Perhiasan Suci - Wanita Sejahtera

Sayang Kau, Sahabat
“Awak.. selalu ingatkan saya untuk dekat pada Allah ya”..

“Maksud awak ??”

“Kalau awak nak buat baik..awak ajak la saya juga.. Kalau awak nak solat sunat ,baca Al-Quran ,puasa dan apa-apa ja kebaikan awak buat..awak ajak saya ya..”

“Hahaha “.. (gelak besar)

“Kenapa awak gelak?? ” tanya dia padaku..

“Takdelah..kan selama ni kita buat semua sama-sama.. ” jawabku selamba..

“Yee.. tapi kalau nanti awak tak nampak saya duduk baca Al-Quran dengan awak,atau awak tak nampak saya bangun qiam dah.. awak tolong ingatkan saya ye.. “..balasnya..

Tersentap.. Dalam hati laju berfikir agak-agak aku akan istiqomah jugak ke.. atau aku mungkin akan hanyut.. Nauzubillah

Dengan laju aku terus menjawab

“Baiklah.. kita sama-sama ya”..

Hari demi hari kami bersama-sama melakukan kebaikan..

Berpuasa bersama..

Solat bersama-sama..

Solat sunat bersama-sama..

Membaca Al-Quran bersama-sama..

Kalau aku malas.. Dia akan tegur..

Ada time dia malas ,aku pulak tegur..

Setiap hari dipenuhi dan diisi dengan perkara yang bermanfaat…

Alhamdulillah dikurniakan sahabat yang baik..

Benar kata orang “berkawanlah dengan orang -orang yang dapat membuatkan dirimu mulia pada hari kiamat kelak”..

Selepas beberapa hari..

Aku seorang diri membaca al-Quran..

Aku seorang diri solat sunat..

Aku seorang diri berpuasa..

Dimana dia.. dimana sahabat yang sentiasa bersamaku dalam melakukan kebaikan..

“Awak.. dah lama awak tak bangun qiam.. esok kita qiam sama-sama ya.. ” pujukku perlahan

“Takpelah.. saya malas.. awak kejut saya lepas habis azan ye..” jawab nya selamba

Aku hormati jawapan yang diberikan, kerana hanya amalan sunat bukan wajib..

Keesokannya selesai solat subuh.. Dia terus berdiri dan ingin beredar..

“Awak..tunggulah kita baca mathurat dan Al-Waqiah sama-sama..” pujukku lagi

“Malas …” laju dia menjawab dan terus pergi..

Aku menangis…

Aku sedih..

Salah akukah?

Kenapa dia tiba-tiba berubah…

Dengan perlahan sambil menitis air mata aku meneruskan bacaan Al-Mathurat..

Petang itu.. aku tekad.. aku nak face to face dengan dia.. aku nak tegur dia..

Memang la semua amalan itu sunat dan dia masih tidak mengabaikan amalan wajib.. Tapi dengan amalan sunat itu yang menguatkan kita dengan pencipta..

Aku terus sapa dia..

“Awak..,awak ada masalah ke? Kenapa sejak mejak ni awak lain ye? ..” tanyaku bersahaja

“Saya penat..Saya dah buat macam-macam dah.. tapi hati saya rasa kosong.. saya masih diuji dengan ujian yang saya tak mampu terima.. “

Jawab nya dan tanpa sedar telah menjatuhkan air mata..

“Aku peluk dia.. aku cuba tenangkan dia.. dalam hatiku beristighfar panjang.. aku terdiam seketika memberikan peluang untuk dia meluahkan segala rasa..

“Awak..selama ni awak ikhlas tak buat semua amalan tu.. awak kata hati awak kosong.. dimana hati awak saat awak melaksanakan tanggungjawab awak sebagai seorang hamba.. adakah awak betul-betul menjiwai setiap apa yang awak lakukan.. bagaimana kekhusyukan awak ketika awak menunaikan solat.. ” tanyaku dengan soalan agar dia boleh berfikir..

“Allah tu Maha Penyayang..DIA tahu awak kuat sebab tu Dia uji awak.. Dia tahu Allah mampu sebab tu Dia datangkan ujian pada awak.. Lagi dekat kita dengan Allah.. lagi Allah akan menunjukkan kasih sayangNya..

Bila hubungan kita dengan Allah hebat,datanglah ujian hebat macam mana sekalipun hati kita akan tetap bahagia..

Tapi kenapa awak rasa sedih macam ni.. ” ujarku lagi

Awak ingat tak kita pernah taddabur ayat Quran surah Al-Ankabut ayat 3

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَٰذِبِينَ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

“Bukan awak insan pertama diuji.. ingat semula sirah-sirah terdahulu.. masih ramai orang yang diuji dengan ujian yang lagi dasyat.. tapi seandainya awak bersabar..akan datang hikmah yang besar ..Ingat Allah akan berikan pelangi selepas turunya hujan “…

“Harini Allah uji awak..takkan dengan mudah awak nak kata awak malas nak beribadah.. tapi sepatutnya awak kena lagi dekat pada Dia.. Dia bagi tanda Dia sayang bukan tanda Dia benci.. ” pujukku lagi..

Teresak-esak kedengaran air matanya..

Dia terus memeluk aku..

“Aku berdosa.. aku salahkan takdir.. aku malu.. aku malu dengan diri aku.. aku lemah.. aku tak patut pertikaikan ujian yang Allah bagi.. Tolong aku.. tolong aku dekat semula diri aku dengan Tuhan ..” jawabnya dengan suara yang sangat perlahan..

“Jangan risau.. aku sentiasa bersama kau.. kita kan dah pernah janji.. kalau ada diantara kita yang jatuh.. maka kita akan menguatkan.. ” jawabku dengan senyuman..

“Aku takkan biarkan kau hanyut.. kita akan masuk syurga sama-sama… ” balasku lagi sambil mengelap air matanya..

Terima kasih sahabat..

Kerana kau hadir dalam diri ini..

Bukan kerana kau lemah.. tapi kau sudah menguatkan diriku juga kembali pada Allah..

Aku tahu kau wasilah yang minta aku bantu..

Dan aku tahu kau wasilah untuk aku mendekati mad’u..

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

Aku sayang kau sahabat….

Slot Suri Hati Menulis.

The post Sayang Kau, Sahabat first appeared on Wanita Sejahtera.