Admin - Wanita Sejahtera

Di mana Allah? Jawapan Imam Hanafi
Soalan:

Apakah benar imam besar para ulamak salaf iaitu Imam Abu Hanifah pernah ditanya tentang di manakah Allah? Kalau benar apakah jawapan Imam Abu Hanifah?

Jawapan:

Memadai sebagai jawapan persoalan ini disertakan perkataan Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fiqh Al-Absath:

قال الإمام أبو حنيفة “قلت: أرأيت لو قيل أين الله تعالى؟ فقال: يقال له كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء، وهو خالق كل شىء” الفقه الأبسط ضمن مجموعة رسانل أبي حنيفة بتحقيق الكوثري ص 25

Ertinya: “Telah berkata Imam Abu Hanifah: Tahukah kamu jikalau dikata orang di mana Allah? Berkata Imam Abu Hanifah: Dikatakan bagi yang bertanya itu Allah maha tinggi dan tiada bertempat sebelum mengadakan makhluk. Dan adalah Allah maha tinggi dan tiada ada Dia di mana dan bukan makhluk dan bukan suatu benda. Dia yang menjadikan sekalian suatu.” (Kitab Majmu’ah Rasail Abi Hanifah)

Dan berkata Imam Abu Hanifah dalam kitab Al-Fiqh Al-Akbar:

ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة حق”

Ertinya: “Dan bertemu Allah Taala bagi ahlu syurga tanpa cara dan tanpa menyerupakan dan tanpa arah itu adalah benar.” (Kitab Syarah Al-Fiqh Al-Akbar Syeikh Ali Mulla)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 11/7/2025

The post Di mana Allah? Jawapan Imam Hanafi first appeared on Wanita Sejahtera.

Bolehkah Solat Sunat Ketika Khutbah?
Setiap kali tiba hari Jumaat, masjid akan mula dipenuhi jemaah dari segenap arah. Ada yang datang awal sebelum azan, ada juga yang datang bila imam dah mula khutbah.

Waktu tu, kita akan nampak ada orang yang terus duduk dengar khutbah, tapi ada juga yang bangun solat sunat dua rakaat walaupun imam dah mula khutbah. Jadi, mulalah timbul persoalan, boleh ke solat sunat masa khutbah sedang berlangsung?

Sebenarnya, isu ini bukan perkara baru. Dalam masyarakat kita, ramai yang masih keliru. Ada yang takut nak solat sebab dikhuatiri dikatakan tak hormat khutbah. Ada juga yang pernah kena “jelingan tajam” dari pakcik masjid sebab solat masa khatib sedang berbicara.

Tapi, berdasarkan hadis sahih daripada Nabi SAW sendiri, solat sunat ketika khutbah khususnya solat Tahiyyatul Masjid adalah dibenarkan, malah pernah disuruh oleh Nabi SAW sendiri.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata:

جَاءَ رَجُلٌ وَالنَّبِيُّ ﷺ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَقَالَ: “أَصَلَّيْتَ؟” قَالَ: لَا، قَالَ: “قُمْ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ”

“Seorang lelaki datang (ke masjid) pada hari Jumaat sedangkan Nabi SAW sedang berkhutbah. Baginda bertanya kepadanya: ‘Adakah kamu telah solat?’ Lelaki itu menjawab: ‘Belum.’ Maka Baginda bersabda: ‘Bangunlah dan solat dua rakaat.’”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadis ini sangat jelas. Nabi SAW tidak melarang, bahkan menyuruh lelaki itu solat, walaupun ketika khutbah sedang berlangsung.

Maka ini menjadi hujah kukuh bahawa solat Tahiyyatul Masjid tetap digalakkan walaupun imam sudah mula berkhutbah.

Namun begitu, penting juga untuk diingat bahawa khutbah tetap wajib diberi perhatian. Jadi, solat sunat yang dilakukan ketika khutbah mestilah ringkas dan tidak memanjangkan bacaan. Cukuplah dua rakaat dengan surah pendek.

Jangan pula solat terlalu lama, membaca surah-surah yang panjang, rukuk dan sujud seperti sedang solat malam. Imam sudah masuk khutbah kedua, tetapi masih berada di rakaat pertama.

Keadaan ini bukan sahaja mengundang perhatian, malah boleh mengganggu jemaah lain yang sedang mendengar khutbah.

Kesimpulannya, solat sunat Tahiyyatul Masjid ketika khutbah adalah dibenarkan berdasarkan sunnah Nabi, dengan syarat ianya ringkas dan dilakukan sejurus masuk ke masjid.

Jangan takut untuk solat, tapi jangan pula terlebih panjang. Ikutlah petunjuk Rasulullah SAW, nescaya amalan kita lebih tenang, berpahala dan penuh adab.

(Artikel ini diambil daripada laman Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM yang diterbitkan pada 25 Julai 2025)

The post Bolehkah Solat Sunat Ketika Khutbah? first appeared on Wanita Sejahtera.

5 Tempat Menarik Wajib Dilawati di Negeri Melaka
Assalamualaikum buat peminat Kaki Travel, kami bawakan kali ini Travel Suri Hati di negeri Melaka. Siapa pernah pergi Melaka?

Kalau pernah pergi mesti teringat kenangan bercuti di negeri Melaka.

Jom Kita baca perkongsian dari penulis mengenai negeri Melaka.

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Penulis membawakan kali ini 5 Tempat Menarik yang wajib dilawati apabila bercuti ke Negeri Melaka.

Antaranya iaitu:

1. Melaka River Cruise.

Menyelusuri Sungai Melaka dengan bot River Cruise sudah semestinya menjadi aktiviti wajib ketika berkunjung ke Melaka. Pada waktu malam kita dapat menyelusuri Sungai Melaka dengan Limpahan Cahaya yang terang benderang. Selain itu, terdapat Kampung Melayu Tradisional yang mana dikenali sebagai Kampung Morten. Apabila menaiki¬ River Cruise, pengunjung dapat menyaksiakn deretan rumah tradisional yang cantic di tepi sungai.

