zahirah terdetik untuk bertindak sedemikian. Selama ini, nak berbual topik ringan dengan Nenda pun amat sukar bagi Zahirah asbab merasakan dirinya bukan cucu kesayangan Nenda seperti Kaklong.

“Assalamualaikum, siapa di talian?”, kedengaran suara lelaki di hujung corong telefon. Tidak asing lagi baginya, ini sah si Alang.

“Waalaikumussalam. Tak payah tipulah. Alang, Ira nak cakap dengan Nenda, cepat!” Zahirah bertegas. Malas nak melayan jenaka murah abangnya itu.

“Nenda takda dengan Alang. Alang tolong angkat je ni”, suara Alang sedikit risau. Zahirah tetap tak percaya.

“Janganlah tipu..tak baik tau.. Ira tau Nenda ada kat sebelah tu”, Zahirah cuba menenangkan diri. Janganlah waktu terdesak nak buat sesi luahan begini berlaku

macam-macam pula pada Nenda tercinta.

Alang, sedari kecil terkenal dengan perangai membulinya. Tak cukup membuli adik-adik, buat hal pula di sekolah. Alang sering menjadi perhatian Ibu dan Ayah, disebabkan hal itu. Meskipun sekarang, belum pasti adakah Alang masih mengulangi insiden hitam dahulu.

“Hahaha! Nenda tidurlah! Takkan nak kejut dia. Kau telefon tengok jam tak? Sekarang dah pukul berapa, oi..”, balas Alang, menyindir adiknya. Seronok betul mengusik adik perempuannya yang seorang ini. Sengaja dia melambatkan masa dan menghampakan Zahirah. Padahal, Nenda sedang menonton televisyen di tingkat atas. Telefon Nenda kebiasaannya diletakkan di dalam beg tangannya, menyebabkan bunyi deringan telefon hanya terhad didengari orang yang berada di sekitarnya sahaja. Kebetulan Alang berada di bilik tetamu, berhampiran dengan telefon Nenda.

Zahirah kecewa mendengarkan hal itu. Tak dijangkanya Nenda akan tidur awal malam itu.

“Baru jam 9.30..awal pula Nenda tidur..Oklah Alang tolong kirim salam Ira kat Nenda ya esok”, berbunyi pasrah respon Zahirah. Alang lalu mematikan telefon tanpa mengucap apa-apa kata akhir. Malas nak layan drama Zahirah, Alang terus keluar rumah dan melakukan rutin setiap malamnya. Menghisap rokok di kedai Mamak, lima minit jaraknya dari rumah mereka. Bagi Alang, menghisap rokok dapat melupakan masalah yang merundunginya. Bukannya tak tahu tindakannya itu salah bahkan dikutuk adik-beradiknya, tetapi ia dah menjadi tabiat malah sukar sekali untuk dibuang. Cuma Ibu dan Ayah yang tak pernah tunjuk keprihatinan mereka pada dirinya.

Malam itu, Zahirah diselubungi kekecewaan dan menangis semahunya di bilik. Pintu bilik dikunci terlebih dahulu, supaya tiada kawan-kawan yang menjengah ke biliknya malam itu. Dia hanya perlukan masa bersendirian. Zahirah bertekad enggan menghubungi Ibu atau Ayahnya, kerana dia tahu mereka pasti menyalahkan dirinya juga. ‘Aku ahli Jemaah, tapi kenapa tak mampu nak uruskan masa dengan baik? Malunya! Aku nak sangat Nenda tahu hal ini’, bisik hatinya. Barangkali belum ada rezeki berbual dengan Nenda.

Bersambung……

The post Masa Silam Yang Hampir (Siri 2) first appeared on Wanita Sejahtera.