Mardhiyyah Johari - Wanita Sejahtera

Hak Asasi Kanak-kanak Mesti Dilindungi
Artikel ini adalah Bab 6 dari Siri “Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia” oleh Mardhiyyah Johari.

Kanak-kanak adalah golongan yang rentan (vulnerable). Mereka adalah insan suci tanpa dosa.Di tangan manusia dewasa terletak tanggungjawab untuk melindungi, mendidik dan menjaga mereka dengan kasih-sayang dan penghormatan. Proses yang dilalui oleh kanak- kanak sepanjang tempoh membesar akan mempengaruhi karakter mereka apabila dewasa.

Abu Hurairah (r.a) berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah mencium Al Hasan bin Ali sedangkan di samping beliau ada Al Aqra’ bin Habis At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekalipun.” Maka Rasulullah (s.a.w) memandangnya dan bersabda:

“Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w menegur Al-Aqra’ hanya kerana tidak pernah mencium anak-anaknya, maka apatah lagi bagi perbuatan mengasari dan menzalimi anak- anak pasti lebih berat dan dilarang agama.

Kanak-kanak turut mempunyai hak asasi yang mesti dilindungi. Negara yang melindungi hak kanak- kanak adalah tanda aras sebuah negara yang bertamadun. Negara yang tidak membiarkan bangsanya mencabuli hak kanak-kanak akan melihat hasilnya apabila anak-anak ini mendewasa menjadi pemimpin berjasa dan manusia berguna.

Hak kanak-kanak boleh dirujuk melalui dokumen antarabangsa Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang telah diterimapakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1989. Dalam konteks Malaysia, Akta Kanak-Kanak 2001 berfungsi sebagai undang- undang yang melindungi kanak-kanak.

Terdapat empat prinsip asas dan utama dalam mengangkat hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Pertama ialah prinsip untuk tidak didiskriminasi sepertimana termaktub dalam Perkara 2. Kanak- kanak tidak boleh didiskriminasi atas apa sahaja faktor sama ada bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, pandangan politik, warganegara, asal usul etnik ,harta atau apa-apa alasan lain. Kerajaan hendaklah memastikan kanak-kanak dilindungi daripada diskriminasi. Pengalaman didiskriminasi pasti akan mencipta rasa rendah diri dan trauma pada diri kanak-kanak.

Kedua, adalah menjadi hak kanak-kanak untuk hidup dan berkembang mencapai potensi yang maksima sepertimana tercatat di dalam Perkara 6. Hak untuk hidup dan berkembang ini merangkumi hak mereka untuk mendapat pendidikan, tidak dikasari atau didera (torture). Apabila mereka dilindungi dari kekasaran dan penderaan serta mendapat hak pendidikan yang baik, maka mereka akan mampu berkembang dan mencapai potensi yang maksima.

Ketiga adalah prinsip kepentingan terbaik kanak- kanak (the best interest of the child) mestilah diambilkira dalam segala tindakan berkaitan kanak- kanak tersebut sama ada oleh ibu bapa, Mahkamah mahupun institusi. Hak ini dijamin dalam Perkara 3. Dalam soal penjagaan anak-anak selepas perceraian ibu bapa mahupun memutuskan hukuman terhadap pesalah juvana, prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak mestilah dijadikan pertimbangan utama oleh pihak-pihak berautoriti.

Keempat ialah prinsip menghormati pendapat kanak-kanak dalam semua perkara yang menyentuh kanak-kanak. Hak ini termaktub dalam Perkara 12 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Di Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak sepertimana termaktub dalam Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 [Akta 1511] di bawah seksyen 3. Fungsi Majlis ini adalah antaranya bagi tujuan menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam proses membuat keputusan mengenai perkara yang menyentuh isu kanak-kanak. Namun seharusnya jumlah kanak- kanak sebagai anggota Majlis ini haruslah ditambah supaya berpadanan dengan komposisi anggota lain agar lebih menepati tujuan asal Majlis ini diwujudkan.

Selain daripada Konvensyen Mengenai Hak Kanak- Kanak, Malaysia turut menjamin hak asasi kanak- kanak sebagai manusia sama seperti orang dewasa melalui Perlembagaan Persekutuan seperti hak kebebasan diri (merdeka) dalam Perkara 5, larangan dijadikan buruh paksa dalam Perkara 6, semua insan adalah sama rata di sisi undang- undang dalam Perkara 8 serta kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan termaktub dalam Perkara 10.

Dari sudut perundangan, kelihatannya hak kanak- kanak sudah mendapat perlindungan yang baik. Malangnya kita masih dikejutkan dengan satu demi satu berita sedih melibatkan kezaliman ke atas kanak-kanak:

Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down berusia 13 tahun yang melecur di beberapa anggota badan dipercayai akibat didera penjaganya kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata tindakan lanjut telah dibuat termasuk memberhentikan hak penjagaan kanak-kanak tersebut. (Al-Hijrah, 9 Julai 2021)

Kanak-kanak meninggal dunia ditemui dalam tong. Pasangan suami isteri didakwa bunuh dan dera adik Amir. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Amir baru sahaja diserahkan semula kepada ibu kandungnya selepas 6 tahun dijaga dengan baik oleh keluarga angkat. Ibu kandung dan bapa tiri mendakwa adik Amir mati lemas di dalam tong air. Namun siasatan menemui kesan penderaan. (Astro Awani, 10 Februari 2021)

Betong: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan dipercayai menjadi mangsa dera ahli keluarganya. (Utusan Malaysia , 7 Jun 2021)

Kajang: Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya yang didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri . Pemeriksaan lanjut doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan. Kanak-kanak itu disyaki dipukul teman lelaki ibu mangsa sehingga tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital. (Sinar Harian, 19 Februari 2021)

Menginsafi peristiwa-peristiwa menyedihkan ini, kita sedar bahawa perlindungan dari segi undang- undang sahaja tidak mencukupi untuk mencegah kanak-kanak dari diperlakukan dengan kejam. Perlindungan yang paling baik adalah daripada masyarakat yang bersifat pelindung (protective) kepada kanak-kanak. Pencabulan hak kanak-kanak seperti penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian dapat dihalang apabila masyarakat bersifat prihatin dan pelindung.

Anggota masyarakat mestilah bertindak segera melaporkan kepada pihak berkuasa apabila sahaja mengesyaki terdapat kanak-kanak yang didera. Membuat laporan Polis atau menghubungi Talian Kasih 15999 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah antara usaha yang boleh dilakukan oleh orang awam.

Walaubagaimanapun, sikap pelindung masyarakat mestilah berasaskan kefahaman undang-undang. Sikap memviralkan wajah dan nama kanak-kanak disyaki didera adalah satu perbuatan yang salah. Seksyen 15(1) dan (2) Akta Kanak-Kanak melarang pendedahan nama, alamat, institusi pendidikan atau apa-apa sahaja butiran yang membolehkan kanak- kanak dikenalpasti.

Selain itu, terdapat salah faham di kalangan masyarakat iaitu mereka khuatir akan berhadapan tindakan undang-undang seandainya mereka tersalah melaporkan info mengenai penderaan kanak-kanak. Mereka risau akan disaman oleh penjaga kanak-kanak seandainya siasatan mendapati penderaan tidak berlaku. Salah faham ini mesti diperbetulkan. Masyarakat harus disedarkan bahawa pihak berkuasa akan sentiasa melindungi maklumat saksi atau pengadu demi memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan.

Justeru itu anggota masyarakat tidak perlu takut untuk segera bertindak membuat laporan kepada pihak berwajib seandainya mengesyaki berlakunya penderaan. Harus diingat, tersalah lapor dan mendapati penderaan sebenarnya tidak pun berlaku adalah lebih baik daripada diam kerana takut salah, lalu risikonya terdapat kanak-kanak yang terpaksa mengharung azab derita bertahun-tahun menjadi mangsa dera. Menangis sendiri menahan sakit dipukul tanpa belas ihsan. Ada yang kita ketahui hanya setelah berita kematian tersebar, namun ada yang terus menerus tidak kita ketahui. Penderitaan mereka terselindung di sebalik tembok rumah pendera.

Tertuduh Juvana

Pada masa ini, praktis di Mahkamah adalah kes kanak-kanak didengar secara tertutup. Pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan kes tidak dibenarkan untuk berada di dalam dewan bicara. Hanya Majistret/ Hakim, jurubahasa, peguam dan waris yang menemani sahaja dibenarkan berada di dalam dewan bicara Mahkamah semasa kes berlansung.