Selain itu dapat menyelusuri beberapan jambatan yang ada iaitu Jambatan Hang Tuah, Jambatan Kampung Morten, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng. Akhir sekali pengunjung dapat menyaksikan seni mural di dinding bangunan yang terletak di kiri dan kanan sungai

Kredit: ˙https://melakakini.my/apa-yang-best-dengan-melaka-river…/

2. Menara Taming Sari.

Menara Taming Sari yang terletak di Bandar Hilir Melaka yang mempunyai ketinggian 80 Meter dan pengunjung berpeluang menaiki Menara ini yang berkaca tertutp yang akan naik ke atas dan berpusing 360 darjah secara berterusan. Pengunjung dapat melihat permandangan di sekitar Melaka

Kredit: https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-melaka/

3. Dataran Klebang (Pantai Klebang).

Pantai Klebang adalah pantai rekreasi awam dan bukanlah pantai peranginan dimana terdapat pelbagai kedai makan yang menggunakan bas lama sebagai tempat warung, mempunyai dataran yang luas untuk bermain layang-layang dan serta untuk berjalan di tepi pantai serta berkreasi.

Kredit: https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-melaka/

4. The Shore Sky Tower Melaka.

The Shore Sky Tower Melaka ini merupakan Bangunan Yang tertinggi di dalam Bandar Melak dan berketinggian sekitar 163 meter, ia lebih tinggi daripada Menara Taming Sari yang berketinggian 110 meter sahaja. Di Puncak bangunan ini pada aras 43 terdapat satu ruangan iaitu Sky Deck di mana lantainya adalah berkaca dan boleh berdiri melihat panorama Bandar Melaka. The Shore Sky Tower ini terletak dalam satu bangunan pusat membeli belah The Shore Melaka dan bersebelahan dengan The Shore Hotel dan Residence serta Swiss Garden Hotel Melaka.

Kredit: https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-melaka/

5. Melaka Wonderland Theme Park & Resort Melaka.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort Melaka ini terletak berhadapan dengan Zoo Melaka dan dikelilingi oleh hutan semula jadi yang bekeluasan 360 hektar. Taman tema air yang menggunakan 2 juta liter air ini adalah Tornado Chaser yang pertama di Malaysia, Adventure Island, Kamikaze Racer dan 1 Big Wave Pool. Selain water park, taman tema lain yang terdapat di sini adalah Taman Ekstrem, Taman Dinasour dan banyak lagi.

Kredit: https://www.maisinggah.com/taman-tema-air-di-malaysia…/

Wah sekarang dah tahu tempat menarik di Melaka kan? Jadi selepas PKPP ajaklah keluarga dengan kawan-kawan ke pergi bercuti di negeri Melaka. Tapi pastikan mengikut SOP yang ditetapkan. Kita Jaga Kita

Sebenarnya terdapat lagi banyak tempat menarik di negeri Melaka yang boleh dikunjungi. Jadi Jom bercuti ke Negeri Melaka.

The post 5 Tempat Menarik Wajib Dilawati di Negeri Melaka first appeared on Wanita Sejahtera.

“Saya bela kucing dalam rumah. Jiran saya tegur katanya bulu kucing yang gugur tu najis. Betul ke ni?”

Pertama sekali, mari kita tarik nafas dulu.  Kesian kucing. Dia tak patut dihukum sewenang-wenangnya!

Ya betul, ikut mazhab Syafi’i, bulu kucing yang tertanggal semasa ia hidup memang dikira najis..

Tapi RELAX dulu!

Najis tu DIMAAFKAN!

Kenapa?

Sebab kucing ni jenis suka buat “rounding” kat rumah, berlengkar dekat kaki, tidur atas sejadah, kadang-kadang tidur dalam bakul kain baju bersih kita (dengan muka tak bersalah). Nak elak bulu dia 100% tu kira ‘Mission Impossible’ lah.

Jadi bulu dia dikira najis yang ‘dimaafkan’ sebab terlalu susah nak dielakkan.

Dan part paling best, solat tetap sah kalau terkena bulu dia yang tertanggal tu. Jangan risau, tak payah ulang ambil wuduk 7 kali atau cuci sejadah di kedai dobi.

Ada satu kisah best. Seorang sahabat Nabi SAW tengah nak ambil wuduk, tiba-tiba datang seekor kucing minum air dalam bekas wuduk tu. Bukan dia halau, dia relakan je. Bila ditanya, dia jawab:

“Rasulullah SAW kata, kucing bukan najis. Dia binatang yang suka berkeliaran dengan manusia.”

(Hadis sahih, riwayat Abu Daud, Tirmizi dll.)

So.. untuk jiran yang tegur tu, bagitahu elok-elok. Setakat bulu kucing tu ok jer!

Kesimpulan:

1. Bulu kucing najis yang dimaafkan.

2. Solat sah walaupun ada bulu melekat di telekung atau sejadah.

3. Hati tenang untuk teruskan bela si comel.

Semoga Allah bagi kefahaman dan kasih sayang terhadap si manja berbulu.

(Penulisan ini diambil daripada laman facebook rasmi Bahagian Dakwah, JAKIM yang diterbitkan pada 23 Jun 2025)

The post  first appeared on Wanita Sejahtera.

Makna Tuhan dekat
Soalan:

Ada hadis yang berbunyi ‘Jika kamu dekati aku sejengkal maka aku dekatinya sehasta’. Apakah maksudnya?

Jawab:

Berkata Imam Jamaluddin Abu Fadhli Ibnu Manzhur pada kitab Lisanul Arab:

وفي الحديث (ومن تقرَّبَ إليَّ شِبرًا تقرَّبتُ إليه ذِراعًا)، المراد بقرب العبد من الله عزَّ وجلَّ القرب بالذكر والعمل الصالح، لا قُربَ الذات والمكان، لأن ذلك من صفات الأجسام، والله يتعالى عن ذلك ويتقدَّس

Ertinya: “Dan pada hadis (Qudsi): ومن تقرَّبَ إليَّ شِبرًا تقرَّبتُ إليه ذِراعًا ertinya: Siapa mendekatkan dirinya kepada Aku sejengkal nescaya Aku akan mendekatkan kepadanya sehasta.”

Yang dikehendaki akan maksudnya dengan dekat hamba kepada Allah Azza wa Jal itu ialah dekat dengan ingatan dan amal soleh. Bukan dekat dengan zat atau tempat dari kerana sungguhnya yang demikian itu adalah sifat makhluk yang bertubuh. Dan Allah maha suci dari yang demikian itu dan lepas dari yang demikian itu.”

Dan berkata Ibnu Manzhur lagi:

مَعْنَاهُ مَنْ أَطَاعَنِي أَثَبْتُهُ أَكْثَرَ مِنْ عَمَلِه

Ertinya: “Maknanya ialah barang siapa yang mentaati akan Aku maka Aku akan berinya pahala lebih banyak dari apa yang dia telah amalkan.”

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 28/6/2025

The post Makna Tuhan dekat first appeared on Wanita Sejahtera.

Solat Berdiri atau Solat Duduk
Berkata Imam Malik r.a.:

Daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘As r.a.:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : صَلَاةُ أَحَدِكُمْ وَهُوَ قَاعِدٌ مِثْلُ نِصْفِ صَلَاتِهِ وَهُوَ قَائِمٌ

Ertinya: “Sungguhnya Rasulullah sollalahu alaihi wasallam bersabda: Solat seorang kamu yang dia sedang duduk seumpama separuh solatnya yang dia sedang berdiri.”

Hadis yang semakna dengannya ada dikeluarkan juga oleh Imam Ahmad dan Muslim dan At-Tirmizi dan lainnya.

Keterangan

Hadis ini datang pada menerangkan sungguhnya solat duduk itu seumpama separuh solat berdiri dan keharusan solat sunat sambil duduk sekalipun ketiadaan uzur.

Solat berdiri

Ketahui olehmu bahawsanya jika seorang itu hendak bersolat maka diwajibkan ke atasnya berdiri dengan nas Al-Quran dan Sunnah dan setengah daripada rukun solat itu ialah berdiri betul yakni ke atas orang yang mampu maka tidak sah solat dalam keadaan duduk sekalipun ketika sedang musafir melainkan ada baginya uzur.

Allah Taala berfirman:

وَقُومُواْ لِلَّهِ قَٰنِتِينَ

Ertinya: “Berdirilah kamu sekalian bagi Allah dalam keadaan taat.” (Al-Baqarah: 238)

Dan diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain r.a. adalah Nabi sollalahu alaihi wasallam telah bersabda:

صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Ertinya: “Solatlah oleh kamu dalam keadaan berdiri kemudian jika kamu tidak mampu maka dalam keadaan duduk kemudian jika kamu tidak mampu maka berbaring di atas rusuk.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Berkata ulamak bermula hadis-hadis yang datang pada mensyaratkan berdiri ketika solat maka yaitulah solat fardu ketika tiada baginya uzur dan hadis-hadis yang datang pada membolehkan solat duduk tanpa uzur maka iaitu solat yang sunat.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah:

اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّ الْقِيَامَ رُكْنٌ فِي الصَّلاَةِ الْمَفْرُوضَةِ عَلَى الْقَادِرِ عَلَيْهِ

Ertinya: “Telah sepakat oleh fuqahak atas bahawasanya berdiri itu satu rukun di dalam solat yang fardu atas yang kuasa atasnya.”

Maksudnya siapa yang kuasa atasnya berdiri pada solat fardu lalu dia solat sambil duduk nescaya solatnya itu tidak sah kerana meningalkan satu rukun di dalam solat.

Solat duduk

Ketahui olehmu bermula solat dalam keadaan duduk itu berlaku pada dua keadaan yaitu ketika menunaikan solat sunat dan ketika menunaikan solat fardu kerana uzur.

Dan hadith yang didatangkan oleh Imam Malik ini ialah berkenaan solat sunat bukannya solat fardu ketika uzur yang ia akan disebut kemudian pada tempatnya.

Pada hadis Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘As r.a. itu Rasulullah sollalahu alaihi wasallam bersabda:

صَلَاةُ أَحَدِكُمْ وَهُوَ قَاعِدٌ مِثْلُ نِصْفِ صَلَاتِهِ وَهُوَ قَائِمٌ

Ertinya: “Solat salah seorang kamu dalam keadaan dia duduk ialah seumpama separuh solatnya dalam keadaan dia berdiri.”

Bermula yang dikehendaki dengan separuh pada solat duduk itu iaitulah pahalanya yakni siapa yang boleh berdiri tetapi dia kerjakan solat sunat dalam keadaan duduk maka pahalanya ialah separuh daripada pahala yang dia kerjakan dalam keadaan berdiri.

Imam Bukhari meriwayatkan di dalam sahihnya daripada ‘Imran bin Husain r.a. beliau berkata:

سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلاَةِ الرَّجُلِ قَاعِدًا، فَقَالَ : إِنْ صَلَّى قَائِمًا فَهُوَ أَفْضَلُ وَمَنْ صَلَّى قَاعِدًا، فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَائِمِ، وَمَنْ صَلَّى نَائِمًا، فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَاعِدِ

Ertinya: “Aku telah bertanyakan Rasulullah sollalahu alaihi wasallam daripada solat seorang lelaki dalam keadaan duduk lalu sabdanya: Sungguhnya jika dia telah solat dalam keadaan berdiri maka iaitulah lebih afdhal dan siapa yang telah solat dalam keadaan duduk maka baginya separuh pahala yang berdiri. Dan siapa yang solat dalam keadaan tidur maka baginya separuh pahala yang duduk.”

Dan sebahagian riwayat menambah solat sambil berbaring menyamai separuh pahala solat sambil duduk.

Diriwayatkan dalam Sunan Abi Daud daripada ‘Imran bin Husain r.a. sungguhnya beliau telah bertanyakan Rasulullah sollalahu alaihi wasallam daripada solat seorang lelaki dalam keadaan duduk lalu sabdanya:

صَلَاتُهُ قَائِمًا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهِ قَاعِدًا، وَصَلَاتُهُ قَاعِدًا عَلَى النِّصْفِ مِنْ صَلَاتِهِ قَائِمًا، وَصَلَاتُهُ نَائِمًا عَلَى النِّصْفِ مِنْ صَلَاتِهِ قَاعِدًا

Ertinya: “Solatnya dalam keadaan berdiri lebih afdhal dari solatnya dalam keadaan duduk. Dan solatnya dalam keadaan duduk atas separuh daripada solatnya dalam keadaan berdiri dan solatnya dalam keadaan tidur atas separuh daripada solatnya dalam keadaan duduk.”