Namun terdapat satu amalan yang dilihat perlu diperbaiki oleh sistem undang-undang sedia ada agar dapat menambah baik perlindungan kepada kanak-kanak. Amalan itu adalah mendedahkan nama penuh kanak-kanak yang didakwa bagi pertuduhan jenayah (penama). Pada masa ini walaupun kes didengar secara tertutup, namun nama penuh penama tercatat jelas pada papan kenyataan Mahkamah yang memaparkan senarai kes. Malah di sebahagian Mahkamah, penama masih terdedah kepada penglihatan orang awam yang hadir ke Mahkamah semasa menunggu giliran kes dipanggil kerana penama terpaksa menunggu bersama-sama dengan orang awam. Tiada kawasan khas yang tertutup disediakan buat penama. Seandainya situasi ini dapat diperbaiki, sudah pasti kanak-kanak akan lebih dilindungi. Walaupun mereka pernah tersalah langkah, namun selepas selesai menjalani hukuman mereka tetap mampu menempuh masa hadapan dengan watak yang baru tanpa dihantui kisah silam apabila identiti mereka benar-benar dilindungi.

Marilah kita berusaha membina satu peradaban dengan akhlak yang mulia. Ia bermula dengan mendidik generasi seawal usia kanak-kanak. Golongan dewasa mesti menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

Rasulullah s.a.w sebagai Rasul kepada seluruh ummat manusia dan ketua negara menunjukkan contoh terbaik dalam menghormati kanak-kanak. Dalam sebuah hadith diriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) memberi salam kepada anak-anak dan mengusap kepala mereka. Daripada Anas (r.a), pada suatu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu beliau memberi salam kepada mereka dan berkata: “Bahawa Rasulullah (s.a.w) sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).” (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

The post Hak Asasi Kanak-kanak Mesti Dilindungi first appeared on Wanita Sejahtera.

Mengangkat Kemanusiaan Dalam Kebebasan Bersuara
Artikel ini adalah Bab 5 dari Siri “Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia” oleh Mardhiyyah Johari.

Zaman ini adalah zaman media sosial berkembang. Masyarakat mengikuti perkembangan berita dan isu semasa dengan lebih pantas melalui media sosial dibandingkan dengan media konvensional. Lalu kita mendapati di samping kelebihan mengetahui isu-isu semasa dengan cepat, Kelebihannya, isu-isu semasa diperolehi dengan pantas. Namun malangnya suhu kebencian dan kemarahan sesama manusia begitu mudah dipanaskan melalui media maya.

Kebebasan bersuara yang diangkat sebagai hak asasi dilaungkan sebagai justifikasi segala hamburan kata penuh caci maki, buli siber, menyebarkan aib, fitnah, bahkan hasutan perkauman dan provokasi agama tanpa batasan. Lebih parah lagi apabila kebebasan bersuara menjadi satu senjata berkesan menyebarkan khabar angin dan fitnah yang mudah dipercayai ramai. Sehinggakan apabila keputusan Mahkamah memihak kepada mangsa fitnah sekalipun, ia tidak mampu membersihkan reputasi mangsa apabila kepercayaan terhadap sebaran cerita palsu di media sosial sudah berakar di minda pembaca.

Maka adalah menjadi satu tanggungjawab bagi kita untuk meletakkan satu garis sempadan agar nilai kemanusiaan kita tidak terkorban atas nama kebebasan bersuara. Adalah menyedihkan untuk kita mewariskan kebebasan bersuara dengan kemanusiaan yang mati kepada pewaris generasi.

Kebebasan bersuara adalah salah satu hak asasi manusia yang dijamin oleh undang-undang. Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) menyatakan bahawa:
‘setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan’ (everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers’).

Manakala Perlembagaan Persekutuan turut memberikan jaminan terhadap kebebasan bersuara dalam Perkara 10(1)(a) dengan menyatakan bahawa ‘tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara’.

Namun kebebasan ini hendaklah dimanfaatkan dengan penuh tanggungjawab kerana kebebasan bersuara tanpa sempadan telah menghasilkan kejadian-kejadian seperti berikut:

Majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Perancis dan seluruh dunia. Namun tindakan itu dipertahankan Presiden Perancis Emmanuel Macron atas alasan kebebasan bersuara.

Laman facebook atas nama Love Of LGBTQ Malaysia memaparkan gambar t- shirt dengan tulisan ‘Allah Is Gay’ yang merupakan satu provokasi keterlaluan terhadap umat Islam dan penganut agama lain yang berpegang bahawa hubungan sesama jantina adalah bertentangan dengan agama.

Sikap ‘troll’ yang berleluasa di media sosial dipercayai antara punca remaja perempuan berusia 16 tahun membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan, dalam kejadian di MJC Batu Kawa, Kuching. Remaja berkenaan pada petang hari yang sama telah membuat undian menerusi akaun Instagram memaparkan dua kotak undian tertulis ‘D’, bermaksud ‘die’, dan ‘L’ bermaksud ‘live’. Sebanyak 69 peratus undian dalam kalangan kenalannya mengundi ‘D’. (Berita Harian Online,16 Mei 2019)

Media sosial kini disalahgunakan untuk menyebar fitnah dan hasutan, sehingga menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman, keagamaan dan mencabar institusi raja-raja, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (Utusan Borneo Online, 11 Februari 2018)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial apabila sebanyak 48 pertuduhan telah difailkan di mahkamah bagi tempoh antara Januari sehingga September 2020. Angka tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 66% dan adalah lebih tinggi berbanding pada tahun 2019. Daripada jumlah 48 tersebut, 34 pertuduhan adalah melibatkan kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dengan perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 22 pertuduhan. Ini diikuti pula dengan kandungan jelik sebanyak sembilan (9) pertuduhan serta kandungan palsu sebanyak tiga (3) pertuduhan.

Undang-undang sedia ada yang menjadi pelindung kepada mangsa salahguna kebebasan bersuara adalah;

Seksyen 499 Kanun Keseksaan
Barangsiapa, sama ada dengan perkataan yang dituturkan atau yang dimaksudkan untuk dibaca atau dengan isyarat, atau dengan pernyataan zahir, membuat atau menyiarkan apa-apa tomahan mengenai seseorang, dengan maksud hendak merosakkan, atau dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayai bahawa tomahan itu akan merosakkan nama baik orang itu, adalah dikatakan, kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini,memfitnahkan orang itu.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998
Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.
(1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, melakukan suatu kesalahan.

Akta Hasutan 1948
Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang- undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang “mempunyai kecenderungan menghasut” sebagai suatu kesalahan jenayah.

Akta Fitnah 1957
Satu statut khusus untuk fitnah. Berdasarkan statut ini mangsa boleh memohon injunksi dan ganti rugi atas fitnah yang dibuat.

Namun peruntukan undang-undang semata-mata kelihatannya tidak cukup untuk mengawal manusia daripada bertindak sewenang-wenangnya terutama pada zaman dunia di hujung jari. Kesalahan di alam maya boleh menjadi lebih kejam apabila si pelaku boleh menggunakan akaun palsu bagi menyembunyikan identitinya dari dikenali.

Suara-suara fitnah, cerita palsu, aib, hasutan dan provokasi dipandang remeh kerana kebebasan bersuara amat sukar disekat apabila si pelaku tidak mempedulikan kesan besar terhadap hidup mangsa dan keluarga.

Oleh yang demikian, kesedaran awam adalah amat penting untuk memupuk budaya adab, ihsan dan manusiawi dalam mengamalkan kebebasan bersuara.

Kesedaran agama dan moral yang tinggi dapat memupuk sifat tanggungjawab di kalangan manusia di saat keterbatasan penguatkuasaan undang- undang.

Keimanan akan membawa kita menginsafi firman Tuhan di mana Allah s.w.t memerintahkan kita supaya mengucapkan perkataan-perkataan yang baik, sepertimana diwahyukan dalam Surah Al- Baqarah ayat 8 : “dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik”.

Syeikh Sa’di mengulas ayat berkenaan dengan menyatakan bahawa termasuk di dalam perkataan- perkataan yang baik itu ialah menyeru mereka kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada kemungkaran (kejahatan), mengajarkan mereka ilmu pengetahuan, menyebarkan salam serta senyuman, dan lain-lain lain (perkara) yang termasuk di dalam (lingkungan) kata-kata yang baik.