Dan hadis ini menjadi dalil tidak wajib berdiri pada solat sunat yaitu sah dikerjakannya dalam keadaan duduk sekalipun dia mampu berdiri dengan ijmak dan sebab diharuskan duduk bagi solat sunat itu ialah kerana bilangannya yang banyak dan lagi menggalakkan pada berbuat ibadah.

Berkata Imam Nawawi:

يَجُوزُ فِعْلُ النَّافِلَةِ قَاعِدًا مَعَ الْقُدْرَةِ عَلَى الْقِيَامِ بِالْإِجْمَاعِ

Ertinya: “Harus berbuat solat yang sunat dalam keadaan duduk serta kuasa atas berdiri dengan ijmak.” (Kitab Al-Majmuk)

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:

ولا يجب القيام في النافلة، فتصح مع القدرة على القيام؛ لأن مبنى النوافل على التيسير والأخذ بالرفق، ولأن النوافل كثيرة، فلو وجب فيها القيام شَقَّ وانقطعت النوافل

Ertinya: “Dan tidak wajib berdiri pada solat yang sunat maka sah solat serta kuasa atas berdiri kerana sungguhnya terbina segala solat yang sunat itu atas dipermudahkan dan mengambil dengan keringanan dan kerana sungguhnya segala solat sunat itu sangat banyak maka jikalau wajib padanya berdiri nescaya kesukaran dan terputus segala yang sunat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Dan tersebut pada kitab Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah:

اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى جَوَازِ التَّنَفُّل قَاعِدًا لِعُذْرٍ أَوْ غَيْرِ عُذْرٍ

Ertinya: “Telah sepakat oleh fuqahak atas harusnya solat sunat dalam keadaan duduk kerana uzur atau ketiadaan uzur.”

Dan telah lalu sebutnya bahawa solat yang fardu tiada harus padanya duduk dengan ketiadaan uzur maka jika ada bagi seorang itu uzur dari berdiri nescaya harus dia solat fardu tersebut sambil duduk dan pahalanya tidak berkurangan.

Berkata Syeikh Al-Mubarakfuri:

قال النووي في الخلاصة: قال العلماء هذا صلاة في النافلة أي مع القدرة على القيام. وأما الفرض فلا يجوز القعود فيه مع القدرة على القيام بالإجماع، فإن عجز لم ينقص ثوابه- انتهى

Ertinya: “Telah berkata oleh Imam Nawawi pada kitab Al-Khulasah: Telah berkata ulamak solat ini ialah solat sunat artinya ketika dia kuasa atas berdiri. Dan adapun solat fardu maka tidak harus duduk padanya serta kuasa atas berdiri. Maka jika seorang itu lemah nescaya tidak berkurang oleh pahalanya.” (Kitab Mir’ah Mafatih)

Wallahua’lam. –  HARAKAHDAILY 18/6/2025

The post Solat Berdiri atau Solat Duduk first appeared on Wanita Sejahtera.

Sengaja Tinggal Solat; Kena Qada’ Atau Cukup Taubat Je?
Di sebuah surau di Kedah..

Sorang jemaah, Man Changlun ada bertanya..

“Ustaz, lagu (macam) mana kalau tinggal solat fardhu sebab malas, sebab culas, sebab saja-saja tak buat. Kena qada’ balik ka? Tambah pulak, kalau tinggal dari zaman awai baligh dulu sampai la ke la (sekarang) ni, boleh ka taubat saja?”

Baik Man Changlun, mai kita habaq elok-elok..

Cerita solat ni, Allah dah tetapkan waktu dia. Bukan suka hati kita nak buat masa kita senang, tak mau buat masa kita malas. Allah sebut dalam Surah an-Nisa ayat 103:

“Sesungguhnya solat itu diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman pada waktu-waktu yang telah ditentukan.”

Nampak dak? Allah dah booking masa siap-siap. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak. Macam appointment rasmi dengan Allah. Kalau kita tak mai, kira ponteng la kita. Kalau ponteng kerja pun bos marah, ini pulak appointment dengan Tuhan.

Kalau tinggal solat sebab tak percaya solat tu wajib, ni bahaya sungguh. Ini sampai tahap kufur. Keluar Islam. Nauzubillah.

Tapi kalau tinggal sebab malas, sebab lalai, sebab leka, tapi hati masih yakin solat tu wajib, ini lain cerita. Masih Islam lagi, tapi dosa besar la. Macam mana pun, dosa tu boleh taubat. Cuma hutang solat tu kena bayaq balik. Taubat saja tak selesai. Sebab solat ni bukan macam buat dosa lidah ja, ini tanggungjawab harian. Allah bagi lima waktu sehari. Tinggal maknanya tak tunaikan tanggungjawab.

Mazhab Syafie sebut, tinggal solat sebab malas pun tetap kena qada’. Tak kira la tinggal sebab apa pun. Kalau baligh umur 13, la ni umur 33, haa, 20 tahun kena kira. Tapi Allah ni Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah sebut dalam Surah al-Baqarah ayat 286:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya.”

Maka buat ikut mampu. Jangan kalut. Sehari qada’ satu waktu pun dah kira baik. Asal istiqamah. Lama-lama habih jugak, insyaAllah.

Ada jugak yang tanya, cukup ka taubat saja?

Ustaz nak habaq, taubat tu wajib, tapi qada’ tetap kena buat. Macam kita pinjam duit orang. Kita pi jumpa dia, kata, aku menyesai (menyesal) sangat tak bayaq hutang hang. Tapi duit dia kita tak bayaq-bayaq. Boleh ka lagu (macam) tu? Tak boleh la. Dia nak duit dia jugak. Sama la dengan hutang solat. Hutang solat ni, walaupun kita menyesai (menyesal), tapi kena ganti balik. Jangan buat lecei (leceh), senyap lagu (macam) tu saja.

Kesimpulan dia, tinggal sebab malas tetap kena qada’ dan bertaubat. Tinggal sebab tak percaya kewajipan solat, bahaya sungguh. Boleh terkeluar dari Islam terus.

So, qada’ ikut mampu, jangan putuih (putus) asa. Allah Maha Pengampun. Selagi nyawa ada, pintu taubat terbuka. Allah sayang hamba Dia yang usaha nak baiki diri.