Apabila tidak semua manusia mampu membantu manusia (yang lain) dengan hartanya, mereka diperintahkan untuk berbuat baik (ihsan) kepada setiap makhluk dengan perkara yang mereka mampu iaitu berbicara dengan kata-kata yang baik. Termasuk di dalamnya, larangan daripada berbicara kepada sesama manusia dengan perkataan yang buruk sekalipun kepada orang kafir.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda :

“Sejahat-jahat hamba Allah ialah mereka yang berjalan membawa mulut, iaitu mengadu domba, yang suka memecah-belahkan antara orang-orang yang berkasih sayang, yang mencacatkan orang- orang yang suci dengan kata-kata yang jahat” [HR Ahmad (17998)]

Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut di dalam kitabnya bahawa Islam sangat marah terhadap orang yang gemar mendengar perkataan yang buruk, lalu segera menyampaikan kepada orang lain untuk bermusuh-musuhan atau kerana ingin menimbulkan fitnah, atau bertujuan untuk memporak-perandakan hubungan antara satu sama lain supaya hancur dan binasa.

Selain itu, perbuatan fitnah juga dilarang di dalam Islam. Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
“Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)” [HR al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

Menurut buku Hak Asasi Manusia dalam Islam oleh Sayyid Abul A’la Maududi, Islam memberikan kebebasan berfikir dan bersuara kepada semua rakyat dengan syarat ia digunakan untuk menyebarkan kebaikan dan bukan menyebar kejahatan. Sesungguhnya kebebasan bersuara untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran bukan hanya satu hak yang mesti diberi tetapi ia adalah kewajipan. Adalah menjadi hak dan kewajipan peribadi bersuara mencegah kemungkaran (kesalahan dan kejahatan), sama ada kemungkaran itu ditaja oleh peribadi atau satu kumpulan manusia atau kerajaan negara sendiri.Ia hendaklah mengecam secara terbuka kemungkaran yang berlaku dan menunjukkan pula jalan benar yang patut dilaksanakan.

Kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia yang dijamin perlembagaan negara serta deklarasi hak asasi manusia antarabangsa. Namun hak asasi manusia mestilah dijulang tanpa mengorbankan manusia yang lain, hatta dengan justifikasi kebebasan bersuara. Jika tidak, laungan hak asasi manusia itu hanya sekadar retorik yang merosakkan kemanusiaan dan kerukunan masyarakat.

The post Mengangkat Kemanusiaan Dalam Kebebasan Bersuara first appeared on Wanita Sejahtera.

Larangan Hijab: Hipokrisi Atas Nama Hak Asasi
Artikel ini adalah Bab 4 dari Siri “Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia” oleh Mardhiyyah Johari.

Hijab menurut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka ialah tudung labuh penutup bahagian kepala. Selembar kain yang menutupi kepala hingga dada wanita beragama Islam ini seringkali mencetuskan kontroversi sehingga terdapat negara yang mengharamkan pemakaiannya. Bahkan terdapat majikan yang memecat pekerjanya hanya kerana memilih untuk berhijab.

Pada 15 Julai 2021, Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah memutuskan bahawa majikan dibenarkan untuk melarang pemakaian simbol kepercayaan agama atau politik oleh pekerja seperti berhijab.

Ia bersandarkan alasan majikan atau syarikat perlu menunjukkan imej yang neutral terhadap pelanggan mereka serta bertujuan mengelakkan perselisihan sosial. Kes itu dibawa oleh dua orang wanita Jerman yang masing-masing bekerja di pusat jagaan kanak-kanak dan farmasi. Kedua-dua wanita tersebut tidak memakai hijab ketika mula bekerja namun melakukannya beberapa tahun selepas itu.

Selain itu, media pada 12 Mei 2021 melaporkan bahawa Presiden Perancis Emmanuel Macron melarang calon pilihan raya Muslim berpenampilan memakai hijab di poster kempen.

Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) menjamin kebebasan beragama dengan menyatakan bahawa:
‘Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan agama’.

Amnesty International sebuah badan hak asasi antarabangsa semasa sesi ke-55 Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Status Wanita menyatakan bahawa di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa setiap orang mempunyai hak untuk ekspresi dan kebebasan menzahirkan agama atau kepercayaannya. Cara seseorang itu berpakaian boleh menjadi ekspresi penting mengenai agama, budaya atau identiti peribadi, atau kepercayaannya. Maka secara amnya, hak kebebasan beragama atau kepercayaan dan kebebasan ekspresi membawa makna setiap manusia patut diberi kebebasan untuk memilih apa yang mahu atau tidak mahu dipakai.

Berhijab terkait kebebasan beragama dan ekspresi seseorang individu dalam memilih untuk berpakaian sesuai tuntutan agamanya. Namun larangan untuk memakai hijab sama ada daripada majikan mahupun Kerajaan adalah satu bentuk pencabulan hak asasi manusia kerana seseorang itu terhalang untuk mempraktiskan amalan agamanya kerana terdapat larangan daripada pihak yang berautoriti ke atasnya. Dalam erti kata yang lain, pilihan untuk berhijab adalah hak asasi seseorang individu, namun larangan berhijab adalah pencabulan hak asasi skala besar kerana ramai individu akan terkesan dan terhalang untuk mempraktiskan agamanya kerana larangan daripada pihak berkuasa tersebut.

Di saat semakin banyak pihak yang menunjukkan keterbukaan terhadap pemakaian hijab, Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah pula bertindak sebaliknya. Keputusan Mahkamah yang membenarkan majikan melarang pekerja memakai hijab boleh diintrepretasikan oleh masyarakat antarabangsa sebagai tidak mendukung hak kebebasan beragama. Malah apa yang lebih merisaukan ialah kes ini akan membuka ruang kepada lebih ramai majikan menekan pekerja yang berhijab supaya menanggalkan prinsip agama mereka.

Mereka terpaksa memilih antara prinsip agama atau kerja yang menjadi sumber pendapatan mereka. Walhal seiring perkembangan kesedaran tentang hak asasi manusia di seantero dunia, wanita tidak seharusnya tersepit dengan pilihan autokrasi seperti ini. Sebagai contoh tentera Afrika Utara membatalkan larangan pemakaian berhijab bagi wanita beragama Islam.

Selain itu, Perdana Menteri New Zealand turut menunjukkan keterbukaan dengan menyarung hijab secara terbuka.

Namun keterbukaan ini tidak seiring dengan diskriminasi yang masih berlaku secara meluas termasuklah di dalam negara kita, Malaysia.

Berita Harian bertarikh 28 Januari 2018 melaporkan bahawa Kementerian Sumber Manusia mendapati 13 hotel di Semenanjung Malaysia menetapkan dasar ‘standard grooming’ yang melarang pekerja wanita bertudung.

Malah umum mengetahui berkenaan larangan bertudung bagi pramugari syarikat penerbangan. Isu kebenaran bertudung di kalangan pramugari seolah-olah menjadi perdebatan politik mengatasi perbincangan ikhlas untuk menyelesaikan konflik sebenar melibatkan hak wanita di lapangan kerja.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato Siti Zailah Mohd Yusoff adalah antara pemimpin politik yang pernah mengangkat isu kebebasan hak untuk bertudung dengan menyarankan agar pramugari Malaysia Airlines Berhad (MAS) diberi pilihan untuk bertudung.

Namun saranan itu kelihatannya hanya mencetuskan perdebatan di kalangan politikus dan orang awam, namun tidak memuktamadkan apa- apa keputusan yang mengangkat hak pramugari untuk bertudung.

Ironi apabila juruterbang wanita masih dapat memberikan komitmen kerja terbaik walaupun dengan imej bertudung namun keistimewaan itu kelihatannya belum dapat dinikmati oleh pramugari.

Hakikatnya pemakaian hijab tidak menjejaskan prestasi kerja seseorang. Malah ramai wanita berhijab berjaya menunjukkan kecemerlangan di lapangan kerjaya masing-masing. Jutaan wanita berhijab yang bekerjaya profesional di seluruh dunia. Contohnya The Sun Daily bertarikh 9 Ogos 2021 melaporkan berkenaan pencapaian wanita berhijab bernama Fakhirah Khairuddin yang berjaya mendapat tempat untuk bekerja di TESLA, California. Malah akhbar antarabangsa The News bertarikh 6 januari 2021 memaparkan kejayaan Dr Farah Roslan, wanita berhijab dari Malaysia yang memperkenalkan tudung pakai buang untuk doktor Muslimah di Hospital Royal Derby Hospital, United Kingdom.

Pada masa ini pilihan untuk berpakaian sopan diangkat oleh pelbagai pihak merentasi agama. Ia tidak hanya diangkat oleh golongan islamis semata-mata.

Contohnya pasukan Gimnastik Jerman yang bertanding dalam Sukan Olimpik 2021 di Tokyo memilih untuk memakai pakaian yang bertutup penuh, tidak terdedah seperti kebiasaan pakaian atlet gimnastik. Mereka berpakaian sedemikian demi membawa mesej menentang amalan seksis terhadap wanita dan kebebasan berpakaian bagi wanita.

Penampilan pasukan Gimnastik Jerman ini diraikan dengan pujian meluas pelbagai pihak. Malah media antarabangsa melaporkan dengan respon positif.

Kita mengakui bahawa ini adalah perkembangan yang baik apabila atlet gimnastik Jerman dijulang kerana berpakaian sopan. Namun pada masa yang sama kita terpaksa menelan kenyataan pahit menyaksikan wanita Islam di beberapa negara Eropah yang memilih tindakan yang sama harus menghadapi diskriminasi secara sosial dan undang- undang.

Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa tidak akan berjaya menjadi undang-undang yang bersifat pelindung selama mana ia masih tidak dijadikan panduan dalam melindungi hak-hak manusia lain termasuklah hak kebebasan untuk berhijab bagi mana-mana wanita Islam.

Bagi wanita Islam, hijab membuat mereka rasa selamat dan dilindungi. Hijab adalah lambang perlindungan, kehormatan dan kemuliaan yang hadir bersama perintah agama melalui Surah An- Nur ayat 31:
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…”

Hikmah di sebalik hijab boleh dimengerti melalui Surah Al-Ahzab ayat 59:
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Apabila wanita memilih berpakaian sopan atau menjolok mata dihormati keputusan mereka atas dasar itu adalah pilihan mereka, justeru dikatakan menghormati mereka adalah bermakna menghormati hak asasi manusia.

Namun pada masa yang sama mereka yang memilih untuk meletakkan selembar kain menutupi kepala dan dada dipandang penuh negatif sehingga mereka perlu ke Mahkamah dan berhadapan dengan tekanan majikan bahkan Kerajaan hanya untuk mempertahankan hak mereka supaya dapat berpakaian menurut keyakinan agama mereka. Inilah satu hipokrasi atas nama hak asasi.

The post Larangan Hijab: Hipokrisi Atas Nama Hak Asasi first appeared on Wanita Sejahtera.

Murtad Dari Sisi Kebebasan Agama
Artikel ini adalah Bab 3 dari Siri “Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia” oleh Mardhiyyah Johari.

Agama menurut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kepercayaan pada Tuhan dan sifat- sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada Yang Maha Kuasa. Setakat buku ini ditulis, agama yang mempunyai penganut paling ramai di dunia pada masa ini ialah kristian dengan jumlah pengikut melebihi 2 bilion diikuti Islam dengan anggaran pengikut sekitar 1.8 bilion.

Agama dengan jumlah pengikut ketiga terbesar di dunia ialah hindu iaitu sekitar 1.1 bilion, seterusnya agama Buddha dengan anggaran 500 juta pengikut di kedudukan keempat.

Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan jumlah negara-negara yang tidak beragama/tidak mengamalkan agama semakin bertambah, namun dalam masa yang sama perkembangan agama tetap berlaku dengan pesat.

Satu kaji selidik dijalankan oleh Gallup International dan WI Network dengan 63,898 wawancara menunjukkan 90% penduduk di China menganggap diri mereka atheis atau tidak beragama. Situasi ini berpunca daripada pemerintahan komunis selama berdekad-dekad yang membentuk fahaman tidak percaya kepada konsep agama dan ketuhanan. Selain China, kajian ini mendapati rakyat Sweden dan Czech juga mendakwa bahawa mereka atheis atau tanpa agama. Pemerintah Sweden telah melakukan kajian sendiri dan mendapati hanya 8% rakyatnya masih menghadiri acara keagamaan secara konsisten.

Agama yang berkembang paling pesat di dunia adalah Islam berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pew Research Centre.Jumlah Muslim dijangka bertambah sebanyak 70% pada tahun 2060, dari 1.8 bilion kepada menghampiri 3 bilion.

Dari keseluruhan penduduk dunia, hanya 15.58% yang tidak berpegang pada mana-mana agama (religiously unaffiliated), manakala bakinya adalah pengikut agama yang pelbagai.

Maka secara faktanya, jumlah manusia yang berpegang kepada agama masih mendominasi populasi dunia. Justeru itu agama adalah satu isu fundamental yang mesti diberi perhatian serius dan tidak boleh sama sekali diremehkan dalam berbicara tentang hak-hak asasi manusia.

Malaysia adalah sebuah negara dengan jumlah penganut agama yang paling besar adalah Islam dengan 61.3%, seterusnya Buddha (19.8%), Kristian
(9.2%) dan Hindu(6.3%).

Agama Islam adalah agama persekutuan sepertimana termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, manakala Perkara 11(1) Perlembagaan memberikan jaminan hak kebebasan beragama. Kebebasan beragama di negara ini diikat dengan Perkara 11(4) di mana undang-undang negeri boleh mengawal dan menyekat doktrin atau kepercayaan agama lain dikembangkan di kalangan Muslim.

Isu yang mencabar penilaian minda dan nurani kita berkenaan hak asasi manusia dalam soal beragama ialah murtad, iaitu keluar daripada Islam.

Terdapat tanggapan bahawa melarang seseorang Muslim itu keluar daripada Islam adalah satu paksaan dalam beragama, justeru tuduhan dilempar bahawa ajaran Islam mengandungi pemaksaan yang melanggar hak asasi manusia.

Tanggapan yang dibuat secara semborono tanpa ilmu hanya menampakkan kedangkalan pemikiran. Tuduhan secara rambang tanpa sifat peduli untuk mengetahui duduk perkara sebenar adalah musuh kepada perpaduan antara penduduk berbilang bangsa dan agama.

Oleh itu, amat mustahak untuk kita mengetahui pendirian Islam terhadap orang yang murtad, adakah benar terdapat paksaan hingga diperintahkan hukuman bunuh terhadap mereka yang keluar dari Islam? Adakah terdapat kontradiksi antara pendirian Islam dan hak asasi manusia?

Jika kita rujuk kepada dokumen hak asasi antarabangsa iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pada Perkara 18, memperuntukkan kebebasan beragama secara mutlak :
“Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan ugama; hak ini termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti ugama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan.”

Manakala dalam dokumen hak asasi manusia antarabangsa yang ditandatangani negara-negara Islam, Perkara 10 Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam menyebut bahawa Islam melarang sebarang unsur tekanan terhadap manusia mahupun eksploitasi kemiskinan dan kejahilan sebagai satu paksaan ke atas seseorang untuk menukar agamanya.

ARTICLE 10:

“Islam is the religion of true unspoiled nature.It is prohibited to exercise any form of pressure on man or to exploit his poverty or ignorance in order to force him to change his religion to another religion or to atheism.”

Manakala Al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 256 dengan jelas menegaskan :
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Terdapat perbezaan pandangan ulama’ mengenai hukuman ke atas orang yang murtad.

Secara ringkasnya, kebanyakan ulama terdahulu berpegang teguh bahawa murtad dikenakan hukuman hudud manakala terdapat ulama kontemporari mengatakan tiada ketetapan mengenai hukuman murtad atau dalam erti kata lain ianya adalah takzir. Pendapat kedua ini dipelopori oleh ulama kontemporari seperti Abd al-Mutaali al- Saidi, Ibrahim al-Nakhai, Muhammad Abduh, Mohamad Hashim Kamali dan lain-lain lagi. Pada dasarnya hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya takzir. Golongan ini berpendapat umpamanya pandangan Abd al-Mutaali al-Saidi iaitu manusia diberikan kebebasan beragama mengikut pilihannya.

Faktor yang menyebabkan Rasululullah s.a.w menyatakan hukuman bunuh pada kesalahan murtad bukanlah kerana kemurtadan mereka tetapi berfaktorkan pemberontakan menentang Islam. Terdapat juga kritikan ulama terhadap kesahihan dan darjat hadith “sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh”. Hadith ini adalah hadith ahad dan tidak kuat untuk dijadikan hujah kepada sesuatu hukum menurut ilmu usul fiqh.