Haaa.. ampa balik rumah nanti, kira la balik berapa tahun tinggal. Susun jadual qada’ elok-elok. Tak mampu buat banyak, buat sikit pun takpa. Jangan tinggal terus. Allah tengok usaha kita.

(Artikel ini diambil daripada laman Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM yang diterbitkan pada 13 Jun 2025)

The post Sengaja Tinggal Solat; Kena Qada’ Atau Cukup Taubat Je? first appeared on Wanita Sejahtera.

Daging korban tidak disedekah kepada orang miskin
HENDAKLAH diketahui bahawa wajib sedekahkan akan sebahagian daging korban kepada faqir miskin maka jika kesemuanya diberikan kepada orang kaya nescaya korbannya itu tidak memadai tetapi jika sebahagiannya sudah disedekahkan kepada orang miskin dan sebahagian lagi dihadiahkan kepada orang kaya maka hukumnya adalah harus dan memadai.

Ketahuilah bahawa tujuan utama ibadah korban itu ialah bersedekah daging kepada orang miskin dan orang susah kerana mereka tidak mampu membelinya dan bukan tujuannya untuk makan sendiri sesuka hati bersama kaum keluarga dan sahabat handai.

Dan yang afdal ialah tuan korban memakan sedikit daripada daging korbannya kerana mengambil berkat daripadanya.

Firman Allah Taala:

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya: “Maka kamu makanlah sebahagian dari daging korban itu dan berilah sebagai makanan kepada orang faqir yang kesusahan.” (Al-Haj : 28)

Berkata Imam Nawawi:

وَالْأَصَحُّ وُجُوبُ التَّصَدُّقِ بِبَعْضِهَا

Ertinya: “Dan pendapat yang paling sahih ialah wajib sedekahkan (kepada orang miskin) akan sebahagian daging korban.” (Kitab Minhaj At-Talibin)

Dan berkata Syeikh Khatib As-Syarbini:

(وَالْأَصَحُّ وُجُوبُ التَّصَدُّقِ بِبَعْضِهَا) وَلَوْ جُزْءًا يَسِيرًا مِنْ لَحْمِهَا بِحَيْثُ يَنْطَلِقُ عَلَيْهِ الِاسْمُ عَلَى الْفُقَرَاءِ

Ertinya: “Dan pendapat yang paling sahih ialah wajib sedekahkan akan sebahagian daripada daging korbannya walaupun sedikit sekira-kira telah dinamakan bersedekah ke atas faqir miskin.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Dan berkata Syeikh Al-Ghamrawi:

وَالأَصَح وجوب التَّصَدُّق بِبَعْضِهَا وَلَو جُزْءا يَسِيرا من لَحمهَا

Ertinya: “Dan yang paling sahih ialah wajib sedekahkan sebahagian daging korban itu walaupun sedikit daripadanya.” (Kitab As-Siraj Al-Wahhaj)

Wallahua’lam. –  HARAKAHDAILY 11/6/2025

(Tulisan ini diambil daripada laman Facebook Ustaz Azhar Idrus mengenai Fiqah Korban Bahagian Kesepuluh dengan tajuk seperti di atas.)

The post Daging korban tidak disedekah kepada orang miskin first appeared on Wanita Sejahtera.

Aidil Adha dan Puasa Arafah
Mukadimah

Idul Adha atau Hari Raya Adha adalah merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Idul Fitri (Hari Raya Fitrah). Idul Adha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Idul Adha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Idul Adha adalah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Idul Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Penentuan Awal Bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari Rahimahullah daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ  telah bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمْ الْهِلالَ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَصُومُوا ثَلاثِينَ يَوْمًا

Maksudnya: “Berpuasalah kamu kerana melihatnya iaitu anak bulan dan berbukalah kamu kerana melihatnya. Sekiranya ia terlindung daripada kamu maka genapkanlah bilangan bulan Sya’ban tiga puluh hari.”

Riwayat Imam Al-Bukhari (no.30)[1]

Daripada Ibnu Umar R.Anhuma bahawa sesungguhnya Rasulullah ﷺ  menyebut Ramadhan dengan sabda Baginda:

لا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلالَ وَلا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ

Maksudnya:“Janganlah kamu berpuasa sehinggalah kamu melihat anak bulan dan janganlah kamu berbuka (berhari raya) sehingga kamu melihatnya. Sekiranya ia tersembunyi daripada kamu maka hendaklah kamu takdirkannya.”

Riwayat Imam al-Bukhari (no.1906)[2]

Al-Quran dan Sunnah memberi panduan kepada kita untuk membuat penentuan awal setiap bulan hijrah terutama Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Para ulama telah berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:

(a) Rukyah (melihat anak bulan)

(b) Hisab falak (pengiraan)

(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)

Perbezaan amalan dan cara di atas berlaku adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah.

Kriteria imkanur-rukyah adalah pada 29 haribulan Hijriyyah sebelum matahari terbenam telah berlaku ijtimak dan melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta dapat memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2 darjah dan jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang dari 3 darjah

atau

ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtima’ berlaku.

Di Malaysia, tanggungjawab melihat anak bulan dilakukan oleh Jawatakuasa Rukyah Negeri yang dilantik oleh Ketua Agama Islam Negeri yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri. Terdapat kira-kira 30 lokasi melihat anak bulan di seluruh negeri. Sesetengah lokasi mempunyai balai cerap dan pusat kajian cerapan secara bulanan bagi kenampakan anak bulan. Peralatan berteknologi seperti teleskop dan teodolit dan pengiraan data rukyah yang meliputi jadual pergerakan bulan dan matahari digunakan pada hari rukyah bagi membantu para pencerap.

Idul Adha dan Puasa Sunat Arafah

Istilah “Idul Adha” amat masyhur digunakan dalam hadis-hadis dan kitab-kitab feqah. Masyarakat Islam di Malaysia kebiasaannya menggunakan istilah “Hari Raya Korban” yang sememangnya bertepatan dengan istilah Idul Adha. Tidak ada kitab hadis dan feqah yang menggunakan istilah “Idul Hajj” yang juga disebut oleh sesetengah masyarakat Islam sebagai “Hari Raya Haji”.