Pandangan kedua ini selari dengan pendapat daripada Sheikh al-Azhar iaitu Sheikh Mahmoud Syaltut yang disiarkan dalam laman web Dar al Ifta’ Mesir. Beliau berpandangan bahawa membunuh orang yang murtad bukanlah hukum had.Jika dapat dirumuskan bahawa sesungguhnya hudud tidak sabit dengan hadith ahad (lawan kepada hadis mutawatir), maka kafir seorang diri tidak menghalalkan darahnya untuk dibunuh. Sebaliknya hukum bunuh hanyalah terhadap kafir jenis muharabah (permusuhan dan percubaan fitnah terhadap agama) kerana zahir ayat Quran melarang paksaan dalam agama. Maka hukum bunuh terhadap orang murtad tidak terjadi semata-mata kerana perbuatan murtad sahaja, tetapi kerana ada elemen tambahan yang memecah belahkan jemaah Islam iaitu menggunakan riddah untuk memalingkan Muslimin dari agama mereka, maka ini adalah harbun(perang) dalam agama.

Sheikh Mahmoud Syaltut berpendapat bahawa orang murtad tidak dikenakan hukuman duniawi melainkan hanya hukuman moral dan itu diserahkan hanya kepada Allah. Alasannya berdasarkan ayat 217 Surah Al-Baqarah.

Di Malaysia, undang-undang jenayah syariah berkaitan murtad adalah tidak seragam. Sepertimana diketahui, undang-undang syariah adalah tertakluk pada bidang kuasa negeri. Terdapat enakmen jenayah syariah yang menggunapakai istilah murtad seperti Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II (Kelantan) 1993. Namun kebanyakan negeri-negeri tidak menggunakan istilah murtad sebaliknya menggunakan istilah yang berkaitan dengan kesalahan tersebut sahaja seperti ‘percubaan murtad’ yang digunakan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995.

Seksyen 63(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah memperuntukkan mengenai kesalahan percubaan murtad. Peruntukan tersebut menyatakan bahawa :
“Apabila seseorang Islam dengan sengaja, sama ada dengan perbuatan atau perkataan atau dengan cara apa jua pun, mengaku hendak keluar dari agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, Mahkamah hendaklah, jika berpuashati bahawa seseorang itu telah cuba menukarkan iktikad dan kepercayaan agama Islam sama ada dengan pengakuan atau perbuatannya sendiri, memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut Hukum Syarak.”

Manakala Melaka turut menggunakan istilah “percubaan murtad” dalam enakmennya tetapi berbeza sedikit hukuman yang dikenakan berbanding dengan kesalahan percubaan murtad di negeri Sabah iaitu Mahkamah Syariah Melaka akan memerintahkan orang tersebut supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam dalam tempoh tidak melebihi enam bulan berdasarkan Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. Manakala Selangor pula menggunakan istilah “mendakwa bukan Islam” dan jika sabit kesalahan, pesalah akan didenda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun berdasarkan seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1992.

Secara umumnya murtad tetap dianggap sebagai kesalahan dalam undang-undang jenayah Syariah di Malaysia namun berbeza istilah dan hukumannya dalam enakmen negeri-negeri.

Sebagaimana rakyat sesebuah negara terikat dengan undang-undang negara tersebut maka penganut sesuatu agama juga adalah terikat dengan peraturan agama yang dianuti. Seseorang yang tidak mementingkan ketaatan pada agama tidak sewajarnya mempertikaikan pendirian mereka yang taat untuk terus konsisten mematuhi segala perintah dan larangan dalam agama yang mereka imani.

Melakukan sesuatu yang memudharatkan dan merosakkan imej negara secara terang-terangan adalah satu pengkhianatan terhadap negara dan mempunyai hukumannya.

Bahkan bagi mereka yang menjadi perisik atau spy dan menyalurkan maklumat rahsia sesebuah negara kepada negara lain, jika tertangkap akan dibunuh. Sebagai contoh BBC News bertarikh 20 Julai 2020 melaporkan Iran menjatuhkan hukum bunuh kepada bekas pekerja di Kementerian Pertahanannya yang menjadi perisik bagi pihak US dan Israel sehingga membawa kepada pembunuhan Qasem Soleimani.

The New York Times bertarikh 20 Mei 2017 pula melaporkan Kerajaan China telah memenjarakan atau menjatuhkan hukum bunuh terhadap 18 hingga 20 orang perisik CIA dari tahun 2010 hingga 2012.

Tiada siapa mempertikaikan hukuman keras ke atas pengkhianat negara. Maka begitu jugalah penilaian yang adil harus diberikan terhadap Islam tanpa dipengaruhi sentimen islamophobia.

Pengiystiharan murtad secara terang-terangan sebagai provokasi terhadap ummat Islam, seterusnya disusuli perbuatan-perbuatan yang bersifat memerangi Islam dan ummatnya sehingga mencetuskan kacau bilau, mudharat, permusuhan dan merosakkan keamanan adalah satu pengkhianatan terhadap agama dan sudah pasti mempunyai hukumannya. Ia adalah perlindungan terhadap keamanan hidup beragama.

Hidup beragama adalah satu hak asasi manusia yang dijamin negara dan didukung deklarasi hak asasi manusia antarabangsa.

Maka peraturan yang melarang keluar agama sewenang-wenangnya serta larangan perbuatan khianat yang menimbulkan permusuhan dan kacau bilau ke atas penganut sesuatu agama bukanlah satu kontradiksi hak asasi sebaliknya adalah satu bukti perlindungan hak asasi manusia.

The post Murtad Dari Sisi Kebebasan Agama first appeared on Wanita Sejahtera.

Iktiraf Gender Ketiga Memprejudiskan Hak Wanita
Artikel ini adalah Bab 2 dari Siri “Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia” oleh Mardhiyyah Johari.

Dunia maya Malaysia dikejutkan dengan iklan SUHAKAM bertarikh 14 Jun 2021 yang mencari penyelidik untuk mengkaji berkenaan pengiktirafan jantina ketiga di negara ini. Iklan tersebut yang disiarkan di laman facebook SUHAKAM menyatakan tajuk kajian ialah ‘Feasibility of Having Legislation on The Recognition of a Third Gender in Malaysia’. SUHAKAM mensasarkan dapatan kajian (research outcome) tersebut akan menjadi asas kepada reformasi undang-undang (law reforms) ke arah mengiktiraf gender ketiga di Malaysia.

Tindakan SUHAKAM itu telah membawa kepada bantahan lebih 150 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. Gabungan NGO itu berkata, SUHAKAM sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia seharusnya mengambil kira pandangan semua pemegang taruh dalam mengangkat apa-apa isu hak asasi manusia.

Mereka menegaskan bahawa :
“Kami membidas tuduhan anti ilmu dan anti intelektual yang dikenakan kepada sesiapa yang membantah kajian ini kerana ahli akademik dalam gabungan NGO ini secara jelas mengenal pasti ketidakbebasan penyelidik apabila sebarang hasil atau dapatan kajian mestilah ke arah menyokong objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh SUHAKAM iaitu untuk membangunkan reformasi perundangan komprehensif bagi menetapkan garis panduan pengiktirafan gender untuk golongan transgender di Malaysia.”

Adakah pengiktirafan undang-undang terhadap gender ketiga merupakan sesuatu yang boleh diterima dalam negara kita? Pada masa ini individu yang mahu menukar jantina di Malaysia akan membuat permohonan di Mahkamah. Contohnya pada tahun 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pernah menolak permohonan seorang lelaki bernama Mohd. Ashraf Hafiz untuk menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.

Manakala pada 18 Julai 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan saman pemula dan pengisytiharan yang difailkan oleh seorang wanita supaya dia diisytiharkan sebagai lelaki. Ketua Pengarah JPN diarah menukar nama wanita itu dalam kad pengenalan dan menukar digit terakhir kad pengenalan kepada digit yang menunjukkan jantina lelaki. Dalam erti kata lain pada masa ini kebenaran menukar jantina diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan kes.

Malaysia mesti mengambil serius implikasi negatif yang bakal berlaku sekiranya gender ketiga diiktiraf di negara ini. Implikasi yang ketara adalah melibatkan hak-hak dan kepentingan wanita.