Hari Wukud di Arafah adalah bagi penduduk Makkah, adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha). Tarikh Hari Wukuf bagi mengerjakan ibadah haji akan diisytihar oleh pihak pemerintah iaitu kerajaan Arab Saudi. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari seperti Malaysia dan lain-lain, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing. Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai kelebihan menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas sebagaimana riwayat Muslim. Justeru itu, tarikh berpuasa hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi ﷺ  bersabda:

الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ

Maksudnya: “Puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kamu berpuasa (bulan Ramadhan) dan Hari Raya Puasa (Idul Fitri) adalah hari di mana kamu berhari raya dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”.

Riwayat Imam al-Tirmidzi (no.697)

Merujuk kepada petikan sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud “dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”, Rasulullah s.a.w. menetapkan agar ibadat korban itu dilaksanakan pada Hari Raya Korban (Idul Adha) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah). Hadith tersebut juga menunjukkan bahawa ibadat korban tiada kaitan dengan penentuan ibadat haji yang dilaksanakan di Arab Saudi (sehari selepas wukuf di Arafah). Ia adalah sunat muakkad bagi orang yang mengerjakan haji dan umat Islam di seluruh dunia.

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi bahawa apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq. Rujuk Mughni Muhtaj 1/619)

Puasa Sunat Arafah

Polemik penetapan puasa sunat Arafah seringkali menjadi isu kerana ia terjadi setiap tahun, adakah perkiraannya mengikut anak bulan di sesebuah negeri atau mengikut hari wukuf di Arafah. Setiap permasalahan yang timbul telah diterangkan oleh para ulama di dalam karya-karya kitab mereka bagi menyelesaikan isu yang berlaku. Begitulah juga permasalahan isu penetapan puasa sunat Arafah.

Firman Allah Taala:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anak-anak bulan. Katakanlah itu adalah penunjuk waktu bagi manusia (waktu-waktu berpuasa, berbuka, iddah seseorang wanita) dan waktu ibadah haji.

(Surah Al-Baqarah:189)

Berkata Imam Ibnu Kathir Rahimahullahu Taala ketika mana menafsirkan ayat tersebut: Berkata Abu Jaafar daripada Abu Rabi’ daripada Abu Al-Aliah. telah sampai kepada kita bahawa mereka telah berkata. “Ya Rasulullah! Mengapa dijadikan anak-anak bulan itu?” Maka turunlah wahyu dengan ayat ini. Rujuk Tafsir Ibn al-Kathir (1/280)

Berkata juga Imam al-Tabari Rahimahullahu Taala dalam menafsirkan ayat Al-Hajj iaitu ertinya kerana haji bermaksud Allah Taala menjadikan anak-anak bulan itu bagi masuk mengerjakan haji supaya kamu tahu waktu nusuk dan haji kamu. Rujuk Tafsir al-Tabari (3/555)

Daripada ayat tersebut dan penerangan para ulama termasuk Imam al-Nawawi Rahimahullahu Taala dalam Syarah Muslim bahawa wajib berpuasa dengan melihat anak bulan Ramadhan dan wajib berbuka puasa (hari raya) dengan melihat anak bulan syawal dan apabila terlindung anak bulan awal Ramadhan dan akhir Ramadhan maka hendaklah disempurnakan bilangan bulan Syaaban dan Ramadhan tiga puluh hari.

Maka begitulah juga sabit anak bulan Zulkaedah dan Zulhijjah dengan melihat anak bulan atau ditakmilkan tiga puluh hari sebagiamana diqiyaskan dengan anak bulan Ramadhan dan Syawal.

Telah berkata Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Taala dalam kitab Fathu Jawwad dan Imam Ramli Rahimahullah dalam Kitab al-Nihayah dan lain-lain ulama bahawa penepatan anak bulan Zulkaedah dan Zulhijjah disabitkan dengan melihat anak bulan pada suatu negeri.

Walaubagaimanapun Para Ulama Rahimahumullahu Taala telah berselisih pendapat berkaitan penetapan waktu puasa sunat Arafah kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama: Antaranya pendapat Ibnu Rejab Al-Hanbali Rahimahullahu Taala dan sebahagian Ulama Malikiyyah Rahimahumullahu Taala .(Hari arafah adalah hari di mana para Jemaah Haji Wukuf di Arafah).

Pendapat Kedua: Pendapat Mazhab As-Syafie, dan juga sebahagian Ulama Malikiyyah seperti Ibnu Abdil Barr Rahimahumullahu Taala puasa Sunat Arafah mengikut perkiraan melihat anak bulan Zulhijjah pada sesuatu negeri (iaitu tanggal 9 Zulhijjah itu sendiri. Setiap negeri mempunyai matlak masing-masing).

Rujuk Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Rahimahullahu Taala (4/123)

Justeru, pendapat kedua merupakan pendapat yang ditarjih dalam Mazhab As-Syafi’e Rahimahullahu Taala dan terpakai di Malaysia. Namun begitu afdhalnya, seseorang itu apabila berpuasa sunat Arafah berpuasa juga pada hari Tarwiyyah (hari kelapan Zulhijjah) sebagai Ikhtiyat (berhati-hati) dalam ibadah puasa sunat Arafah.

Kesimpulan

Negara Malaysia yang terletak kira-kira 7000 kilometer dari Arab Saudi mempunyai matla’ (zon terbit matahari dan bulan) yang berbeza dan mempunyai kaedah falak yang jelas serta diperakui oleh ulama-ulama falak dalam menentukan tarikh-tarikh penting dalam Islam. Kekeliruan masyarakat dalam penentuan Hari Arafah di Malaysia dan  Arab Saudi perlu difahami sebaiknya dan keputusan rasmi penetapan Hari Raya Korban di Malaysia yang akan diisytihar oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

والله أعلم وأحكم

Nota Hujung:

[1] Pada Bab ke-11, Kitab As-Saum, Cetakan Pertama, Maktabah Darul Ibnu Hazm.

[2] Cetakan Maktabah Ibnu Hazm.

Ditulis oleh:

Khairul Anuar bin Yazid (Ketua Unit Falak PMWP)
Muhammad Afiq bin Zainol Abidin (Unit Buhuth)

(Artikel ini diambil daripada laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di ruangan Bayan al-Falak siri 2 yang diterbitkan pada 15 Ogos 2018)

The post Aidil Adha dan Puasa Arafah first appeared on Wanita Sejahtera.

Masa Silam Yang Hampir (Siri 1)
Fikirannya serabut. Beberapa helaian kertas cetakan bersaiz A4 berselerak di atas meja berwarna perang miliknya Zahirah. Peti kaca televisyen terpasang di ruang tamu; jauh pandangan Nenda tika menontonnya.

“Zahirah, dah azan ke ya?” soal Nenda kepada cucunya, sedikit menjerit dengan harapan cucunya menyahutnya dari kamarnya.

“Belum lagi, nenda. Em, lima minit lagi”, jam dinding hitam itu dilihatnya sebentar sebelum memaklumkan pada nenda waktu masuknya Zuhur. ‘Kejap lagi mesti dia tanya lagi’, getus Zahirah.

Nenda, warga tua lingkungan umur 80-an terus duduk menunggu waktu Zuhur tiba di kerusi sofa yang menghadap peti kaca televisyen 40 inci itu. Tubuh badannya yang kecil dan sihat itu sudah tentunya tidak menjamin kesihatan mentalnya. Semakin berusia seseorang itu, semakin luput ingatannya pada sekecil-kecil perkara yang remeh. Siaran di televisyen terus-menerus memaparkan iklan-iklan produk jualan promosi. Sudah habis satu jenama produk, bersambung pula dengan produk lain. Nenda terpaksa khusyuk menonton siaran iklan itu kerana drama cina yang digemarinya tidak bersiaran pula ketika itu. Cucunya pula kelihatan lagi sibuk untuk meminta bantuan menukar siaran rancangan lain.

Berbaki 24 jam lagi bagi Zahirah menghabiskan masanya di rumah sebelum pulang ke kampus. Draf tesis projek akhir tahunnya (FYP) masih belum siap sepenuhnya. Dua hari lagi perlu dihantarkan kepada penyelia untuk semakan. Peratus draf tesis cuma 10 %! Ah, satu habuk pun tak dapat nak hadam lagi! Mesyuarat program yang ditetapkan pada malam esok pula Zahirah sendiri perlu uruskan. Separa jerih sakit batinnya gadis anak keempat daripada sembilan itu, hanya Allah s.w.t. yang tahu. Sekejap telefon pintarnya itu dipegang, disemak group WhatsApp yang berkaitan dengan program, sekejap pandangannya dialihkan ke skrin komputer ribanya – membaca jurnal pilihan berkaitan FYP. Menjadi multitasker pada satu-satu masa tidak asing lagi bagi Zahirah. Itulah lumrah bagi seorang ahli Jemaah.

Azan Zuhur pun berkumandang, di kaca televisyen dan juga di corong-corong pembesar suara di surau-surau berhampiran kediamannya.

Belum sempat Zahirah ingin memaklumkan pada nendanya di ruang tamu, kelibat Nenda sudah pun tiada di situ. Terdengar bunyi derapan tapak kaki diseret perlahan di anak tangga. Hanya pandangan yang menyoroti kelibat nenda menuruni anak tangga. ‘Alhamdulillah, nenda pasti terdengar bunyi azan tadi. Nak solat lah tu’, fikir Zahirah. Mujur masih direzekikan Allah s.w.t. untuk mendengar kalimah-kalimah azan, bahkan di saat dirinya tenggelam dengan urusan dunia seketika sebelumnya. Zahirah lalu mendirikan solat fardhu Zuhur bersendirian di kamarnya.

Bukan tidak gemar solat fardhu berjemaah, sedangkan Nenda lah yang dah kali ke berapa menjauhkan diri daripada keramaian manusia. Mahukan privasi barangkali.

Sebuah buku berjudul ‘Himpunan Cerita-cerita Lawak’ terletak di sebelah sepasang kaca mata berwarna kelabu kekuningan di atas meja panjang di ruang tamu. Helaian demi helaian Zahirah membelek buku itu dengan harapan memberi sedikit kegembiraan buat dirinya meskipun tertawa kecil cuma. Usai makan tengahari bersama nenda, Zahirah lazimnya akan mengambil masa sebentar untuk duduk memberi peluang proses penghadaman makanan berlaku dengan baik. Kulit buku itu yang hampir pudar warna hitam dan putihnya serta lipatan-lipatan halaman yang agak lunyai itu sudah tentu memberi tanggapan pertama bahawa ianya milik Nenda. Sekadar sempat membaca sebuah cerita pendek, Nenda lalu menghampiri Zahirah yang sedang duduk di sofa kayu itu.

“Ni buku Nenda eh?” Zahirah memulakan perbualan.

Lama masa diambil Nenda untuk mengimbau semula dari mana datangnya buku itu. Zahirah tetap tersenyum memandang anak mata Nenda kesayangannya itu menantikan jawapan balas. Riak wajah Nenda yang sebelumnya muram bertukar ceria memandang wajah cucunya yang sering menunjukkan air muka kegirangan tak bertempat itu.

“Ha’ah..Nenda saja nak baca-baca. Haritu la Nenda ambil di rumah si Lut. Kita takda buat apa kan, baca la apa yang ada, Ira”, terang Nenda dengan suara lantangnya. Biarpun jarak antara mereka hanya sebelah-menyebelah, namun nada perbualan mereka perlu lebih kuat seperti jauh berbatu. Si Lut, gelaran Nenda kepada pakcik saudaranya Zahirah. Semenjak kematian arwah atuk lima belas tahun yang lalu, Nenda tidak lagi menetap di kampung halaman di Raub, Pahang. Kepulangannya ke sana hanya bermotifkan rawatan susulan kesihatan dan memungut gaji bulanan sebagai peneroka FELDA. Hari-hari selanjutnya lebih digemari beliau untuk menghabiskan masa di rumah anak-anaknya seramai sebelas orang kesemuanya. Sudah cukup seminggu di rumah keluarga Zahirah, Nenda akan beransur pulang ke rumah si Lut pula.

“Banyak juga cerita lawak dalam ni, Nenda”, Zahirah mula bercanda. Agak janggal, namun dibuatnya juga demi menawan hati satu-satunya nenek yang masih hidup antara kedua-dua belah ibu dan ayahnya.