Sukan-sukan Bagi Kategori Wanita akan Disertai Atlet Lelaki

Sekiranya gender ketiga diiktiraf, maka atlet wanita terpaksa menerima hakikat bahawa sukan kategori wanita akan disertai lelaki yang menukar jantina kepada wanita. Kesannya atlet wanita terpaksa bertanding atas padang yang tidak sama rata kerana atlet lelaki semestinya mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

Sukan Olimpik di Tokyo tahun 2021 menjadi bukti apabila atlet angkat berat bernama Laurel Hubbard yang merupakan seorang lelaki secara biologi yang kemudiannya menukar jantina telah dibenarkan menyertai pertandingan angkat berat kategori wanita dan mencipta sejarah sebagai transgender pertama bertanding di Sukan Olimpik. Kritikan disuarakan atlet angkat berat Olimpik wanita, Tracey Lambrechs bahawa penyertaan transgender akan memusnahkan sukan kategori wanita kerana atlet wanita lambat laun tidak akan menyertai sukan yang mana mereka sedar tidak ada peluang untuk menang, sepertimana dilaporkan akhbar Dailymail UK bertarikh 23 Jun 2021.

Keadaan menjadi lebih parah apabila atlet wanita yang bersuara mengenai ketidakadilan yang berlaku diminta untuk diam. Reuters bertarikh 07 Mei 2021 melaporkan situasi seperti ini dialami Tracey Lambrechs apabila dia mempertikaikan ketidakadilan penyertaan atlet transgender Laurel Hubbard dalam sukan angkat berat wanita.

Suara atlet wanita berkenaan sukan wanita tidak lagi dominan dan dianggap prioriti kerana peluang juga diberikan kepada atlet transgender atas nama hak asasi apabila gender ketiga telah diterimapakai undang-undang setempat.

Sekiranya atlet wanita mahu mencabar pertandingan yang mereka rasakan tidak adil, mereka harus menempuh proses yang mencabar iaitu memfailkan tuntutan di Mahkamah. AP News bertarikh 13 Februari 2020 melaporkan bagaimana keluarga tiga pelajar perempuan yang merupakan atlet lumba lari sekolah telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah untuk menyekat atlet transgender daripada menyertai sukan kategori wanita di Connecticut.

Nama seperti Selina Soule menjadi popular kerana perjuangannya melindungi sukan wanita dari disertai atlet lelaki yang beridentiti wanita. Selina Soule sendiri adalah seorang atlet lumba lari remaja berpotensi besar yang hilang kelayakan untuk menyertai pertandingan di peringkat daerah dan New England kerana dikalahkan atlet transgender yang merupakan lelaki secara biologi sepertimana dilaporkan Independent Women’s Forum bertarikh 26 Jun 2020 .

Tempat-tempat Privasi Wanita Harus Dikongsi Dengan Lelaki Beridentiti Perempuan

Pengiktirafan gender ketiga memberi makna wanita terpaksa berkorban untuk berkongsi ruang privasi mereka dengan lelaki secara biologi. Contohnya seperti asrama dan tandas perempuan serta ruang wudhu dan solat wanita di masjid. National Post bertarikh 02 Ogos 2018 memaparkan kisah yang berlaku di Toronto .Seorang yang dikenali sebagai Hanna, 37 tahun terpaksa berkongsi bilik dengan lelaki yang beridentiti perempuan lalu Hanna mendakwa menjadi mangsa serangan seksual. Apabila beliau adukan kepada Pusat Sokongan Undang-Undang Hak Asasi Manusia (Human Rights Legal Support Centre), Hanna pula dikatakan oleh pusat hak asasi itu sebagai melakukan diskriminasi kerana merujuk teman sebiliknya sebagai lelaki (man).

Hanna yang menganggap dirinya sebagai seorang yang aktif dalam komuniti LGBTQ kini merasakan bahawa golongan wanita yang lemah tidak mampu menyuarakan hak jantina mereka sendiri kerana khuatir melanggar hak orang lain.

Manakala BBC News bertarikh 08 Jun 2016 melaporkan kemenangan seorang transgender dalam kes Mahkamah di Jersey apabila beliau mencabar penggunaan istilah jantina lelaki (gents) dan perempuan (ladies) yang digunakan di tandas.

Membuka Ruang Lebih Luas Kepada Penipuan Jantina Untuk Tujuan Jenayah

Seorang yang melakukan jenayah boleh menukar identiti kepada jantina berbeza untuk mengelakkan dirinya dari dicam atau dikenali, seterusnya memudahkan tindakan melarikan diri. Apa yang paling ditakuti ialah pemangsa seks boleh menyamar dengan menukar identiti jantina bagi memudahkan akses kepada mangsa.

The Press and Journal bertarikh 22 Jun 2018 berkongsi pengalaman seorang ibu yang cuba memperkenalkan dirinya sebagai lelaki telah mendapat akses dengan mudah daripada pihak pengurusan asrama untuk masuk ke bilik asrama lelaki (male dormitory). Ibu tersebut berasa takut andai kesempatan seperti itu disalahgunakan oleh pemangsa seks untuk mendapatkan akses dengan mudah ke dalam asrama wanita hanya dengan menukar identiti sebagai wanita.

Golongan wanita dan lelaki juga terdedah kepada keadaan di mana mereka akan berpasangan dengan ‘lelaki’ dan ‘wanita’ yang menyamar identiti. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh pesalah seksual wanita bernama Gayle Newland. Menurut laporan BBC News bertarikh 29 Jun 2017 Gayle Newland menyamar identiti sebagai lelaki lalu berpasangan dan melakukan hubungan intim dengan rakan perempuannya. Gayle Newland telah didapati bersalah oleh Mahkamah UK.

Pesakit Wanita Terpaksa Berkongsi Wad Dengan Pesakit Lelaki

Evening Standard bertarikh 11 Januari 2019 serta The Telegraph bertarikh 10 Januari 2019 melaporkan situasi yang berlaku di England yang mana pesakit lelaki dibenarkan untuk berkongsi wad dengan pesakit wanita di hospital-hospital apabila mereka memperkenalkan identiti mereka sebagai wanita. Malah laporan ini juga menyatakan bahawa tiada mana-mana perkhidmatan kesihatan (National Health Service) di UK mensyaratkan pesakit untuk menjalani transisi dari lelaki kepada wanita terlebih dahulu untuk mereka diberikan rawatan sebagai pesakit wanita, iaitu jantina yang dipilih.

Seterusnya laporan Express bertarikh 12 Januari 2019 menyatakan bahawa hospital-hospital di Britain telah secara rutin membenarkan pesakit lelaki yang memperkenalkan identiti mereka sebagai wanita untuk berkongsi wad dengan pesakit wanita. Laporan ini juga menyebut bahawa terdapat doktor yang mendakwa negara telah mengorbankan hak majoriti demi hak minoriti. Wad adalah tempat yang memerlukan perlindungan privasi bagi wanita, lebih-lebih lagi apabila mereka dalam keadaan sakit.

Keberadaan pesakit lelaki dalam wad pesakit wanita adalah gangguan terhadap privasi wanita.

Masalah Penempatan Banduan Penjara

Isu penempatan transgender wanita/ transwomen di penjara menjadi satu masalah besar bagi negara yang mengiktiraf gender ketiga. Pada masa ini mereka ditempatkan di penjara wanita dan seterusnya menimbulkan isu serangan seksual terhadap banduan wanita.

Mahkamah Tinggi England dan Wales baru-baru ini telah menolak permohonan daripada banduan wanita yang mencabar polisi menempatkan banduan lelaki secara biologi di penjara wanita. Dia sendiri mendakwa menjadi mangsa serangan seksual oleh banduan transgender. Mahkamah memutuskan bahawa tindakan menempatkan banduan transgender wanita/transwomen bersama dengan banduan wanita adalah tidak bersalahan undang-undang sepertimana laporan The Guardian pada 02 Julai 2021.

Laporan The Guardian bertarikh 11 Oktober 2018 pula mendedahkan kisah seorang transgender wanita/transwomen bernama Karen White yang diletakkan dalam penjara khusus wanita di UK. Dalam tempoh tiga bulan di penjara, dia telah melakukan serangan seksual terhadap dua banduan wanita. Masalah ini pasti menjadi tekanan besar bagi banduan wanita kerana penjara adalah tempat terkurung bagi mereka menjalani hukuman atas kesalahan masing-masing.

Namun sel sempit dan tandas penjara harus dikongsi pula dengan banduan lelaki yang memperkenalkan diri dengan identiti wanita.

Isu ini diangkat media Fair Play for Women betarikh 16 Mei 2021 dan 11 November 2020 yang melaporkan ketua penjara meletakkan banduan transgender bersekali dengan banduan wanita hanya atas alasan mereka perlu bergaul dengan wanita. Isu penempatan transgender dalam penjara wanita ini telah dibawa ke Mahkamah apabila terdapat banduan wanita yang memfailkan saman terhadap Kerajaan UK untuk mencabar polisi menempatkan banduan transgender dalam sel wanita.

Konflik Rumah Tangga Apabila Pasangan Menukar Jantina

Pengiktirafan gender ketiga membawa kepada konflik baru rumah tangga apabila situasi suami atau isteri tiba-tiba menukar jantina berlaku. Mangsa yang paling malang dalam situasi ini pastilah anak-anak yang akan keliru dan kehilangan watak asli ayah atau ibu. Frasa “suamiku kini isteriku” atau “isteriku kini suamiku” seperti disiarkan The Establishment pada 14.11.2016 akan menjadi biasa dalam masyarakat. Hatta pasangan yang telah berkahwin selama tiga puluh tahun tidak terkecuali berhadapan konflik kekeliruan seperti ini seandainya gender ketiga diterima (The Florida Times-Union, 21 Ogos 2015).

Apa yang lebih membimbangkan adalah keruntuhan rumah tangga apabila suami atau isteri menukar jantina. Fakta menunjukkan Pendaftar Perkahwinan di Singapura telah membatalkan perkahwinan-perkahwinan yang pada asalnya didirikan oleh pasangan lelaki dan wanita, namun kemudiannya salah seorang pasangan mengubah jantina lalu menjadikan perkahwinan itu sebagai perkahwinan sama jantina.

Golongan Lelaki Mengandung

Adakah masyarakat kita sudah bersedia atau sanggup untuk melihat suasana golongan lelaki mengandung kelihatan di mana-mana apabila gender ketiga diiktiraf? Itulah keadaan yang berlaku apabila golongan wanita yang masih mempunyai rahim, namun menukar identiti menjadi lelaki. Mereka mahu mempunyai anak lalu memilih untuk mengandung walaupun fizikal mereka kelihatan lelaki seperti bermisai dan berjanggut.

Situasi ini dapat dilihat dalam laporan NBC News bertarikh 19.05.2019 (Trans dads tell doctors: ‘You can be a man and have a baby’) dan 02 Julai 2021 (Thomas Beatie – He was famous for being ‘the pregnant man’) serta The Guardian bertarikh 20 April 2019 (The dad who gave birth: ‘Being pregnant doesn’t change me being a trans man’).

Ibu Tumpang / Surrogate Mother

Bagi golongan lelaki gay pula, mereka yang mahu memiliki anak memilih untuk mendapatkan ibu tumpang (surrogate mother). Terdapat seorang nenek di Nebraska yang menjadi ibu tumpang untuk anak lelakinya seorang gay (BBC News, 02 Disember 2020). Bayi tersebut adalah hasil persenyawaan sperma pasangan lelakinya serta ovum kakaknya. Malah terdapat laman web surrogate.com bagi pasangan gay mencari ibu tumpang. Situasi bercelaru seperti ini pasti akan merosakkan nasab masyarakat. Malah amalan ini jika dimulakan pasti mencetuskan kekeliruan berbahaya terutama kepada generasi anak-anak yang lahir dari kepincangan susur galur yang dicipta oleh golongan melawan fitrah.

Anugerah Wanita Direbut Lelaki

Pengiktirafan gender ketiga bermaksud lelaki secara biologi yang menukar identiti kepada wanita akan bersaing bagi merebut anugerah yang dikhususkan untuk wanita. Wanita yang selama ini perlu bersaing di lapangan kerjaya dan politik untuk mendapat tempat yang didominasi lelaki, kini terpaksa bersaing hanya untuk mendapat anugerah yang terhad untuk jantinanya sendiri.

Nisha Ayub sebagai contoh seorang transgender wanita/transwomen telah menerima anugerah U.S. International Women of Courage Award pada tahun 2016 yang sepatutnya menjadi milik golongan wanita asli.

The post Iktiraf Gender Ketiga Memprejudiskan Hak Wanita first appeared on Wanita Sejahtera.

Hukuman Mati: Antara Hak Asasi Pembunuh dan Hak Asasi Mangsa
Artikel ini adalah Bab 1 dari Siri “Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia” oleh Marhiyyah Johari.

Hukuman mati adalah satu bentuk hukuman yang telah sekian lama dilaksanakan namun kini berhadapan desakan untuk dihapuskan atas nama hak asasi manusia. Menurut Amnesty International, sebanyak 108 negara telah menghapuskan hukuman mati setakat akhir tahun 2020.

Ini menunjukkan bahawa trend dunia ke arah memansuhkan hukuman mati. Hanya sebilangan kecil negara yang masih melaksanakan hukuman mati.

Tulisan ini tidak berbicara tentang hukuman mati bermotif politik sepertimana yang harus ditempuh Socrates di zaman silam dan Mohamed Morsi pada zaman ini.

Sebaliknya tulisan ini membincangkan mengenai hukuman mati ke atas mereka yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan jenayah khususnya perbuatan membunuh, setelah melalui proses perbicaraan di Mahkamah.

Amnesty International, sebuah gerakan hak asasi antarabangsa menyatakan pendirian menolak hukuman mati secara total tanpa mengambilkira siapakah yang membunuh, jenis dan keadaan jenayah mahupun kaedah pelaksanaan hukuman mati. Gerakan ini menganggap hukuman mati adalah hukuman yang sangat kejam, tidak berperikemanusiaan dan hina. Mereka menegaskan bahawa hukuman mati adalah perlanggaran hak asasi manusia yang dijamin Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Memetik pandangan Amnesty International:

“The death penalty is the ultimate cruel, inhuman and degrading punishment. Amnesty opposes the death penalty in all cases without exception – regardless of who is accused, the nature or circumstances of the crime, guilt or innocence or method of execution.

Amnesty International holds that the death penalty breaches human rights, in particular the right to life and the right to live free from torture or cruel, inhuman or degrading treatment or punishment. Both rights are protected under the Universal Declaration of Human Rights, adopted by the UN in 1948.”

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersetuju supaya hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya sepertimana yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2019.

Berikut adalah senarai syor daripada SUHAKAM berkenaan hukuman mati sebagaimana yang terkandung dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2019.

Cadangan penggantian hukuman mati dengan penjara seumur hidup bagi tempoh 30 tahun adalah selari dengan pendirian tetap SUHAKAM bahawa hukuman mati hendaklah dimansuhkan sepenuhnya.

Dalam merangka pembaharuan undang- undang bagi tujuan pemansuhan hukuman mati, SUHAKAM melihat keperluan terhadap kerajaan untuk mempertimbangkan semula kewajaran hukuman mati berbanding tahap keseriusan semua kesalahan yang membawa hukuman mati dalam undang-undang Malaysia pada masa ini, dan bertindak progresif daripada sistem keadilan jenayah yang bersifat pembalasan (retributive justice) kepada sistem keadilan jenayah yang bersifat pemulihan (restorative justice).

Sungguhpun begitu, SUHAKAM tidak bersetuju dengan hukuman penjara sepanjang hayat dan hukuman sebatan sebagai hukuman alternatif kepada hukuman mati. Hukuman penjara sepanjang hayat menafikan banduan daripada sebarang harapan untuk pemulihan dan integrasi semula dalam masyarakat manakala hukuman sebatan adalah bertentangan dengan hak kepada kebebasan daripada sebarang bentuk penyeksaan dan hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Perlindungan dan panduan amalan terbaik yang cukup perlu diwujudkan dan dilaksanakan dalam memastikan mahkamah turut mengamalkan penghukuman yang mencapai matlamat yang sama, iaitu pemulihan dan integrasi semula dengan masyarakat.

Keadaan penjara dan tahap layanan terhadap banduan mestilah diperbaiki bagi memastikan pemenjaraan tidak menjadi hukuman berganda yang kejam dan menjatuhkan maruah bagi banduan.

SUHAKAM menyeru agar semakan dan penghukuman semula hukuman dijalankan ke atas semua banduan akhir sedia ada dengan tujuan sama ada hukuman mati mandatori digantikan dengan hukuman penjara pro rata atau banduan dibebaskan dengan syarat.

Cadangan pelaksanaan diyat sebagai hukuman alternatif untuk menggantikan hukuman mati mandatori atas kesalahan membunuh barangkali akan bercanggah dengan pendirian SUHAKAM supaya hukuman mati dimansuh sepenuhnya memandangkan cadangan tersebut masih berdasarkan premis bahawa mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati, diyat dan/atau penjara dengan pengampunan atas pilihan wakil keluarga si mati.