“Eh kau nak balik dah ke esok? Belajar lagi?” soal Nenda tiba-tiba mengubah topik asal perbualan. Tak perlu hairan pun, bukan pertama kali Nenda bersikap begini. Zahirah merupakan salah seorang cucunya yang sering tidak diendahkan kata-katanya. ‘Tak apalah, layankan saja Nenda comel ni’, getus hatinya.

“Ya, Nenda. Tahun akhir dah ni. Bulan Julai ni insyaAllah habis dah”, ujar Zahirah seronok tak terkata.

“Oh yalah. Kita pun nak balik Kota dah lusa. Nanti Pakcik Lut ambil barang-barang sekali bawak balik sana”, balas Nenda, menceritakan perihal dirinya pula. Kota, panggilan kediaman Si Lut oleh Nenda yang terletak di Petaling Jaya. Jemu sudah Zahirah dibuatnya. Baru saja semalam Nenda memberitahu hal yang sama. Ulang lagi hari ini. ‘Tak apalah. Layankan saja Nenda, ya Ira’, pesan Zahirah memujuk hatinya sendiri.

“Sekejapnya cuti eh, Ira”, sambung Nenda, ingin berbual lagi.

“Eh lama juga ni, Nenda. Seminggu dah kat rumah”, balas Zahirah menyangkal kenyataan neneknya itu. Bagi Zahirah, cuti semester selama seminggu cukup lama bagi pelajar tahun akhir yang mempunyai FYP perlu dilunaskan sebaiknya. Jika diikutkan hati, mahu saja dia pulang ke kampus tiga hari lepas. Banyak urusan lain menanti di kampus. Malah, tak terbuat juga kerja akademiknya dek tanggungjawab lain pula yang dipikul menjadi awlawiyyat (keutamaan) di rumah.

“Ira ada buat projek tahun akhir, Nenda. Nak kena hantar dah ni”, cubaan menyampaikan hajat kepada Nenda.

“Projek apa?” Nenda soal kembali. Tak jelas agaknya sebutan perkataan Zahirah ni.

“Projek tahun akhir. Projek ni macam kena tulis banyak-banyak, panjang-panjang macam nak buat buku, Nenda”, terang Zahirah.

“Buat buku? Pasal apa?” soal Nenda ingin tahu.

“Pasal eksperimen. Kerja-kerja dalam makmal, Nenda. Lepas dah siap buat, kena tuliskan buat satu buku”, ujar Zahirah. Segala istilah bahasa sains perlu ubah megikut laras bahasa berbual dengan warga tua. Puas Zahirah mengulas berkenaan FYP nya dalam bahasa Melayu yang mudah difahami Nenda. Bukan mudah, tapi perlu ubah demi menawan hati Nenda.

Tersenyum lebar Nenda dibuatnya, tampak sebaris giginya penuh atas dan bawah. Anak matanya yang keperangan pudar itu mengecil hampir tertutup oleh kelopak mata dek gembira mendengarkan kisah FYP cucunya itu. ‘Alhamdulillah, bahagianya’, bisik hati kecil Zahirah. Begitu jarang sekali berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan Nenda berdua sebegini. Kebiasaannya kakak-kakaknya saja yang berjaya menghiburkan hati Nenda. Lama sudah hidup berseorangan, pastinya mahu teman berkongsi cerita. Namun, siapa saja yang dikehendaki Nenda untuk memperdengar kisah-kisah silamnya?

“Selamatlah ya, Ira”, ringkas respon Nenda.

“Nenda doakan Ira ya supaya dapat habiskan buat projek buku ni. Pastu dapat habis belajar on time! Grad on time!” ujar Zahirah dengan nada berseloroh.

“InsyaAllah..Nenda doakan Ira dapat grad on time..dan dapat habis belajar baik-baik..pastu kahwin dapat jodoh yang baik-baik..You study hard, you success la”, kata Nenda tersenyum girang sambil mengangkat ibu jari tangan kirinya menunjukkan simbol ‘bagus’. Bahasa inggeris sudah semestinya tidak asing bagi Nenda yang membesar bertahun-tahun serta menerima pendidikan awal di negara seberang, Singapura. Ia merupakan antara asbab Zahirah teruja untuk berbual dengan Nenda kerana beliau mudah mengerti bahasa inggeris, iaitu bahasa perantara di kampusnya. Istilah yang mudah-mudah wajarlah berbanding laras istilah sains yang juga sukar difahami penjawat awam antarabangsa agaknya. Zahirah hanya mampu tersengih malu apabila Nenda mendoakan jodoh yang baik buatnya. Aduh, tak fikir lagi bab ni!

Keesokan harinya, tiba masanya Zahirah perlu pulang ke kampus menyambung perjuangannya lagi beberapa bulan. Selesai bersalaman dan berpelukan dengan ibu, ayah dan adik-beradiknya, Zahirah sengaja ingin bersalaman dengan Nenda sebagai orang yang terakhir. Kelihatan Nenda sudah pun tercegat berdiri di muka pintu rumah menantikan keberangkatan Zahirah ke stesen bas.

“Nenda, bye. Doakan Ira eh. Assalamualaikum”, ujar Zahirah perlahan di telinga Nenda sambil berpelukan dan memberi kucupan sayang di pipi penuh kedutan itu.

“Waalaikumussalam. Bye, Ira. InsyaAllah selamat jalan. Semoga Ira berjaya dunia akhirat dan dibantu Allah s.w.t.”, respon Nenda, cukup menyegarkan jiwa Zahirah yang gersang dengan bait-bait motivasi. Dua beranak itu saling berbalas senyuman kali terakhir sebelum menaiki kereta yang akan dipandu adik lelakinya ke stesen bas. Jauh di sudut hati Zahirah, teringin sekali mendengarkan nasihat yang lebih panjang daripada Nenda.

“Cepatlah, Kak Ira oii. Pukul berapa bas nya”, tegur separa menjerit adik lelakinya, Addin. Bukan tak ingat jam berapa, teguran itu sekadar mahu menggertak kakaknya untuk bergerak pantas.

“Ok Ira. Elok-elok jalan. Siap tak kerja kamu tempoh hari?” suara Ayah menghentikan drama Zahirah dan nendanya.

-bersambung-

The post Masa Silam Yang Hampir (Siri 1) first appeared on Wanita Sejahtera.