Seksyen 426 Kanun Prosedur Jenayah sudah pun boleh digunapakai oleh Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan perintah pembayaran pampasan kepada wakil si mati selepas hukuman dijatuhkan bagi jenayah membunuh. Oleh itu, keperluan untuk memperkenalkan diyat sebagai hukuman alternatif atau sebagai langkah untuk meringankan beban keluarga si mati boleh dipersoalkan. Selain itu, tanpa perlindungan yang berkesan, tiada jaminan bahawa pelaksanaan diyat akan memberi layanan yang setimpal kepada pesalah dari segi keadilan terutamanya dari segi perbezaan kemampuan kewangan.

Dalam erti kata lain, SUHAKAM tidak sekadar berpendirian bahawa hukuman mati perlu dimansuhkan sepenuhnya. Malah SUHAKAM tidak bersetuju hukuman mati digantikan dengan penjara sepanjang hayat, sebatan ataupun diyat. Sebaliknya meminta hukuman mati mandatori ke atas banduan akhir digantikan dengan hukuman penjara pro rata atau banduan dibebaskan dengan syarat. Alasan SUHAKAM adalah sistem keadilan jenayah yang

bersifat pembalasan (retributive justice) hendaklah diubah kepada sistem keadilan jenayah yang bersifat pemulihan (restorative justice).SUHAKAM turut membangkitkan mengenai pemulihan dan integrasi semula banduan dengan masyarakat.

Persoalannya, adakah penghapusan hukuman mati bertepatan dengan keadilan dan hak asasi manusia?

Antara kesalahan-kesalahan yang dijatuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia adalah kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala bagi kesalahan lain yang turut memperuntukkan hukuman mati seperti melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan

Agong, Raja atau Yang di-Pertuan Negeri sepertimana dalam Seksyen 121 Kanun Keseksaan, Mahkamah masih diberi budi bicara untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati seperti penjara atau denda.

Pandangan untuk memansuhkan hukuman mati masih boleh diterima untuk kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan nyawa manusia lain. Sebagai contoh, Malaysia mengambil langkah positif dengan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 2017 yang secara relatif boleh mengurangkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah.

Namun pendirian untuk memansuhkan hukuman mati secara total termasuk bagi kesalahan membunuh dengan sengaja adalah melanggar prinsip keadilan dan hak asasi yang melindungi nyawa manusia.

Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) menjamin hak kepada nyawa dengan menyatakan bahawa ‘setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri’.

Bagaimana pada satu sisi undang-undang antarabangsa memberi perlindungan kepada hak seseorang manusia untuk hidup, namun pada masa yang sama mahu melindungi pembunuh yang menafikan hak manusia lain untuk terus hidup? Pendirian ini sangat ironi dan kontradik.

Adalah suatu sikap yang tidak manusiawi bagi pihak berautoriti untuk memberikan prioriti simpati kepada pembunuh melebihi mangsa dan keluarga mangsa. Keadilan mesti ditegakkan untuk mangsa walaupun dia sudah tidak bernyawa.

Sepertimana kata Lord Hewart di dalam kes Rex v. Sussex Justices, [1924] 1 KB 256 , keadilan tidak hanya mesti dilaksana tetapi mesti dilihat dilaksanakan (Justice must not only be done, but must also be seen to be done).

Seandainya kita merenung kembali satu demi satu kisah pembunuhan kejam yang berlaku dalam negara ini :

Noor Suzaily Mokhtar, seorang jurutera komputer yang dirogol, diliwat dan dibunuh pada 7 Oktober 2000 oleh pemandu bas yang mangsa naiki. Selain diliwat dan dirogol, mangsa juga dipukul tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan terdapat lebih empat puluh kecederaan di tubuhnya. Mangsa kemudiannya dicampak dalam keadaan bogel di kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan.

terdiri daripada pemandu, peguam peribadi serta pegawai bank. Sosilawati dilaporkan hilang sejak 30 Ogos 2010 dan kemudiannya pihak polis mendapati mangsa dibunuh dengan kejam pada 12 September 2010. Polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai.

Allahyarham Zulfarhan Osman, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru berusia 21 tahun ketika dipukul sampai mati dipercayai oleh rakan-rakan seuniversitinya. Mangsa dibelasah dengan tanpa perikemanusiaan menggunakan getah paip, penyangkut baju serta ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga cedera parah dan menghembuskan nafas yang terakhir. Kesalahan berlaku di asrama pada 22 Mei 2017.

Seorang wanita berusia 38 tahun dikatakan tidak pulang ke rumahnya selama beberapa hari meninggalkan dua cahaya mata berusia tiga dan empat tahun. Kehilangannya terjawab apabila mayat mangsa ditemui dalam tong biru di kawasan ladang serai di Bandar Penawar. Mangsa dipercayai ditembak oleh suaminya sendiri dengan senapang angin ketika sedang tidur.

Canny Ong seorang penganalisis teknologi maklumat di Amerika Syarikat pulang ke Malaysia untuk menziarahi ayahnya yang sakit. Pada 13 Jun 2003, sehari sebelum kembali ke US beliau keluar untuk makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan. Beliau kemudiannya didapati hilang. Mayat Canny Ong ditemui dalam keadaan hangus dalam lubang sempit di tepi lebuh raya dengan ditindih oleh dua tayar besar berisi simen. Canny Ong telah dirogol di dalam kereta dan dibunuh dengan tikaman pisau.

Ini hanyalah beberapa kisah daripada ribuan kisah pembunuhan kejam dan mengerikan yang berlaku dalam negara kita. Bagaimana kita mampu berasa simpati dan bersifat mahu melindungi manusia yang telah memperlakukan manusia lain dengan sangat kejam sehingga kehilangan nyawa?

Hak untuk hidup adalah hak asasi manusia yang pertama dan terawal diiktiraf oleh Islam.Hak ini dinukilkan dalam Surah al-Maidah ayat 32 yang bermaksud :
“Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.”

Perbuatan membunuh adalah dilarang dalam Islam sepertimana dinyatakan dalam ayat 151 surah Al- An’am :
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar

Walaupun dalam undang-undang Islam ada memperuntukkan ganti hukuman bunuh kepada diyat (pampasan) bagi pembunuh jika mendapat kemaafan daripada waris mangsa bunuh, namun kemaafan itu tidak boleh dipaksakan ke atas waris. Terdapat aktivis hak asasi manusia yang menggesa dimansuhkan hukuman mati dan meminta agar keluarga mangsa bunuh memilih kemaafan berbanding hukuman bunuh.

Setiap kes adalah berbeza. Begitu juga keadaan sesebuah keluarga adalah tidak sama antara satu dengan yang lain.Oleh yang demikian hak untuk memaafkan atau sebaliknya adalah hak waris mangsa sepenuhnya tanpa perlu ada campur tangan negara. Memansuhkan hukuman mati secara total adalah ibarat mengambil alih hak kemaafan daripada keluarga mangsa kerana bukan semua waris sanggup melihat pembunuh ahli keluarga mereka terlepas daripada hukuman setimpal.

Analoginya seperti hutang. Jika ada pemiutang yang mahu menghalalkan hutangnya kepada penghutang maka itu adalah baik. Namun kita tidak boleh memaksa kesemua pemiutang menghalalkan hutang atas alasan menghalalkan hutang adalah satu amalan yang baik.

Berdasarkan Statistik Jenayah 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah kes bunuh pada tahun 2018 sahaja adalah sebanyak 323. Seandainya hukuman bunuh dimansuhkan sudah pasti akan menghilangkan kegerunan bagi manusia yang berniat jahat dan merancang kejahatan, ianya pasti lebih sukar diterima oleh keluarga mangsa pembunuhan kejam.

Penghapusan hukuman bunuh adalah satu ketidakadilan dan penafian hak mangsa bunuh serta keluarga mangsa. Di samping itu tidak ada jaminan menyakinkan bahawa penghapusan hukuman bunuh secara total mampu mengurangkan kadar kes bunuh. Maka negara mengambil risiko kehilangan nyawa rakyat yang tidak berdosa dan pada masa yang sama perlu menanggung kos menguruskan banduan jenayah bunuh di dalam penjara. Ternyata ketaatan membuta tuli terhadap interpretasi hak asasi manusia menurut naratif barat hanya akan memperjudikan keadilan buat rakyat.

The post Hukuman Mati: Antara Hak Asasi Pembunuh dan Hak Asasi Mangsa first appeared on Wanita Sejahtera.